Total Pageviews

Tuesday, July 20, 2010

..Di sisi kehidupan..

..Semua manusia kau,aku,dia,maukan apa saja yang terbaik..anak anak,suami,isteri,kawan kawan adik beradik,pekerjaan,rezeki..semua dari kita tiada siapa pun mahu menjadi manusia malang atau tak bernasib baik..tapi kalo dah ketentuan Tuhan..nak kata apa lagi..kita cuma boleh berusaha,berdoa dan bertawakal,kemudian serah semua pada Nya..

..Ada saorang kawan ataupun boleh aku panggil sebagai kenalan sebab aku tak rapat dengan nya..drug addict.. dua minggu lepas orang jumpa mayat beliau kat dalam tandas yang berkunci dari dalam di sebuah patrol pump kat jalan Pasir Puteh..tak tau le overdose ke apa ke..cuma yang boleh, kita berbaik sangka aje lah kat dia..itu ari dia..ari kita tah macam mana pulak..
..kat tempat kerja mamat ni selalu dijadikan bahan ketawa atau mainan pada staff yang lain..namun dia tak pernah marah..disebabkan dia camtu semua depa takde le nak simpati..tapi dia ni rajin menegur aku begitu jugak lah dengan aku..ye la dah orang baik dengan kita knapa lak aku nak sombong..aku simpati dengan nasib dan keadaan diri dia..kerana aku tahu bila sampai di peringkat ini dia dah payah sangat nak buang tabiat itu..burok cakapnya la (Sorry) dah nama pun penagih..aku percaya dalam dirinya tentu terselit rasa ingin bebas dari dadah yang membelenggu dirinya tu..aku faham sangat mereka yang senasib dengannya..sebab dulu pun aku ramai berkawan dengan mereka yang menagih atau pun menggunakan dadah..semua ada sebab yang tersendiri..

..Seperkara lagi,mesti jugak dia mau jadi macam orang lain..gembira dengan keluarga dan anak2..setahu aku dia memang rapat dan sayang dengan anak2 dia..walau pun dengan isteri selalu berantakan ..Tiap hari dia akan menghantar dan mengambil anak dari sekolah..sebelum meninggal baru baru ini dia memberikan anak2 yang seramai empat orang itu dengan gambarnya sekeping sorang..dan membelikan 2 buah basikal untuk mereka..

..Satu petang kat opis dia meminta sebatang rokok dari staff lainnya..dah le tak diberi..ada pulak dua orang staff yang nak buat lawak bodoh/kurang ajar...mencucuh keratan akhbar lalu memberikan kepadanya sambil berkata..”Nah,ko amik ni isap” Dengan tak berkata barang sepatah perkataan pun dia terus berlalu..tahu tahu pagi esok member kata dia dah takde..Gulp! Aku agak mereka yang berkelakuan tidak matang semalamnya tu semestinya menyesal tak sudah..tapi itu pun kalo depa ada hati dan perasaan simpati..ehumm..

..Mari lah kita sama2 sedekahkan AlFatihah kepada beliau dan pada mereka mereka yang telah lebih dulu pergi dari kita...

P/S: - Bagi yang baru nak berjinak jinak dengan dadah ni..yang kononnya nak cuba try test..yang konon nak cool..tak payah laa..dah tau benda tu tak elok ngapa nak dicuba jugak..kalo pada peringkat cuba cuba ni aku memang tak simpati langsung tapi marah sesangat..