..Satu dua hari ni aku terasa macam ada yang kurang jee..apa ek?..lama berfikir baru aku perasan..tiada bunyi salakan anjing dekat ngan umah aku lagi..aku diberitahu oleh isteri anjing anjing yang selalu datang mengutip sisa sisa makanan yang kami bagi dah tinggal sekor..yang lain lain mana?Dah kena tembak..Hah!! Aduhh kesiannyaa..
...Walaupun binatang ianya berhak disayangi dan menyayangi kan ke ianya makhluk Tuhan jugak..teringat aku semasa kecil sewaktu kepasar dengan mengayuh basikal saekor anjing dijerut tengkoknya di depan mata aku oleh saorang penguatkuasa kemudian lalu ditekan kebumi kepalanya dengan sebatang kayu..dalam pada anjing berkenaan berhempas pulas untuk melepaskan diri datang saorang lagi dengan selaras senapang..kemudian..Pang!! Tepat ke kepala dengan tersembul biji mata anjing yang tidak dapat melepaskan diri tadi..aku terkejut dan tergamam..melihat akan kejadian kejam itu..sedih,kasihan dan marah yang amat sangat aku rasakan masa itu..
..Aku bercakap berdasarkan nilai nilai kemaknusiaan..kerana ianya adalah makhluk Tuhan yang berhak untuk terus hidup seperti kita..selagi tidak memudaratkan..kenapa mesti sampai membunuh,dengan kejam pulak lagi..Berbalik kepada cerita awal tadi.. anjing anjing yang sebanyak empat ekor ini banyak berjasa kepada kami penduduk sekitar sebenarnya..kerana ia akan menyalak jika melihat orang luar yang datang..dan lagi tidak pulak menggangu atau mengotorkan persekitaran penempatan kami..tempat tidur waktu malam pun di atas jalan besar itu pun setelah tiada yang lalu lalang..
..Mempunyai perasaan kasih sayang dan kasihan belas juga adalah satu nikmat Tuhan yang dipinjamkan kepada kita sebenarnya..Syukur,bagi kita yang masih mempunyai perasaan itu..jika tidak..lihat sajalah di sekelliling kita..tanpanya..hasad dengki,khianat bunuh membunuh sering saja berlaku..mereka mereka ini sebenarnya 'sakit' kerana itu mereka sanggup begitu..lebih ganas dari binatang!!
..Kini tiada lagi anjing yang terkedek kedek ekornya bila diberi makan kat belakang rumah..hanya yang tinggal ialah dua ekor kucing kesayangan keluarga yang kami bela sejak beberapa generasi sebelumnya..
..Yang lebih malang, tiada lagi lah peluang kami untuk bersedekah walaupun hanya sisa sisa makanan kepada anjing anjing yang banyak berjasa..