...Lokasi pilihan tak jauh pun dari rumah, dengan menunggang motor sekejap jer dah sampai...Taman rekreasi yang di sediakan oleh pemaju perumahan di sini sebelumnya hanya untuk penduduk setempat sebelum dibuka untuk orang ramai. Ia mempunyai dua lokasi yang berdekatan antara satu, Eco Park 1 dan Eco Park 2...Dibuka setiap hari, kecuali Eco Park 1 tutup setiap hari Selasa..Tempat yang menarik hati bukan saja aku tapi oleh ramai orang yang juga melakukan aktiviti sama..Selain itu ada juga group yang beraerobik maupun taichi...Ya, pilihan masing masing...
..Majoritinya adalah berbangsa China dan aku akan berasa sedikit pelik jika berjumpa dengan orang Melayu yang exercise di sini, kerana kebanyakan hanya duduk atau membawa anak anak sambil melihat2 atau memberi ikan makan...
...Bab exercise ni bagi aku takde compromise, masa kecil dulu aku dipaksa untuk bersukan apa saja oleh Abah pada waktu petang selepas abis menyiram tanaman di sekitar rumah...Di berek kami masa tu banyak pilihan samada volleyball, takraw, bola, tenis..Tapi aku pilih jogging atau berbasikal sesorang sekitar kampung berdekatan..Ia lebih tenang dan paling penting exercise juga kan?
Pernah ada jiran yang bertanya ada sakit apa2 ke sebab selalu nampak aku exercise. Walau pun tak sakit apa2 aku tak marah dengan soalan tu, kerana commonnya orang kita bila dah mengidap itu ini baru bermotivasi untuk bersenam...In fact jaga kesihatan memang disarankan dalam agama.Selain rohani, jasmani juga penting dan mesti dijaga...Nabi SAW pun beriadah dengan menunggang kuda, memanah bagai..So kita umatnya juga patut buat mengikut kemampuan masing masing, bagi yang ada anak isteri boleh ajak mereka, samada hendak atau tidak itu terpulang at least kita dah jalankan tanggungjawab...
...Biasanya aku akan briskwalking sambil mendengar lagu atau ceremah UAI melalui Spotify...target selalunya 8km atau paling kurang pun 5km..Berapa pusingan tak pulak perasan sebab tak pernah kira pun...Abis brisk walking, buat pulak aktiviti earthing atau grounding ia itu berjalan dengan cara berkaki ayam selama sepuluh minit...Benefitnya? Ok boleh jer google atau lihat pada gambar yang aku attach di sini...
..Terbaru, aktiviti memancing dah dibenarkan di sini...Photo sessi pun sama..Bagi kaki pancing boleh ler korang layan telapia, patin, kaloi, karp dan lain2 pun ada...
...Bagi yang datang untuk 'cuci mata' korang, ok sini bukan tempatnya ye kerana 95% pengunjungnya adalah berusia lima puluh tahun ke atas...Jika datang bagi tujuan beriadah kamu amat dialu2kan...Haha..