Total Pageviews

Friday, February 22, 2013

...Ke Arah Penambahbaikan...






....Selalunya imej sesebuah jabatan atau organisasi itu dilihat dari keberkesanaan service counter,cara komunikasi terhadap panggilan talipon dan PR receptionistnya...Jika lemah atau buruk layanan maka secara langsung dapat memberikan gambaran dalaman jabatan itu sendiri...Namun kita tidak boleh mengukur secara total akan situasi ini..kerana ada juga disebabkan seekor kerbau habis semua terpalit dengan lumpur...


...Perkara sebegini boleh kita perhatikan di mana mana saja samada pejabat maupun di premis premis perniagaan..Sebagai pelanggan kita semestinya maukan perkhidmtan yang diberi pada tahap terbaik...Keikhlasan dalam menjalankan kewajipan (berkerja) mampu meujudkan sikap sabar seterusnya menampilkan perkhidmatan yang cemerlang...Begitulah juga dalam beribadat...


...Pelbagai faktor yang menyumbang kepada ketidakberkesanan dalam sistem  kerja ini...antaranya sikap kakitangan yang sambil lewa,malas serta tidak perihatin..Contohnya awal bulan Januari 2013 saya ke sebuah pejabat  di Sg Siput...selama satu jam saya di situ apa yang saya dapati hanya dua kali telefon pejabat itu berbunyi (tidak sibuk seperti mana main office)...namun itu pun sebelum menjawab petugas berkenaan merengus sambil berkata dengan ayat yang tak perlu saya tuliskan disini...Habis jika dengan situasi begitu pun tidak mampu (tidak suka) untuk melayan bagaimana pula dengan lain lain situasi atau tugas yang lebih mencabar?


...Satu lagi sebab mengapa  lemahnya komunikasi di peringkat organisasi ini bilamana ada antara kakitangan yang tidak mau bertegur sapa di antara satu sama lain munkin disebabkan masaalah peribadi yang seterusnya akan ujud 'syndrom communication breakdown'...ini bukan alasan sebenarnya...kerana jika di mana pun bekerja...sikap perlu profesional...


...Kita juga boleh lihat terdapat sebilangan kakitangan yang telah terlalu lama diletakan pada satu satu unit atau bahagian...Ini mampu membuatkan kakitangan berasa bosan dengan melakukan tugasan yang sama sepanjang masa...tiada lagi thrill atau mood refresh pada minda mereka....maka ujudlah situasi berkerja sambil lewa,tidak produktif...Kesannya melibatkan semua...bermula dengan jabatan hingga kepada pelanggan yang datang untuk berurusan...


...Ada pendapat yang mengatakan  fenomena ini disebabkan tiada pengganti yang sesuai atau berpengalaman untuk mengganti tempat pegawai pegawai berkenaan...bagi saya ini adalah alasan klise...atau palat...Palat laa  kerana jika tidak diberi peluang pada orang lain mana munkin kita akan mendapatkannya....Ini dapat menjimatkan belanja organisasi  dari terpaksa menyambung jawatan mereka yang telah pencen secara kontrak...justeru kaedah kesamarataan perlu dipraktik bagi mengelakan masaalah ini...


...Ini bukan hanya tertakluk pada satu jabatan sahaja yang mana harus mereka ini ditukarkan juga ke lain lain jabatan...Agak malang jika diperhatikan sesetengah jabatan yang menguruskan pertukaran lain lain anggota namun ianya tidak berlaku di dalam jabatan mereka sendiri...boleh kita jumpa yang mana pegawai atau kakitangan yang telah berkhidmat berbelas tahun namun kekal di situ sehingga pencen...Sedangkan mereka ini ada yang terlibat dengan masaalah disiplin serta salah laku...Ini juga amalan 'double standard' yang tidak sepatutnya berlaku...


...Perlu adanya rotation bagi setiap penjawat ini dengan memberi peluang yang samarata bagi semua dan untuk penambahbaikan dari segi idea serta pengalaman...Saya berani mengatakan kaedah ini juga boleh mengawal jika tidak mampu mengelak dari ujudnya amalan 'down table' bagi organisasi yang melibatkan urusan dengan orang awam.....Opss..saya tidak mahu pergi lebih jauh dari itu...


...Kata orang bercakap lebih mudah dari melaksanakan...Namun ini boleh dicapai jika petugas mempunyai sikap,peribadi yang murni serta akhlak yang jitu...yang mampu menerapkan dalam jiwa mereka bahawa tugas serta tanggungjawab itu juga bukan hanya untuk mendapatkan gaji tapi  merupakan cabang ibadah...Di peringkat pengurusan juga penekanan harus diberi terhadap disiplin,integriti serta siasah diri kakitangan...Namun ianya bukan hanya tertakluk pada staff bawahan...tak boleh jadi jika 'ketam cuba mengajar anak berjalan betul'..sedangkan atau bagaimana pula jika pegawai kencing berdiri...hujungnya lu orang sambung lah sendiri....


