Total Pageviews

Wednesday, November 9, 2022

...Menongkah Arus Hidup...

 



...Orang yang hidupnya 'melawan arus' dengan mengamalkan falsafah hidup berbeza di samping memiliki sikap introvert sering dipandang serong dalam masyarakat kebanyakan...Takde masa depan, tak matured, tak beriman, pelek, tak keruan, sampah masyarakat ini semua label2 yang sering ditampalkan ke dahi mereka oleh orang yang berasakan sudah cukup sempurna walhal mereka itu sendiri yang sebenarnya mempunyai 'narrow minded'...


...Tahun 80an dulu di tempat kerja lama, saya sering melihat saorang arkitek di mata kasar kita saorang yang lonely, anti sosial, selekeh, ganjil, warna dan pakaian dia tiap hari hanyalah 2, seluar hitam dan kemeja puteh...minum di kantin solo, datang kerja naik basikal racing (sekarang orang lebih faham roadbike), main pingpong sesorang dengan menjadikan dinding opis sebagai opponent nya, dan saya tak pernah mendengar suaranya apatah lagi melihat dia bercakap dengan sesiapa....Sungguh pun begitu dengan jawatan sebagai arkitek sudah cukup membuktikan akan kelebihan yang dimiliki beliau...




...Begitu juga dengan seorang Technical Assistant (tempat kerja yang sama) Suhaili...Berperwatakan Rocker di samping menjadi vocalist bagi band 'Block Accoustic' di Kampung Manjoi, Ipoh ketika itu, di tempat kerja ada yang melabel dia 'gila', ye lah datang kerja dengan jeans bell bottom lusuh, jaket jeans bersama capal, rambut panjang serabai...Roadtax kereta Volkswagon biru beliau tu cukup dengan hanya DIY (lukis sendiri)😂 walaupun masa tu kita masih kekurangan teknologi dengan ketiadaan komputer dan segala kemudahan printer apatah lagi internet, tapi hasilnya perfect!...Apa pun label diberikan orang, dia tetap dengan style bersama senyum memanjang setiap kali berhadapan dengan mereka...Lost contact bila dia sambung study di ITM (UITM) Last sekali terbaca 'personal technical' opinion dia dalam sebuah akhbar Inggeris tentang Highland Tower yang baru runtuh ketika itu, dah jadi arkitek dan mempunyai firma sendiri rupanya beliau...


...En Zainal saorang Jurutera Awam yang datang kerja naik beskal buruk dari Manjoi, pernah ditahan Polis kerana basikal tiada lampu di siang hari (agak2 la Polis punn🙄)...Dia asalnya anak pasangan China diberikan kepada ibu bapa angkat Melayu semasa kecil kerana berwajah 'down syndrome', diketawakan oleh Polis yang menahannya setelah memberitahu beliau bekerja sebagai saorang Jurutera, bila ditunjukkan kad kerja terus Polis yang pudar wajahnya itu meminta maaf dan melepaskan beliau...(kisah ini diceritakan sendiri Encik Zainal kepada kami) Putus hubungan bila beliau bertukar ke tempat asalnya di Selatan tanah air... 


...Aku percaya 'label' negative pada perenggan awal di atas pernah dan ada yang masih lekat dengan kebanyakan dari kita...Bukan saja dari masyarakat keliling malah dari dalam keluarga sendiri pun ada...dan kita sebenarnya tak perlu amik pot akan semua tu, at least kita still di sini standing on our own, walau pun tidak 100% tapi 97% target dalam hidup telah pun tercapai...Just proud to be ourself, tak perlu jadi orang lain biarkan saja mereka berkata2 dan kita dalam diam tetap menjana pahala...Alhamdullilah😊🌻


...Last but not least, (reminder untuk diri sendiri jugak) jom kita lihat manusia keliling dengan mata lalat buah bukannya dengan mata lalat sampah...Perlu diingat berbeza munkin dari segi prinsip, ideology,warna kulit, pakaian sedangkan warna darah kita tetap sama beb...Langit dan matahari pun kita kongsi bersama.. 🙌💛🙏

...Begitu juga bukan permulaan tapi pengakhirannya...😊



P/s: Merepek sesorang atas katil sbb frust dah 4 ari takleh ride sbb fud poisoning...😫