Total Pageviews

Monday, December 22, 2008

..Alam Menjerit!!

..La ni cuaca asyik tak menentu je..kekadang ujan kekadang panas terik..klu dulu masa aku kecik bulan December adalah musim tengkujuh,dan bulan bulan selepasnya pula musim buah buahan,tapi sekarang tidak lagi buah buah seperti rambutan dan durian boleh kita nikmati sepanjang tahun..musim hujan lebat pun begitu jugak bila bila pun boleh berlaku..

..apa pun ujan sebenarnya adalah rahmat dari yang maha Esa..dengan ujan le pokok2 di hutan dan tanaman dapat hidup subur dan kita jadikan tanaman tadi sebagai sumber makanan untuk membesarkan perut kita hingga..lepas tu datang plak di antara kita yang kasi tebang dan tarah sesetengah pokok dan tempat di mana ianya berada..tak bersyukur langsung..aku rasa ini amat tidak adil bagi kita dan juga untuk generasi yang akan datang..

..dalam kitab pun ada cakap bila mana pasak bumi (gunung ganang/bukit bukau) dimusnahkan akan tibalah kejadian gempa bumi,tanah runtuh dan lain lain bencana alam,lebih kurang camtu le kalu aku tak silap..antara contoh yang boleh kita jadikan iktibar ialah dengan apa yang berlaku pada Bukit Antarabangsa baru baru ini..dah jadi budaya masyarakat kita tak nak belajar dari kesilapan..

..abis apa lagi bila musibah dah berlaku macam macam kenyataan yang keluar dari pelbagai pihak yang penyudahnya menyalahkan bencana alam dari yang maha Esa..walhal sebenarnya segala yang buruk itu datangnya dari perbuatan kita jua dan yang baik itu hanyalah dari Allah..ini isu basi sebenarnya ..tapi setidak tidaknya dengan ruang yang ada ini dapat jugak aku melepaskan apa yang terbuku di hati..apap pun meminjam kata kata si Nabil Raja Lawak..hah! Lu pikir la sendiri..

Thursday, December 11, 2008

Thursday, December 4, 2008












..masa di atas Boh Plantation..




...Cameron Oh Cameron....


..21hb.Nov 08..seperti yang dirancang kami sekeluarga bangun awal dan bersiap siap selepas subuh..kami akan ke Cameron Highland seperti sebelumnya..kami sering kesana walau hanya untuk berkelah,makan makan bersantai dan pulang semula ke Ipoh..


..trip kami kali ini turut bersama ialah anak saudara aku dan sahabat kepada Kakyong..Sara dan Saodah...


..sepanjang perjalanan mereka hanya tidur kerana masih lagi mengantuk...dan di sepanjang perjalanan ..aku lihat terlalu banyak kesan kesan kemusnahan yang dilakukan atas alasan pembangunan..bukit bukau banyak yang ditarah..bukit batu kapur yang berusia ratusan ribu tahun atau munkin jutaan tahun juga banyak yang telah diletupkan...sedih..marah..terkilan..dengan apa yang berlaku..


..kita tidak tahu apa lagi yang akan tinggal..10 - 20 tahun nanti untuk cucu cicit kita selepas ini? atau mereka akan hanya mendengar cerita? Begitu dan begini..tentang itu dan ini..atau hanya dapat melihat betapa indahnya alam tanpa pencemaran atau kerakusan manusia melalui gambar atau video sahaja..aku tidak hanya menyentuh tentang apa yang berlaku di Cameron..tetapi juga tempat tempat lain yang ada di tanah air kita..


...Cameron..dulunya sejuk hingga ketulang tapi kini tidak lagi..kecuali ketika hujan!!Apalah erti pembangunan jika terpaksa membayar dengan harga yang mahal..Hargailah amanah Tuhan ini selagi ia masih ada..untuk kita dan generasi seterusnya nanti..