Total Pageviews

Friday, April 30, 2010

…Hidup ini pinjaman..




..Pagi ni Jumaat aku bangun agak lesu bukan nya apa malam tadi tidur lambat walaupun hujan tapi bahang panas tetap terasa..pagi ni pun hujan jugak lagi..Hanya Nabilah dengan Ashraff yang bersekolah..kat luar rumah Nabilah bagitau..ayang tengok pelangi cantek katanya..Hum pelangi yang dah lama tak aku nampak..terasa sayu..unik sungguh ciptaan Tuhan..Subhanallah..

..tengkok aku terasa sakit sangat..nak pusing kiri kanan pun payah..payah tu satu hal,sakit plak lagi satu hal..adehh..munkin salah posisi masa tidur kot..nak telan Ponstan aku allergic so kena guna ‘pulse massager’ le jugak..sememangnya terkadang kita tak tau menghargai nikmat sehat bila kita idak sakit..kita juga tidak tahu nikmat kaya jika tidak pernah miskin..

...Namun itulah..semuanya dari Allah.. sakit,sihat,kaya,miskin,sedih,gembira..kita hanya diberi pinjam pada apa yang kononnya kita punya di dunia ini..aku nampak dan terasa sangat dengan semuanya ini..bila mana kebanyakannya telah diambil balik walau aku suka,mau dan masih perlukannya..tapi dah adat meminjam semestinya lah kita pulangkan semula semua itu..dulu rambut hitam tapi la ni dah penuh uban..(aku beruban sejak umur 20 lagi)so aku cover dengan inai..bukan dye aa..dulu kuat berlari,turun naik bukit la ni brisk walk jee..seriau oo..kengkawan pun ramai yang tegur kenapa dah lama tak layan besi kat gym..aku jawab dah jemu..takde angin..humm dumb bell yang di umah pun dah lama tak angkat...satu demi satu diambil balik..jugak ramai dari kengkawan aku yang dah diambil pulang…bila direnungkan kekadang rasa tak mahu pun untuk memilik harta dunia nih..kerana semua itu akan ditinggalkan..

...Tapi barang perlu diingat Tuhan tidak mahu hambaNya membuang dunia demi akhirat dan begitu jugalah sebaliknya..Tuhan tidak saja2 menurunkan ayat yang mengatakan berushalah seolah kamu akan hidup selamanya..namun beribadat lah saolah kamu akan mati esok hari..jadi selagi nyawa dikandung badan hidup aku perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab..dan sebelum dijemput pergi,buatlah bahagian apa yang patut..cari lah bekalan untuk esok hari..samada keperluan di sini atau untuk di sana nanti...


p/s: Gambar pelangi tu aku amik kat highway Bt Gajah..lama dulu dah..

Thursday, April 22, 2010

..Freddie Mercury The 'Queen' Of Queen..



..aku mula dengar Queen pun masa tinggal dengan Ein di First Garden,sebab dia memang ‘kipas susah mati’ dengan band2 camnih..lagi cam Wishbone Ash,Manfred Manns And Earth Band dan Uriah Heep..mulanya memang tak leh masuk langsung..sound yang agak pelik kekadang macam bunyi cartoon pun ada aku dengar dari gitar Brian May..structure chordnya yang aneh...nyanyian harmoni ala opera…tajuk dan lagu yang cam mereng gitu..Fat Bottom Girls..Bicycle Ride..Mustapa..Tapi dengan kombinasi mainan muzik dan suara yang unik dari Freedie Mercury yang nama asalnya Farokh Bulsara,kelahiran Zanzibar ,Tanzania dan membesar di India telah mengubah tanggapan aku pada band ini..lagu lagu mereka seperti Bahomian Rhapsody,We Will Rock You,dan We’re The Champion,I Want To Break Free,I Was Born To Love You,Who Want’s To Live Forever...tetap segar dan sering berkumandang di serata station radio hingga sekarang..

..Band Queen yang kesemua anggotanya boleh menyanyi, dan yang uniknya lagi suara mereka kesemuanya hampir serupa di antara satu sama lain..juga menariknya masing masing mempunyai solo album..haahh!!Freddie dan Queen mengembara keseluruh dunia bersama sama muzik unik ciptaan mereka.. dan antara pengaruh awal beliau dalam muzik ialah Aretha Franklin,Jimi Hendrix,Beatles,Liza Minelli dan tak terkecuali penyanyi latar yang terkenal Lata Mangeskhar..orang lama yang minat Hindustan macam aku mesti kenal dengan aci ni he hee..suara berhantu..M.Shariff dari Kampung Manjoi Ipoh ni pun pernah berduet dengan dia ni.. kalo dulu dulu macam Saloma tu orang kata....dia pakai susuk suara buluh betong..bolehh laa sedap suara…tah, aku tak tau..abih kalo aci ni?pakai ape susuk bamboo betong?



