Total Pageviews

Monday, January 17, 2011

...Isu Artis Luar..Isu Basi...

...Sebenarnya perkara ini sudah berlarutan sejak puluhan tahun dulu lagi..jadi boleh le dikatakan isu ini satu isu yang dah basi..Tapi walaupun dah basi macam nasi tu ianya berguna jugak untuk dicampur dalam adunan dan dijadikan tosei...Emmm sedap tu...hehehehe..Memang mamak rules tak boleh lekang dalam hidup aku..tapi itu bukan halnya di sini...

...Hehehee lama dulu negara kita telah diwarwarkan dengan isu artis dari negara seberang yang ligat cuba bertapak dinegara kita.Dalam kontek ini (chee meminjam bahasa wajib Ceramah Perdana TV 1)kita seharusnya melihat dari dua sudut yang berbeza,samaada positif mahupun negativenya.Jika kita melihatnya dari sudut yang positif ianya dapat memberikan satu saingan yang sengit kepada artis kita sendiri yang pada ketika ini apa yang kita lihat hanya lebih quantiti dari kualiti,ini sebenarnya tidak banyak menyumbang apa apa kebaikan kepada industri itu sendiri, selain dari hanya lah cerita cerita sensasi yang kadang kala kita lihat hanya mencemar diri mereka yang terbabit...

...Sepatutnya dengan kebanjiran artis luar ini artis kita perlu lebih lagi berdaya usaha dalam memajukan diri dengan cuba menghasilkan product yang lebih bermutu,baik, dari segi muzik,lirik dan juga penampilan mereka ini juga termasuk dengan cara mereka membawa diri dalam industri itu sendiri,justeru kita harus menjana lebih ramai lagi artis artis yang berpendidikan atau berilmu serta mempunyai jati diri yang kental dalam bidang yang mereka ceburi,di mana secara tak langsung kita mempunyai mereka dari kalangan yang beretika dan tahu hala tuju mereka dalam industri dan tak hanya tenggelam dalam mengejar glamour sahaja...

...Negative nya pula bila media kita yang saban hari berlumba lumba mempromosikan mereka ini dalam cubaan untuk memenangi hati pembeli,pendengar,pembaca dan juga penonton hingga mengabaikan artis tanah air kita sendiri.Fenomena ini telah berlaku sejak dari tahun 60an lagi dengan kebanjiran mereka ke negara kita...bagi saya adalah tidak adil dalam cubaan kita untuk memajukan industri kita hingga etika atau prinsip yang sebelum ini kita bela telah tergadai.Justeru sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab demi membela nasib artis kita sendiri,bukan untuk menyekat kemasukan artis asing ini tetapi bagi mengujudkan satu suasana persaingan yang sihat.Sistem kuota juga perlu diujudkan di mana setiap pusat hiburan yang menyajikan band live contohnya mesti lah turut memberi peluang kepada artis local.Bukan dengan hanya band band dari luar yang menyajikan amoi dengan pusat terdedah dan berseluar pendek..Soal kualiti sebenarnya tidak perlu di pertikaikan kerana negara kita tidak ketandusan akan bakat mereka mereka ini yang mahir dalam mengendalikan alat muzik mereka.Malahan ada di antara mereka ini yang sering bermain di luar negara...

...Kesimpulanya dalam kita ghairah untuk berhibur sebenarnya perlu kita mencari atau menambah lagi dan jika pun memperbaiki system yang ada demi untuk memajukan dan memertabatkan lagi industri seni di Malaysia ini.Pihak syarikat rakaman juga perlu berkerjasama dengan tidak hanya mementingkan keuntungan sahaja dengan memberi peluang kepada artis kita berkarya dengan format mereka sendiri ini banyak boleh kita lihat dari artis2 underground yang jauh lebih kreatif yang sememangnya bagus untuk di ketengahkan tidak lah kita asyik di sogok dengan hasil dari acuan yang sama saja kemudian bila tak laku di pasaran menyalahkan cetak rompak,muat turun dari internet dan ekonomi yang meleset...

...Tak dinafikan faktor itu tadi turut menyumbang,tapi kita harus sedar dengan perkara ini.Pihak berkenaan pula sepatutnya tidak terlalu mengongkong hingga menyekat kreativiti mereka ini...Dengan menggubal satu undang2 atau garis panduan yang perlu diikuti dan pantau mereka ini agar tidak lari dari matlamat dan tidak menyalahi etika ugama,bangsa dan negara.Dalam pada itu setiap dari kita peminat,pendengar,pembaca,penonton dan juga penggiat seni itu sendiri,tidak terhad hanya dalam bidang muzik...tapi dalam apa saja lapangan seni, perlulah turut serta bersama sama gembelingkan tenaga untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam usaha untuk memajukan Malaysia dari sudut perseptif yang berbeza...


P/S:-..Muzik yang merupakan salah satu escapism juga satu anugerah dari Tuhan..tidak merosakkan..hanya kita yang merosakkan anugerah itu sendiri...blink blink..