Total Pageviews

Thursday, May 27, 2021

Resort Intan Suraya

 

...Lama jugak kami tak bercuti atau berkunjung ke mana2 sementelah PKP Covid 19 nih lepak umah saja ler...Tapi bila PKP dilonggar kan sikit mula ler kepala nih ligat berfikir ke mana pula ler destinasi kami...

...So selepas bincang dengan anggota family aku decided nak bawa dorang ke Resort di tepi Sungai Perak...Resort Intan Suraya, di daerah Lenggong, Ulu Perak...

...Sejarah nama Resort Intan Suraya ini sebenarnya mengambil sempena nama Puteri Sultan Perak ke 30 yang asalnya bernama Raja Zainab, ok itu saja, nak citer lebih pun bukan isu nya di sini hehe...Ok jaraknya resort ini dari Ipoh adalah plus minus lebih kurang 40 kilometer jer, tapi first time pergi memang terasa jauh ler jugak...

...Kami bertolak awal pagi dan sebelum meneruskan perjalanan kami sekeluarga mengambil sarapan di Food Court, Dataran Dato' Sagor yang berhadapan dengan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) tak jauh dari Stesen Keretapi Ipoh...Selepas sarapan kami tapaw dulu nasi mamak untuk bekalan tengahari nanti...

...Untuk ke sana kami mengambil jalan lama, berbanding highway yang lebih jauh iaitu melalui Pekan Chemor seterusnya ke Sg Siput sebelum masuk ke simpang menuju terus ke Pekan Karai, sampai saja di Karai kami terus menuju ke Jambatan Victoria yang juga merupakan landmark tempat ini...Lokasi di mana sering menjadi tempat untuk melawat dan mengambil gambar bagi pasangan pengantin dan mereka yang suka bergambar...   





 






...Sebenarnya pekan Karai ini juga merupakan tumpuan bagi penggemar kuih Kundas disebuah kedai kopi di hujung pekan ini...Kami ambil masa tak lama dalam setengah jam saja untuk bersiar dan mengambil gambar di atas dan sekitar jambatan, sebelum terus ke destinasi sebenar...Melalui jalan kampung yang terpencil di mana kiri kanan kebanyakan nya hanya lah pokok getah, ladang sawit dan hutan simpan...Lebih setengah jam kami pun sampai...

...Tenang, sunyi dan damai rasanya bila berada jauh dari hiruk pikuk kenderaan apalagi rumah saya sendiri sememangnya terletak di tepi jalan besar...Tak ambil masa yang lama untuk kami meninjau sekitar sebelum terus check in dan masuk ke chalet...Satu lagi yang bestnya hanya keluarga kami saja yang bercuti pada kali ni kerana mengikut jadualnya satu group dalam empat puluh orang dari Melaka sepatutnya turut ke sini tapi terpaksa membatalkan program dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang menyekat dari merentas negeri...So consider kami conquer ler tempat ini!! Ahaha... 










...So apa pun solat, rehat sambil layan nasik mamak tapaw yang dibawa dari Ipoh tadi sambil duduk di tepi Sungai Perak...Di sebelah petangnya pula kami penuhi aktiviti dengan mandi manda serata boating menyusur sungai hingga ke Empangan Hydroelektric Powerplant Chenderoh yang berhampiran...Terdapat beberapa lagi empangan di daerah Hulu Perak ini antaranya Empangan Temenggor, Empangan Bersia dan Empangan Kenering...Kami sempat mengambil gambar dari jauh saja kerana agak bahaya untuk berada hampir dengan empangan tesebut...

....Pada malamnya pula selepas solat aktiviti BBQ di tepi Sungai Perak...Memang best bila hanya kami saja yang berada di situ, terasa amat privacy...Sejuk, sunyi hanya dendangan lagu dari mobile speaker  yang menghangat dan memecah kesunyian malam itu...Setelah masing masing kepenatan dan tersandar kekenyangan, humm apa lagi tiba masa untuk melelapkan mata....zzZZZZ!!!  














