Total Pageviews

Tuesday, May 11, 2010

..rentak hidup ini..

..Pagi tadi la kan aku pergi le ke Poliklinik Greentown untuk jumpa Doktor dan amik ubat lepas tu pergi plak ke Hospital Ipoh jugak untuk amik ubat..mak oii!..Aku tengok orang punya la ramai ish ishh dah macam market jee riuh rendah..kat kaunter ubat orang beratur macam nak beli tiket wayang cerita Grease masa aku tinggal di Banting dulu dulu..tapi semua bersopan takde le tolak menolak..ye la tengah sakit buat apa nak tambah lagi penyakit..he hee..Tak kira tua muda kecik beso semua ada..humm rata2 semuanya dah kondem..macam keta la jugak idak kalo takde le masuk woksyop..ehem termasuk la akuu..hu huu..Hospital Ipoh dengan Poliklinik ni sebelah menyebelah je..jadi aku jalan kaki je ke spital tu..on the way aku call kakak kedua aku yang semalamnya operate ketumbuhan dalam perut di Kedah Medical Centre..dia jawab dengan lemah.."Dalam ICU lagi" katanya..Oopss sori ingatkan dah masuk wad biasa..sebelum ni pun bulan lepas semasa operate yang pertama aku dah menziarahinya....

..Camtulah..bila dah tua ni rentak kita semua dah berbeza berbanding masa muda dan sihat dulu..laa nikan aku lagi senang atau mudah untuk berjumpa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa sebab masa ini masing masing dah menjadikan hospital sebagai pot no 2 selain kedai mamak..kalo tidak..saja saja nak berjumpa punya la payah..abih dah semuanya sibuk dengan hal dunia..la ni baru nak bertukar tempo..he hee..kalo dulu berjumpa sembang pun adala bertanya anak dah berapa orang bla bla bla..sekolah mana?...bla bla bla..Tapi la ni? Ko sakit apa mat?kencing tinggi ke?darah manis? ko makan ubat apa yang doktor bagi?makan ubat berapa kali sehari?he hee..kiranya nak sembang merapu tu ada gak lagi tapi takde serancak dulu..tengah sakit le katakan..Humm bila tengok atau berada dalam situasi camni..kita akan lebih insaf,lega dan sedar betapa bukan kita je yang sakit..orang lain pun sama gak..malah ada yang lebih teruk dan hebat lagi ujian yang ditimpakan..fuhh..letih jugak memikirkannya..letihhhh..

No comments: