...Sejarah tercipta bilamana Ho Chi Minh yang menganut fahaman komunis pulang setelah lama merantau di seluruh dunia...Kata orang jauh berjalan luas pandangan..dan bila pulang pasti membawa akan sesuatu...salah satunya adalah ideology...Ini lah yang dibawa oleh beliau untuk negara beliau Vietnam negara tumpah darah...
...Secara ringkas Vietnam pernah dijajah oleh Perancis selama lebih kurang 2 dekad...Vietnam yang mempunyai dua wilayah utara dan selatan...Utara adalah acuan komunis manakala selatan pula mengamalkan fahaman demokratik...
...Pulangnya Ho Chi Minh ke Vietnam bersama azam untuk menyatukan Selatan dan Utara dibawah satu panji dan di bawah satu fahaman..Iaitu komunis...Untuk memenangi hati raakyat di selatan beliau telah menjalankan program propaganda dan menubuhkan pasukan tentera guerilla yang digelar sebagai Viet Cong...Mereka menyusup kedalam kampung2 untuk menyampaikan dakyah yang kononnya cuba untuk sama sama keluar dari cengkaman penjajah ketika itu...Ironinya mereka dibantu sepenuhnya oleh parti Komunis China dan juga Russia yang pada ketika itu merupakan 2 kuasa besar dunia selain Amerika...Justeru Amerika yang tidak mahu akan penguasaan komunis menular di Asia Tenggara amnya mengambil pendekatan dengan mencampuri hal ehwal dalaman negara ini dengan membantu Vietnam Selatan setelah negara itu ditinggalkan oleh Perancis...
...Dari susur galur ini..akhirnya berlaku perang saudara ciptaan dua kuasa besar yang menjadikan negara lain sebagai bahan uji praktik dengan senjata serta ideologi ciptaan mereka...Russia & Amerika sememangnya berlumba dalam penciptaan senjata dan bermusuh sejak sekian lama...
...Amerika sebenarnya tersilap dalam mengatur percaturan dengan memerangi Viet Cong yang mengamalkan taktik guerilla ( Perang dalam hutan – bagi saya askar Amerika hanya merupakan ulam bagi askar Viet Cong) berbanding askar2 mereka yang hanya terlatih di padang pasir Amerika..
...Salah satu mercu tanda yang hingga kini menjadi sejarah dan masih kekal adalah kubu yang juga dijadikan sebagai hospital,pusat mengatur strategi,tempat persembunyian,juga laluan yang menghubungkan mereka terus ke base camp terbesar pihak Amerika!!!(untuk serang hendap)...Semuanya ini merupakan penempatan tiga tingkat yang terletak di bawah tanah!!...Di terowong yang hanya memuat kan tubuh kecil Viet Cong ini lah mereka mengatur pelbagai strategi bagi memerangi askar Amerika serta sekutunya...Kubu rahsia ini juga memainkan peranan besar bagi kemenangan Vietnam terhadap Amerika – Simboliknya Russia dalam mengalahkan Amerika...
...Panjang terowong ini lebih 200 kilometer ke sempadan Cambodia hingga terus ke sungai Mekong...namun yang masih ujud adalah sepanjang 120 kilometer sahaja...baru baru ini saya berpeluang melawatnya...Setakat yang saya mampu ingat dari penerangan yang diberi oleh ‘tourist guide’...(balik hotel baru dapat tulis info dalam buku catitan)Kebanyakan ‘tikus terowong’ gelaran bagi askar amerika yang cuba untuk memburu musuh di dalam terowong ini akhirnya mengalami ‘extreme panic attack’ setelah gagal mengawal diri didalam terowong yang sesetengah tempat lubangnya semakin mengecil..selain dari itu turut terbunuh akibat serangan musuh serta jerangkap samar di laluan zig zag tersebut...Saya yang turut mencuba untuk memasuki laluan ini yang telah pun dipulihara dan diluaskan dari size sebenar namun masih juga tidak telus...kecuali anak bongsu saya yang merasai pengalaman berjalan (jalan itek dan sesetengah tempat merangkak)bersama video cam nya...apa yang boleh saya kata di sini adalah :- Semuanya...Aneh,Gila serta Ngeri!!!...
...Jika menonton filem2 buatan Amerika antara lain seperti Apocalpyse Now,The Deer Hunter tiada lain hanyalah propaganda menunjukan betapa merekalah yang handal serta bijak...kononya hanya Viet Cong saja yang kejam!!Namun apa yang sebenarnya berlaku di Vietnam...semua itu terjawab disini!!!...Jelasnya Amerika hanya menang di dalam filem mereka...
