Total Pageviews

Tuesday, October 28, 2008


...aku..

..Manja Ayang Mushuk,isteri tercinta aku yang telah lama ku miliki..ibu kepada anak anak aku yang seramai lima orang..yang telah bertarung dengan maut untuk melahirkan mereka..first thing in the morning yang dia akan cari ialah si Demot dan Si Docik,kucing kesayangan dia yang akan membuatkan dia tak lalu makan,mandi dan lain lain lagi jika kucing2 ni hilang..dia memang saorang yang penyayang tapi tegas,dan yang kadang kadang buat aku tak larat ialah bila dia berleter..#54&*=))?!!!...ampuuunnn!!!

..anak aku yang pertama Khairunnisha aka Gibe,klu tengok dia aku slalu teringat masa dia kecik kecik dulu..huh nakal bukan main..klu naik motor duduk atau bediri dalam bakul sambil nyanyi *(menjerit sebenarnya) lagu Isabella..aku ingat skali tu masa lepak kat Dataran Merdeka ada satu orang tanya kat dia..adik apa nama?skali dia jawab..Isabellaaaa..ngada2 gitu..itu antara banyak lagi kenangan yang tersimpan dalam kotak fikiran aku tentang anak anak aku yang tersayang, mereka lah antara penyeri dalam keluarga aku..dan Neesha aka Gibe aka Kak Yong sekarang sedang belajar di UiTM Arau dalam jurusan Bio Science...aku berharap dia akan berjaya dan dapat menjadi ikutan bagi adik adiknya yang lain..Amin!

..ini plak Muhammad Hafiz anak yang ketiga sori.. tadi aku tersilap susun..la ni dia dalam Form 2,sekolah kat umah je so tiap ari dia ngan adik beradik yang lain akan jalan kaki je..minat kat muzik sama cam aku gak..hem nak buat camana..tapi just for listening pleasure je tak ngapa..klu bergqmbqr slalu bgaya cam bdk2 band..

..Nabilah Huda aka Nana,aka Aishah,aka Huda,aka cam cam lagi lah,sebenarnya nama dia dah banyak kali bertukar selepas selalu sangat meragam dan bila dicuba pada nama Nana ini yang nampaknya rasi setakat ini...la ni dah Form 5 pun,Sains Stream..kejap je dah beso..sejak kakak dia belajar di UiTM selalu je lepak dalam bilik..tapi bila diintai dia asyik ngan buku dan home work.. keluar bila nak g ke bilik air dan makan..dia ni sentimental orangnya,hingga kan makan pun very the sentimental..minuman kegemaran..3 in l,3 times a day..perghh!!

Firdaus

..Muhammad Firdaus ni anak yang keempat aku dan dilahirkan di spital Ipoh,senang je tak susah mak dia masa nak melahirkannnya..memang dia ni pun jenis take it easy je..tapi jangan take it easy bila di nyelap...hah cepat cepat le kome nyelamatkan diri..

Friday, October 17, 2008

..ini gambo dia masa dah beso sikit dan dah potong rambut,dia penah kata hanya nak potong rambut bila nak sekolah so bila dia masuk tadika wa pun potong dan masih lg simpan rambut tu sampai la ni..nanti wa cari gambo lama dia masa tengah rambut panjang..

...anak aku Ashraff

...Muhammad Ashraf,anak aku yang bongsu,saja aku simpan rambut dia bg panjang..sebab aku memang suka tengok orang rambut panjang tak kira le elaki ke pompuan,dan sebab anak pompuan aku tak nak berambut panjang..aku dulu pun masa muda muda simpan rambut panjang gak..kekadang ada je yang mintak pinjam sikat,tapi wa jawab sori brader aku tak penah sikat rambut..peghh