Total Pageviews

Tuesday, November 16, 2021

..Cinta Alam Allah...



...Semasa kecil tinggal di Kg Bharu, Lumut, dalam daerah Dinding kini Manjung meredah hutan merupakan kebiasaan/keperluan bagi kami juga bagi keluarga lainnya...Pengalaman mengikut mak dan abah bersama orang kampung menebang pokok bakau utk dibuat kayu api, atau ke ladang getah berhampiran yg jika harimau menyorok pun tak kami nampak dek semak dan tak berjaga, semata2 untuk mencari pucuk paku dan 'kulat' di tunggul2 kayu...




...Jika musim lokan, kepah atau remis kami akan ke pinggir Sungai Dinding pula untuk mendapatkannya...Selut yg dipijak dalam hingga ke pangkal peha, jatuh terseradong akar bakau, gatal2 setelah berperang dengan agas dah jadi alah bisa tegal biasa...Ketika itu ketam batu, ikan belacak, biawak air, ular kapak, monyet, lotong cukup banyak dan mudah dijumpai sementelah dah memangnya habitat mereka...Semua itu pengalaman yg amat berharga dan manis untuk dikenang dan diceritakan kepada anak cucu...Kini dunia makhluk berkenaan semakin sempit dan populasinya pun makin sikit setelah banyak habitat mereka dimusnahkan oleh kita manusia yg kononnya bertamadun...Jika dulu tidak tapi sekarang babi hutan dan monyet banyak berkeliaran di penempatan kami...Mereka tiada pilihan dan terpaksa keluar untuk mencari makan bagi meneruskan kelangsungan hidup, sedang kita dengan rakus terus terusan memusnahkan eko sistem tanpa mempedulikan hari esok yg masih tersisa...


* Gambar dirakamkan di Resort Intan Suraya, Lenggong. Perak Darul Ridzuan.