..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, February 7, 2013
...Kasih Sayang Bukan Umpama Embun Pagi...
...Suatu masa dulu di hadapan rumah mertua saya, tinggal dua beradik yang layak saya panggil moyang kerana umurnya yang telah lanjut...Seoarang buta dan saorang lagi pekak...Setahu saya mereka belum berkahwin...Kehidupan mereka seharian amatlah payah memandangkan dengan umur dan keadaan yang amat kurang upaya membuatkan sesiapa saja yang melihat pasti akan tersentuh... amat daif walaupun tinggal di rumah papan yang masih teguh berdiri...Mujur lah makan minum dihantar setiap hari oleh anak saudara yang juga warga emas tinggal agak jauh dari situ....Selalunya selepas menghantar makanan pada sebelah pagi beliau akan kembali pada keesokkan harinya...Maka hiduplah mereka berdua dalam keadaan begitu setiap hari..Seringkali mak mertua saya akan menjengok mereka untuk bertanya khabar atau ada ketikanya mereka akan melaung untuk meminta bantuan dari sesiapa saja yang lalu lalang...
...Lama dulu saya pernah bermalam di RSK (Rumah Seri Kenangan) Bedong dan RSK Taiping....walaupun setiap musim Raya kita sering dipertontonkan dengan kesedihan dan pelbagai lagi kisah yang menyayat hati penghuni rumah2 penjagaan seperti ini..namun bagi saya yang mendekati, mereka itu jauh lebih baik akan nasibnya berbanding dengan kedua beradik tadi dan juga dengan lain lain insan terbuang jauh dari kasih sayang serta perhatian dari mereka yang sepatutnya...Kerana di Rumah Orang2 Tua itu pelbagai kemudahan disediakan...makan minum,kesihatan,kebersihan segalanya terjaga...untuk menumpukan perhatian terhadap amal ibadat juga senang...Begitu juga dengan kesihatan jiwa mereka yang pada peringkat ini amat sensitif,turut diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab...
...Jika diselidiki mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang...Tapi saya lebih berminat untuk mengambil tahu cerita meraka yang dipinggir atau pun yang ditinggalkan oleh keluarga...Pernah berlaku di hadapan saya saorang lelaki tua yang merayu rayu dengan pegawai JKM supaya beliau dibenarkan tinggal di RSK...sedangkan beliau masih mempunyai ramai anak anak...alasannya berbuat begitu kerana isteri telah meninggal dan anak anak pula telah berkeluarga dan tidak mahu membela beliau...
...Sebagai orang tua yang pernah berjasa kepada anak anak serta keluarga...Seharusnya jiwa serta hati mereka ini dijaga mereka seperti mana sepatutnya...Dalam kebanyakan kes mereka ini sekadar mahukan perhatian dari kaum keluarga bukannya wang ringgit yang dipinta...Kenangkan lah betapa susahnya si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan..begitu juga dengan si ayah yang bertungkus lumus meraih rezeki yang halal untuk disuapkan kemulut anak anak yang menanti di rumah...Agama kita mendidik supaya menghargai serta hormat pada orang tua apalagi ibu bapa yang menjadi penyebab lahirnya kita...
...Kita tidak selamanya muda...apatah lagi untuk menongkat dunia...satu hari jika dipanjangkan umur...munkin kita juga akan mengalami akan situasi yang dilalui oleh warga tua yang ada sekarang...untung sabut timbul,untung batu..tenggelam lah kamu bersama jiwa yang lara samaada suka mau pun tidak...
...Semua manusia memerlukan kasih sayang serta perhatian...Jika hari ini kita mampu memberikan kepada orang lain nescaya di lain kali orang lain juga mampu memberinya kepada kita...Namun jika sebaliknya...amatlah malang kerana perasaan kasihan belas serta kasih sayang telah dicabut dari jiwa...Auzibillahminzalik... Berbuat baik kerana Allah menyuruh kita melakukannya...meninggalkan yang jahat juga kerana sebab yang sama...Maka tepuk dada tanyalah jiwa...Wallahualam...
P/s: - Kasih sayang seharusnya bukan umpama embun pagi yang hilang bila munculnya mentari...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Entri yg sungguh menyentuh emosi...sama2lah kita berdoa agar ibu bapa kita diampunkan dosa mereka...itu sudah jadi jadi tggjwb si anak...wallahualam
betul tu... baca terasa esok kita macam mana lah nasib..so kenalah jaga bak baik anak kita supaya dia kenang jasa kita nanti
Bukan selamanya kita menongkat dunia..touching sungguh entri ni
setiap orang setiap keluarga ada sejarah dan rahsia masing2..
kadang2 memang complicated giler.
Memang frustrated.
Doa dan usaha je la semoga semua nya berakhir ngan baik.
saya pernah bertugas di RSK Bedong pada thn 2009, menyewa dipinggir Gunung Jerai seorang diri.
salah satu pengalaman yang tidak menyeronokkan bagi saya.
Bercakap tentang warga emas, ia satu peringkat usia yang sangat aneh. Kata nabi, di usia emas kewujudan kita akan jadi 'ujian' bagi mereka yang muda pula.
Post a Comment