...Esoknya pagi pagi anak dan isteri saya dah pun bangun untuk memasak sarapan, untungnya kami datang cukup dengan segala kelengkapan memasak termasuk dapur elektrik, walaupun pihak chalet boleh menyediakannya tapi kami lebih selesa DIY saja...😎   

...Setelah hampir tengahari kami pun masing masing mula berkemas untuk check out dan balik ke sarang di Ipoh, lunch kami hari itu di Restoran Tan Abdullah (Chinese Muslim) yang terletak di Pekan Tanjung Rambutan...Memang best trip kali ini  walau pun masing masing keletihan tapi kami  puas kerana ia sarat dengan kenangan dan pengalaman...










               

            



 


                                           


Tuesday, May 18, 2021

Sila Jaga SOP!

 


...InSyaAllah, covid takleh spread jika kita ikut SOP dengan betul..Dan tak perlu tutup kedai, mall atau masjid pun...Tapi tu ler orang kita dengan disiplin memang fail...Munkin kesannya tak nampak serta merta buat kita rasa takpe, kalu kena pun bukan kita, macam dosa la umpamanya tak nmpak besor gedabak depan mata so kita tak takut/terasa apa2πŸ˜…...In fact tempuh mutasi virus tu 10 - 14 hari amat berbeza dengan virus taun atau ebola yang nampak kesan dlm tempoh 24 jam, so apa yang kita 'langgar' arini kesannya lambat & hanya nampak selepas beberapa hari bukan serta merta, esok atau lusa...dalam pada itu ianya dah pun merebak merata..Terbaru varian Afrika dan India yang dikatakan lebih xtreme juga dah menjengah negara kitaπŸ˜₯

...Ada yang pertikai tak boleh rentas sana sini pun kes terus meningkat...Kes increased bukan disebabkan larangan rentas keluar beb, tapi disebabkan yg tak boleh kluar ni pun tak jaga SOP...Just emagine kalu dilepaskan kuar rentas bagai, for sure lagi mencanak naiknya, virus tetap spreading sedang kita tak nampak untuk mengelaknya...

...Malam sebelum Raya baru ni kawan saya semasa kecil wassap yang dia positive & sedang dikurantin bersama anak di MAEPS Serdang, 2 lagi anak dan cucunya kurantin di Hospital Sg Buluh, ipar saya jugak positive dan last 2 weeks baru jer discharged dari MAEPS...So please la bagi mereka yang kata covid ni hanya kena pada orang lain hati2 ler, mende kita tak nampak kot, anak2 kecil tak perlu ler dibawa bersama ke Mall atau mana2 tempat sesak, lebih malang mak bapak pakai mask anak2 dibiarkan saja begitu, scan temperature pun jangan ler sambil lewa kerana untuk accurate reading ia mesti discan di dahi bukan hanya wave di lengan atau tapak tangan seperti yang selalu saya lihat, nak ditegur mereka berdepan depan pun serba salah nanti jadi isu pulak🀨...

...Last but not least, moga kita semua terhindar dari segala mara bahaya tak kira walau di mana pun berada...Aamiin...πŸ™

       ...Together we fight devided we fall...


P/s: Kami 3 beranak pun dah buat PCR test, Alhamdullilah result negative...

Monday, May 10, 2021

Nostalgia Raya Dulu Dulu

 


Dalam berek dulu 10 ari lagi nak Raya saya dengan sorang kawan si Samad anak SM amik 'kontrak' jadi tukang cucuh lampu panjut yang ada 100 biji keliling kawasan tu, tiang panjut kami guna kayu yang diambil dari hutan bakau Pantai Morib, kerat ikut saiz panjang yang sama semuanya..Part yang paling leceh bila cucuh di sini, sana plak padam tension betul nengoknya..Upah Rm 20 jer, tapi time tu dengan duit yang sebegitu seluar jenama Lee Chitopa atau Madrid kain corduroy dah boleh dapat sehelai...Tapi tu ler upahnya hanya dapat seminggu lepas Raya, itu pun jenuh claim macam peminta sedekah..Huhuu...πŸ™„


P/s: Org lama memang suka bernostalgia, bagi org baru masa kamu akan tiba nanti...πŸ˜…