..Haa aa nak melalut kelain pulak..oh ya aku suka dengan album album terakhir mereka sebelum matinya Freddie yang semua dah tahu disebabkan Aids kerana amalan sex songsang beliau…saorang bisexual…sebahagian hartanya diwasiatkan untuk kucing kesayangan dan juga ‘isteri’ beliau..hummm..kaya la kamu kucing oii..bagi kat aku pun tak pee..hahaa..




Album album pada 80an juga banyak menggunakan synthesizer dan aku memang suka sangat dengan soundnya…bagi mereka yang mahukan suara growl rengkong tekeluaq kata orang Kedah..he hee sorry la memang tak jumpa dalam lagu lagu dan suara Freddie Mercury yang mempunyai empat octave nih..tapi kamu belum cukup Rock jika tidak meminati mereka..he hee..dalam kebanyakan lagunya memang susah untuk dinyanyikan.. (Dato’)Freddie Fernandez pernah membawakan lagu ‘Bahomian Rhapsody’dengan bagus sekali ketika bersama ‘Revolvers’di dalam rancangan terbitan RTM satu masa dulu.. pengaruh muzik Queen juga banyak terdapat dalam album Dewa 19…dan Ahmad Dhani,beliau menggunakan gitar jenama ‘Red Special’ yang dicustom build oleh Brian May dan bapanya...Brian May menggunakan gitar ini untuk kesemua album Queen..cayo (cair) je bunyinyaa..cam score muzik kartun Merrie’s Mellodie’s..hehee..




..album album seperti..Kind Of Magic,The Miracle,A Night At The Opera,Innuendo..yang kebanyakan lagu ditulis oleh Freddie menceritakan tentang diri beliau sendiri..yang kesunyian,cinta yang songsang dan lain lain lagi kekalutan jiwa yang dialami..kaya tapi belum tentu bahagia..biasa la tu cam penyanyi yang lain le jugak..EMI pernah melapurkan album album mereka telah terjual sebanyak 300 juta unit di seluruh dunia..masih ingat masa aku kerja kat Grandy’s awal tahun 90an intro lagu ‘Under Pressure’ kolobrasi di antara mereka dan David Bowie telah digunakan oleh penyanyi rap Vanilla Ice di dalam lagu hitsnya ‘Ice Ice Baby’..aku tak pandai mengulas tentang lagu atau muzik mereka..cuma apa yang dapat aku katakan sedikit sebanyak..band ini juga mempunyai peminat yang tidak terhad hanya pada sesetengah generasi sahaja..tua,muda.orang lama,orang baru ramai yang meminati mereka…contohnya anak anak aku yang memang meminati mereka..bukan disebabkan aku..tapi bila mendengar We Will Rock You,We’re The Champion dll mereka terus minat..kemudian dari itu aku unjukan dengan keset2 lama band ini yang masih aku simpan..



...Freddie telah menulis lagu tema untuk Summer Olympic 1992..Barcelona..dinyanyikan bersama dengan penyanyi operatic soprano,Montserat Caballe..manakala beliau sendiri menyanyi dengan cara falsetto..namun pada hari pembukaan hanya suara beliau yang dapat diperdengarkan,kerana beliau meninggal terlebih dulu..

..sehari sebelum kematiannya,beliau mengumumkan akan penyakit Aids yang dihidapi..Dan pada 24hb.Nov 1991 tamatlah riwayat penyanyi berbangsa Parsi dan dilahirkan pada 5hb.Sept 1946 ini...Walaupun tempat beliau telah diganti oleh Paul Rodgers dari Bad Company tetapi aura yang telah ditinggalkan tetap tidak sama apatah lagi dengan suara..the one and only..Freddie Mercury..nama dan lagu beliau tetap akan diingati sampai bila bila..



How Can I Go On

When all the salt is taken from the sea
I stand dethroned
I'm naked and I bleed
But when your finger points so savagely,
Is anybody there to believe in me
To hear my plea and take care of me?

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

Sometimes I tremble in the dark
I cannot see
When people frighten me
I try to hide myself so far from the crowd
Is anybody there to comfort me
God...take care of me.

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

By: Freddie Mercury.


P/s ;- aku masih lagi tercari cari DVD Live At Wembley mereka,yang pernah ditayangkan oleh TV pada tahun 80an dulu ..sapa ada hah?

Monday, April 12, 2010

...Jadual S*X Victoria - Beckham..

..aku terbaca tajuk ini dalam kosmo on line..pagi ini..

