..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Friday, April 30, 2010
…Hidup ini pinjaman..
..Pagi ni Jumaat aku bangun agak lesu bukan nya apa malam tadi tidur lambat walaupun hujan tapi bahang panas tetap terasa..pagi ni pun hujan jugak lagi..Hanya Nabilah dengan Ashraff yang bersekolah..kat luar rumah Nabilah bagitau..ayang tengok pelangi cantek katanya..Hum pelangi yang dah lama tak aku nampak..terasa sayu..unik sungguh ciptaan Tuhan..Subhanallah..
..tengkok aku terasa sakit sangat..nak pusing kiri kanan pun payah..payah tu satu hal,sakit plak lagi satu hal..adehh..munkin salah posisi masa tidur kot..nak telan Ponstan aku allergic so kena guna ‘pulse massager’ le jugak..sememangnya terkadang kita tak tau menghargai nikmat sehat bila kita idak sakit..kita juga tidak tahu nikmat kaya jika tidak pernah miskin..
...Namun itulah..semuanya dari Allah.. sakit,sihat,kaya,miskin,sedih,gembira..kita hanya diberi pinjam pada apa yang kononnya kita punya di dunia ini..aku nampak dan terasa sangat dengan semuanya ini..bila mana kebanyakannya telah diambil balik walau aku suka,mau dan masih perlukannya..tapi dah adat meminjam semestinya lah kita pulangkan semula semua itu..dulu rambut hitam tapi la ni dah penuh uban..(aku beruban sejak umur 20 lagi)so aku cover dengan inai..bukan dye aa..dulu kuat berlari,turun naik bukit la ni brisk walk jee..seriau oo..kengkawan pun ramai yang tegur kenapa dah lama tak layan besi kat gym..aku jawab dah jemu..takde angin..humm dumb bell yang di umah pun dah lama tak angkat...satu demi satu diambil balik..jugak ramai dari kengkawan aku yang dah diambil pulang…bila direnungkan kekadang rasa tak mahu pun untuk memilik harta dunia nih..kerana semua itu akan ditinggalkan..
...Tapi barang perlu diingat Tuhan tidak mahu hambaNya membuang dunia demi akhirat dan begitu jugalah sebaliknya..Tuhan tidak saja2 menurunkan ayat yang mengatakan berushalah seolah kamu akan hidup selamanya..namun beribadat lah saolah kamu akan mati esok hari..jadi selagi nyawa dikandung badan hidup aku perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab..dan sebelum dijemput pergi,buatlah bahagian apa yang patut..cari lah bekalan untuk esok hari..samada keperluan di sini atau untuk di sana nanti...
p/s: Gambar pelangi tu aku amik kat highway Bt Gajah..lama dulu dah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul ko cakap..
smalam kawan kerja aku borak pasal members dia smua dulu rock abis, dah makin berusia, perangai , imej smua tone down, become better practising muslims
lawa gambo..
..Humm kita pun hidup bukan menongkat langit..sampai masa semua kesana..Gambo bulan lepas tuh..
aku ingat gambar kat afrika! ish cantik permandangan batu gajah aku ni
..ho hoo Mamat Khalid singgah blog teman weh..tima kasih laa noo..Batu Gajah la ni tengah pesat membangun..
Post a Comment