..aku terbaca tajuk ini dalam kosmo on line..pagi ini..
..apa kah yang relevannya menceritakan perihal di bilik tidur kepada masyarakat sekeliling..bagi masyaKARAT di sana ini munkin satu tanda bahawa sikap mereka yang terbuka dalam segala hal,satu tanda hak kebebasan dalam bersuara walau apa pun saja..ok fine..lantak laa..itu di sana..Tapi di sini apa ke halnya pulak cerita dalam kain,dalam kelambu orang yang nak disajikan kepada masyarakat?Apa dah takde ke cerita lain lebih sensasi yang boleh dipaparkan dalam suratBAKAR mereka?
..Semenjak dua menjak ini persaingan di antara pihak media samaada stesen TV,radio dan surat khabar kita lihat semakin sengit di Malaysia yang 1 nih..ini normal sebenarnya dalam dunia perniagaan..tapi bila dah bersaing tu macam2 hal yang berlaku..apa saja akan dilakukan demi untuk menaikan geraf jualan..disinilah kita boleh lihat di mana mereka sanggup meraih pembeli/pembaca dengan cerita cerita sampah sebegini..cerita yang takde diada adakan,yang sedia ada cuba disensasikan,yang suam suam kuku cuba dipanaskan,yang elok berbaik diadu dumbakan dan macam macam lagilah..aku geleng kepala dalam cemuih kata orang Kedah..
..Teringat aku dalam satu artikel berita yang berlaku di India..saorang yang cuba membunuh diri dengan menyiramkan petrol keseluruh badannya telah diberi mancis oleh saorang pemberita yang melihat dan mahu beliau pemberita yang paling awal untuk membuat liputan akan peristiwa itu..Maka ini lah antaranya yang akan berlaku bilamana etika kewartawanan itu tidak digunakan dengan betul..
..Ahh munkin aku kolot kata depa..tapi biar lah aku dicop kolot..yang jelas aku tak rugi kalo tak baca cerita sebegini..dan tak untung apa pun jugak kalo membacanya..
P/s:- Pagi ni ramai yang wish aku Happy Birthday..thank you laa noo..Syukur pada Allah kerana memberi peluang pada hamba yang hina untuk ke angka ini..Mohon dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki lagi halal,dikuat kan iman..Aminn..