...Pada tahun 1966 Januari 7...Satu operasi pengeboman yang disebut sebagai 'Operation Crimp' telah dijalankan dengan jumlah bom seberat 30 tan digugurkan menggunakan jentera B - 52 pesawat yang sama digunakan untuk menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia Kedua...Namun ianya tidak mencapai kejayaan sepenuhnya kerana pelbagai usaha lain yang dilakukan untuk membuat mereka keluar dari pesembunyian gagal...dek kerana rekabentuk terowong serta sistem pengudaraan yang canggih pada ketika itu yang mampu memberi kelebihan kepada Viet Cong.....Kemudian bersama sama tentera Australia mereka melakukan sekali lagi operasi kali ini diberi nama 'Operation Cedar Falls'...mempunyai kekuatan lebih besar berbanding sebelum ini (sayangnya saya terlepas peluang untuk mendengar lebih lagi info akan perkara ini)Secara kasar ianya berjaya namun sia sia...Moral tentera Amerika telah menjunam teruk..Mereka marah kerana telah dihantar berperang di bumi asing dan bukan untuk negara sendiri,kecewa,paranoid,trauma,sakit mental dan pelbagai lagi permasaalahan yang berkaitan dengan jiwa...Setelah buntu mereka akhirnya menggunakan jalan singkat tapi gila!Amerika telah mempraktikan kaedah menyembur racun yang mengandungi dioxin dari udara!!Salah satu yang paling popular juga disebut dengan nama 'Agent Orange' 45,000.000 juta liter telah disemburkan...Dengan hanya 8gm dioxin ini mampu membunuh seramai satu juta orang!! Apa yang berlaku kemudiannya...Lihat lah antara gambar2 yang saya muatkan di sini...
- Mereka manusia yang bongkak dan sombong -
..."Guys were about to shoot these peoples...I yelled"..."Hold it".."and shot my picture".."Later as l walked away,l heard M-16 open up"..."From the corner of my eyes l saw bodies falling".."But l didn't turn to look"
- Photographer Ron Haeberle remembers..
- Victim of Phosphorus bombs -
...sepatutnya Amerika serta kuasa besar lainnya belajar dari apa yang berlaku di Vietnam dengan tidak lagi mencampuri hal ehwal negara luar walau apa pun alasannya..Memandangkan lebih banyak kemusnahan yang berlaku berbanding pemulihan..namun ini tidak berlaku sejak dulu hingga kini...Rata2nya PBB serta kuasa2 besar seperti NATO hanya tahu bersidang sambil terus rakus menggunakan kuasa veto yang mereka ada...
...Era Selepas Perang... ..Amerika keluar dari Vietnam pada tahun 1972...Tahun 1975 Republic Of Vietnam pun tertubuh hingga kini...Dibawah pemerintahan komunis di negara yang hanya mempunyai satu parti ini,piliharaya tetap diadakan namun bukan di antara mana mana parti..tapi cuma untuk memilih pemimpin dikalangan mereka sahaja...
...Selepas era perang mana2 keluarga yang mempunyai anak paling ramai akan menerima anugerah tanah paling banyak...Setelah sebelumnya semua tanah2 di negara itu diambil alih oleh kerajaan...Namun sekarang setiap keluarga hanya dihadkan untuk mempunyai anak seramai dua orang... ..Kini Vietnam telah mengorak langkah dengan pesat ke arah negara membangun dalam banyak bidang antaranya agriculture (pengeksport kopi kedua terbesar dunia)sukan - bola sepak & takraw lebih terkehadapan berbanding Malaysia.Pada 2014 akan menikmati hasil minyak sendiri berbanding sekarang minyak yang diperolehi dihantar ke negara Russia sebelum diimport semula.Tidak hairan harga petrol mereka mencecah Rm 4 bagi satu liter...Industri pelancungan telah lama ujud dan semakin berkembang,hotel2 lima bintang banyak terdapat di Bandaraya Ho Chi Minh..begitu juga dengan pusat2 membeli belah bagi jenama terkenal juga banyak terdapat di sini...
P/S:- Ho Chi Minh difahamkan tidak pernah berkahwin..justeru beliau tidak mempunyai anak...Namun raakyat Vietnam menganggap beliau sebagai bapa..bagi generasi muda mereka memanggil beliau dengan nama gelaran Uncle Ho...
...Bersambung dalam entri yang lain pula...