...Aku bermula dengan album Ride The Lightning selepas album Kill Em All yang amat raw soundnya...time tu keja kat Pakeeza Greentown dengan member Thrash yang ketika bertugas berkemeja putih long sleeve,slack hitam dan bow merah...macam dalam iklan Dunhill daaa...gaya , mutu , keunggulan...tapi jiwa tetap rebel...Slayer,Antrax, Pestilance, Exodus, Sodom, Kreator, Sepultura, Morbid Angel menjadi menu harian kami selain Kashmiri Naan dan Chiken Tandoori...Di situ juga aku menerima gelaran Speck Thrasher..huhuu whatever...
...Selepas Ride The Lightning..terus ikut dengan lain lainnya Kill Em All, ...And Justice For All ...bagi aku zaman puncak mereka ketika album Master Of Puppet dan RTL...Setelah itu keluar dengan album Black yang diproducekan oleh Produser Bob Rock yang terlalu berhati hati dan amat clean...sedangkan Thrash amat senonim dengan imej rugged, groovy dan greasy..ini amat mengecewakan ramai peminat termasuk aku...sungguh pun begitu dengan album Black mereka mampu menarik peminat baru dan dalam masa yang sama membuatkan ramai peminat old timer meninggalkan mereka...tambahan pula dengan ketiadaan Cliff Burton (RIP) dan dengan keluarnya si Jason Newsted serta kemasukan Robert Trujilo semua ini anti klimaks...membuatkan aku terus tutup buku dan beralih kepada band yang lebih heavy!!
Album mereka selepas album Black...Load, Reload menampilkan mereka seperti kehilangan arah apatah lagi ketika itu muzik Death Metal lebih mendominasikan ruang yang ada...cuba untuk mencipta genre baru agaknya..namun gagal...Lebih parah lagi dengan kemunculan Lulu selepas St Anger dan Death Magnetic....Ketika baru mendapat berita mereka akan beraksi di Kuala Lumpur aku agak teruja mulanya...namun seperti benang layang layang yang tegang ditiup angin kencang pada mulanya terus kendur dan akhirnya terus saja aku gulung dan simpan saja semuanya...Ahah!!... Aku percaya 95% mereka yang akan ke konsert ini hanya mahu mendengar lagu lagu dari album lama mereka....Itu pasti!!!
...Jadi bagi yang dah beli tiket untuk sama sama mengukir sejarah yang munkin tak akan berulang lagi (depa semua dah tua entah esok lusa padam) lu orang enjoy lah sungguh sungguh...tapi make sure masuk je stadium cari dulu tempat yang sesuai untuk bersolat...bukankah itu yang selalu kita buat bila pergi ke mana mana gig...AsSalam...
9 comments:
Nice...skrg ni byk dah gig yg ada menyediakan ruang utk solat.
"Aku percaya 95% mereka yang akan ke konsert ini hanya mahu mendengar lagu lagu dari album lama mereka....Itu pasti!!!"
oke
kita serupa...tak mampu aku nak beli tiket yang mahal tu...
lagu lama dan dari death magnetic
kita serupa.... layan 4 album terawal...lepas tu... the end
Megadeth mana? tak masuk list pon nih?? ahahhahahaha :D
...berbanding Megadeth walaupun seangkatan dgn mereka tapi muzik mereka masih relevan...
30000++ tu boleh exceed 40000++ jika padang kriket RM450 tu reduce to RM150 aje. Seperti aku cakap geng PPRT yang cover view lopong yang memalukan itu seperti kat gambar atas.
Post a Comment