...Difinasi merdeka jika ditanya berbeza bagi tiap orang...ada yg merasa merdeka jika mampu melawan rasa ketagihan merokok...ada yang rasa merdeka setelah melunaskan hutang piutang yang ada...ada yang rasa merdeka satelah menamatkan perkhidmatan dengan lain kata pencen, boleh pergi mana mana tanpa perlu apply cuti atau fikir pasal kerja yang masih pending di opis...begitu juga lain pula halnya jika ditanya pada orang lain dan diri sendiri...ini kerana pengertian merdeka itu sendiri adalah subjective...
...Esok lusa kita sambut lagi ulang tahun merdeka lagi dan lagi sama macam tahun yang sebelumnya....Alhamdullilah...Sedih dan kasihan pada raakyat yang negara mereka sedang/masih bergolak..agaknya jika tidak mendengar bunyi letupan dalam sehari itu pun juga sudah merupakan merdeka bagi mereka...bagi kanak kanak jika dapat bermain bola atau buaian di taman permainan bagi saya itu sudah cukup membahagiakan mereka...Itulah yang berlaku, dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut Merdeka yang ke 60 negara jiran kita Myanmar terus bergolak dan yang terbaru etnik Rohingya terus dihalau dari bumi mereka malah ada yang diseksa dan dibunuh dengan kejam...
...Tidak perlu diingatkan bahawa kita patut bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi (setakat ini)di mana bebas bagi kita untuk ke masjid,untuk bermain bagi kanak kanak, untuk kesana sini tanpa apa2 sekatan atau ugutan...pendek kata nak buat apa pun tiada rasa gayat sedikit pun...Namun semua ini tidak bererti jika tiada usaha untuk mengekalkannya...jika kita asyik terus terusan bersengketa tanpa ada rasa gundah tentang masa depan anak cucu yang bakal mewarisi segala yang kita tempa masa kini...hingga di antara kita ada yang berusaha untuk memadam karektor dan jasa orang lain begitu saja...dan tegar untuk menidakkan apa yang terpahat lama dulu...
Politik tetap politik kotornya tetap kita sentuh busuknya tetap kita cium hinggakan setelah meludah sanggup dijilat balik...Api dalam sekam mesti segera kita padam agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam negara yang mengamalkan attitude harmoni, muhibbah, hormat menghormati walaupun berlainan agama dan ideologi, seterusnya tidak melupuskan segala yang tertera dalam lipatan sejarah samada pahit maupun yang manis ...
SELAMAT HARI MERDEKA!🙌