Total Pageviews

Friday, December 6, 2024

Orang Beragama Itu Beradap!

 


..Saya biasa menjual, menunggu 2-3 jam utk walk in bertemu pelanggan walau sales belum tentu dapat, tak dapat payment, kena tipu, back stabbing, itu semua biasa dan byk mengajar saya apa erti sabar dan redha, dan setakat ini belum pernah dimalukan di khalayak ramai..


..Dalam satu video yang tular mengenai penjual air diaibkan di khalayak oleh saorang ustaz di negara sebelah saya berasa si penjual tu jauh lebih mulia dari semua mereka yang mentertawa dan yang di atas pentas itu..


...Ustaz tu nampak 'kekurangan' si penjual tapi kelebihan beliau tiada siapa tau hanya yang kita nampk betapa tegar beliau berusaha untuk hidup,  apa yang dijunjung bukan sekedar air jualan malah lebih dari itu adalah tanggungjawab untuk diri & family...Selain dari itu yang tak kelihatan di mata kita amalan spiritual beliau, munkin jauh lebih banyak dan lebih ikhlas berbanding kita dan ustaz yang mengolok2kan beliau...


Jelas tinggi ilmu belum menjamin tingginya akhlak sesaorang...Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak melihat kepada keturunan, pakaian, rupa paras, penampilan, perhiasan tetapi Allah S.W.T melihat kepada hati, akhlak dan amalan kita...


..Jika dilihat dari satu sudut lain pula betapa Allah menegur semua kita secara berhemah dengan cara Nya yang tersendiri, yang buruk jadikan sempadan...Make up your mind...Yang faham akan faham...🌷🌻🌹