“Wahai orang yang beriman,rukuk lah kamu dan sujudlah kamu”
Surah Al – Hajj,ayat 77
“Aku diperintah bagi sujud di atas tujuh anggota badan iaitu dahi sekaligus hidung,dua tangan,dua lutut dan jari jemari kedua dua kaki” Hadis Bukhari Muslim.
..Setiap hari kita umat Islam diwajibkan agar bersolat...Tiada agama lain dalam dunia ini yang mengarahkan umatnya supaya bersujud sebanyak 34 kali dalam sehari semalam...belum termasuk dengan solat sunat yang lainnya...Ianya hanya terdapat pada agama Islam sahaja...Sebagai hambaNya yang taat tak perlu ditanya mengapa semuanya itu..namun di sebalik itu terdapat rahsia atau menaafaatnya yang besar bagi kita...Kita sedia maklum setiap suruhanNya pasti ada hikmah samaada yang tersembunyi atau pun sebaliknya yang selalunya tidak terjangkalkan oleh akal fikiran manusia...
Mari kita lihat beberapa hikmah sujud yang antara lainnya ialah :
Bernafas ketika sujud akan :-
Mengembalikan kedudukan organ2 tubuh ke tempat yang sepatutnya
Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh
Melegakan sakit hernia (mempasang)
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan, melegakan sistem pernafasan.Baik bagi mereka yang berpenyakit lelah dan paru2.
Mengurangkan kesakitan pada pesakit Appendiks @ Spleen (Limpa)
Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.(Tonggekkan punggung sambil bernafas,tahan serta tarik perut kedalam)
Meringankan bahagian pelvis.
Memudahkan tidur bagi pesakit insomnia
Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan insyaallah terhindar dari sakit buah dada.Khusus bagi kaum wanita,samaada rukuk mau pun sujud ianya memiliki menafaat luar biasa bagi kesuburan organ dalaman mereka
Memberi kekuatan pada bahagian otot untuk memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
..Kedudukan sujud yang kita amalkan di dalam solat juga membuatkan otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.Maka disarankan supaya ketika bersolat kita sujud dalam tempoh jangka yang lama,tidak tergesa gesa (tumakninah)agar darah yang kaya dengan oksigen tadi dapat mengalir dengan maksimum ke otak....Dengan ini ia dapat mencegah pening kepala,maigrain dan mampu meningkatkan daya akal fikiran kita..Dengan perilaku sujud juga sangat membantu tugas jantung dan dapat menghindar dari mengecilnya dinding dinding artery (salur darah)...
..Justeru amat beruntung bagi yang mengamalkannya (bersolat) berbanding dengan yang meninggalkannya...di samping melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah..sekaligus ia juga berfungsi sebagai kaedah pengubatan semulajadi...InsyaAllah...
P/S:- Saorang jiran aku masa di Lahat Lane meninggal dalam solat ketika sedang sujud,begitu juga dengan Allahyarham Seniman Tony Kassim...