...Maka dengan usaha serta kerjasama di semua peringkat jabatan ianya akan dapat menyemarakan imej yang baik di mata pelanggan...Sekarang telah pun menjengah tahun 2013 bermakna kita hanya tinggal tujuh tahun saja lagi...Sasaran untuk menjadi negara maju tidak akan tercapai jika segala usaha tidak dilaksanakan dengan penuh dedikasi...Perkara kecil munkin dianggap remeh namun yang kecil boleh menjadi besar jika terus dibiarkan..cara berfikir serta corak perkhidmatan perlu ditingkatkan dan bukan lagi seperti 15 - 20 tahun dulu....Apatah lagi masyarakat sekarang sudah bijak dan pandai menilai lebih lebih lagi jika perkhidmatan itu perlu dibayar...



P/s:- Percaya atau tidak semua pembaharuan tidak akan berlaku jika kita masih mengamalkan cara berfikir kelas 3...




Thursday, February 7, 2013

...Kasih Sayang Bukan Umpama Embun Pagi...



...Suatu masa dulu di hadapan rumah mertua saya, tinggal dua beradik yang layak saya panggil moyang kerana umurnya yang telah lanjut...Seoarang buta dan saorang lagi pekak...Setahu saya mereka belum berkahwin...Kehidupan mereka seharian amatlah payah memandangkan dengan umur dan keadaan yang amat kurang upaya membuatkan sesiapa saja yang melihat  pasti akan tersentuh... amat daif walaupun tinggal di rumah papan yang masih teguh berdiri...Mujur lah makan minum dihantar setiap hari oleh anak saudara yang juga warga emas tinggal agak jauh dari situ....Selalunya selepas menghantar makanan  pada sebelah pagi beliau akan kembali pada keesokkan harinya...Maka hiduplah mereka berdua dalam keadaan begitu setiap hari..Seringkali mak mertua saya akan menjengok mereka untuk bertanya khabar atau ada ketikanya mereka akan melaung untuk meminta bantuan dari sesiapa saja yang lalu lalang...

...Lama dulu saya pernah bermalam di RSK (Rumah Seri Kenangan) Bedong dan RSK Taiping....walaupun setiap musim Raya kita sering dipertontonkan dengan kesedihan dan pelbagai lagi kisah yang menyayat hati penghuni rumah2 penjagaan seperti ini..namun bagi saya yang mendekati, mereka itu jauh lebih baik akan nasibnya berbanding dengan kedua beradik tadi dan juga dengan lain lain insan terbuang jauh dari kasih sayang serta perhatian dari mereka yang sepatutnya...Kerana di Rumah Orang2 Tua itu pelbagai kemudahan disediakan...makan minum,kesihatan,kebersihan segalanya terjaga...untuk menumpukan perhatian terhadap amal ibadat juga senang...Begitu juga dengan kesihatan jiwa mereka yang pada peringkat ini amat sensitif,turut diberi perhatian  oleh pihak yang bertanggungjawab...

...Jika diselidiki mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang...Tapi saya lebih berminat untuk mengambil tahu cerita meraka yang dipinggir atau pun yang ditinggalkan oleh keluarga...Pernah berlaku di hadapan saya saorang lelaki tua yang merayu rayu dengan pegawai JKM supaya beliau dibenarkan tinggal di RSK...sedangkan beliau masih mempunyai ramai anak anak...alasannya berbuat begitu kerana isteri telah meninggal dan anak anak pula telah berkeluarga dan tidak mahu membela beliau...

...Sebagai orang tua yang pernah berjasa kepada anak anak serta keluarga...Seharusnya jiwa serta hati  mereka ini dijaga mereka seperti mana sepatutnya...Dalam kebanyakan kes mereka ini sekadar mahukan perhatian dari kaum keluarga bukannya wang ringgit yang dipinta...Kenangkan lah betapa susahnya si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan..begitu juga dengan si ayah yang bertungkus lumus meraih rezeki yang halal untuk disuapkan kemulut anak anak yang menanti di rumah...Agama kita mendidik supaya menghargai serta hormat pada orang tua apalagi ibu bapa yang menjadi penyebab lahirnya kita...

...Kita tidak selamanya muda...apatah lagi untuk menongkat dunia...satu hari jika dipanjangkan umur...munkin kita juga akan mengalami akan situasi yang dilalui oleh warga tua yang ada sekarang...untung sabut timbul,untung batu..tenggelam lah kamu bersama jiwa yang lara samaada suka mau pun tidak...

...Semua manusia  memerlukan kasih sayang serta perhatian...Jika hari ini kita mampu memberikan kepada orang lain nescaya di lain kali orang lain juga mampu memberinya kepada kita...Namun jika sebaliknya...amatlah malang kerana perasaan kasihan belas serta kasih sayang telah dicabut dari jiwa...Auzibillahminzalik... Berbuat baik kerana Allah menyuruh kita melakukannya...meninggalkan yang jahat juga kerana sebab yang sama...Maka tepuk dada tanyalah jiwa...Wallahualam...


P/s: - Kasih sayang seharusnya bukan umpama embun pagi yang hilang bila munculnya mentari...