..apa kah yang relevannya menceritakan perihal di bilik tidur kepada masyarakat sekeliling..bagi masyaKARAT di sana ini munkin satu tanda bahawa sikap mereka yang terbuka dalam segala hal,satu tanda hak kebebasan dalam bersuara walau apa pun saja..ok fine..lantak laa..itu di sana..Tapi di sini apa ke halnya pulak cerita dalam kain,dalam kelambu orang yang nak disajikan kepada masyarakat?Apa dah takde ke cerita lain lebih sensasi yang boleh dipaparkan dalam suratBAKAR mereka?

..Semenjak dua menjak ini persaingan di antara pihak media samaada stesen TV,radio dan surat khabar kita lihat semakin sengit di Malaysia yang 1 nih..ini normal sebenarnya dalam dunia perniagaan..tapi bila dah bersaing tu macam2 hal yang berlaku..apa saja akan dilakukan demi untuk menaikan geraf jualan..disinilah kita boleh lihat di mana mereka sanggup meraih pembeli/pembaca dengan cerita cerita sampah sebegini..cerita yang takde diada adakan,yang sedia ada cuba disensasikan,yang suam suam kuku cuba dipanaskan,yang elok berbaik diadu dumbakan dan macam macam lagilah..aku geleng kepala dalam cemuih kata orang Kedah..

..Teringat aku dalam satu artikel berita yang berlaku di India..saorang yang cuba membunuh diri dengan menyiramkan petrol keseluruh badannya telah diberi mancis oleh saorang pemberita yang melihat dan mahu beliau pemberita yang paling awal untuk membuat liputan akan peristiwa itu..Maka ini lah antaranya yang akan berlaku bilamana etika kewartawanan itu tidak digunakan dengan betul..

..Ahh munkin aku kolot kata depa..tapi biar lah aku dicop kolot..yang jelas aku tak rugi kalo tak baca cerita sebegini..dan tak untung apa pun jugak kalo membacanya..


P/s:- Pagi ni ramai yang wish aku Happy Birthday..thank you laa noo..Syukur pada Allah kerana memberi peluang pada hamba yang hina untuk ke angka ini..Mohon dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki lagi halal,dikuat kan iman..Aminn..

Monday, April 5, 2010

..mengomel le sikit..

...Semua orang yang kenal tau aku bukan nya jenis yang suka bercakap..maksudnya aku tak suka bercakap kosong atau sampah..jadinya macam tu banyak orang yang berperasangka aku ni sombong..ye la memang muka aku muka sombong jarang senyum apa lagi nak tersengeh2 macam kerang busuk..tapi kalo kena dengan topiknya dan ‘gu’ kata orang kampong aku..depa akan kata..laaa dulu aku ingat ko ni sombong...bila jumpa rasa nak bagi penampar jee..kata depa..ha haa aku gelak jee..tak kenal tak suka itu je jawapan aku..ye laa...

...aku lagi suka kerja di luar dari dok di opis..dapat jumpa macam macam jenis orang boleh cakap benda yang berlainan bila jumpa,idak le asyik sembang benda yang sama jee..asyik tengok muka yang sama..naik kereta boleh turn on speaker kuat kuat..takde sapa nak marah...dan yang leceh lagi jika duduk di opis bila terpaksa dengar hiruk pikuk dan carutan bersama lawak lucah dari orang lain..aku ni idak le baik mana pun..aku mengaku aku ni pun jenis huru hara jugak ha ha..tapi aku tak mampu nak buat apa apa dengan scenario ni semua(skema le plakk.)tu la macam kata tadi..untuk itu baik je aku duduk diam dan diam sambil buat keja sendiri atau baca buku..macam orang baik baik ..he hee..kononnye laaa...



..aku suka bawa assistant bila kerja luar..boleh buat kawan sembang,boleh tolong itu ini..he hee..(Di tepi jalan otw ke Yan,Kedah - Di belakang tu kaki Gunung Jerai)



..aku berhenti untuk mendapatkan bau selut yang boleh mengingatkan aku pada sawah aku dulu..tapi apa yang aku dapat bau tengik racun kimia...awat laa lagu nihh...



...terusan kat Tambun Tulang otw ke Arau..



..aku amik masa tiga minit je untuk berenti dan snap gambo nih..3 minit maknanya
aku dah ketinggalan 3 kilometer..cepat cepat ligan balikk...(tak ingat kampung apa)



....jambatan Kuala Kedah short cut ke Arau dari Aloq Staq..


..mai dari Jejawi otw semula ke Aloq Staq..badan dah belengaihh..


p/s : - ...takpa sambung lein plak nanti noo..