Total Pageviews

Wednesday, December 18, 2019

...Music Is A Gas!



                     

..Si bongsu saya Muhammad Ashraf suka dan amat minat dengan kucing, basikal dan gundam, suka pada xtvt xtreme dan kreatif yang menggunakan akal, kalu main chest dengan dia selagi tak menang dia akan ajak opponent dia ulang main hingga dia plak yang menang...dia juga suka berexplorasi & berexperimentasi dengan muzik...Segala peralatan synthesizer, gitar, efx & gadget dibeli dari hasil ikat perut belanja sekolah yang dikumpul dan juga gaji kerja cuci pinggan di cafe semasa cuti semester universiti (sekarang belajar dalam jurusan Mechanical Engineering)..Takde back up funds pun dari saya...nak apa pun kau kena cari sendiri ekk...Hehe.
...Semalam pergi HKL, sementara tunggu giliran...dia 'hilang' kejap, dan muncul dengan guitar case, sempat lagi rupanya dia COD dengan seorang kawan yang jual gitar padanya...Tambahan bagi koleksi dia..Sebagai ayah saya cuma pantau dan bagi moral support dengan apa yang dia dan abang2 dan kakak2nya suka...Harap cita2 dia dalam pelajaran dan apa yang diminati akan tercapai..Aamiin...


      Boy, it's not about obstacles for you to overcome, more than that it's about your passion, determination and efforts dan bukan kuantiti, tapi... 

...quality is a must...



Bottom line, paling utama solat dan doa kamu jangan culas...

No doubt!






Friday, November 22, 2019

oBike dan Mentality Orang Kite...





...Lama dulu dalam tahun 80an saya biasa menggunakan basikal untuk berulang alik ke tempat kerja di sekitar Ipoh kerana belum lagi mampu untuk mempunyai kenderaan bermotor sebelum beralih kepada road bike yang menjadi idaman ketika masih bersekolah dulu, yang tak lama lepas itu hilang dilarikan oleh orang yang saya kenal yang pada mulanya hanya meminjam...Ok lah munkin rezeki saya  dengan Raleigh Roadbike hanya setakat itu...

...Selepas itu saya membeli pula basikal jenis mountain bike jenama Le Run 1st. model dari kompeni Raleigh, saya tertarik dengan jenama ini kerana pem,bawaan arwah abah yang juga mempunyai basikal jenama sama yang dibeli dari hasil gaji pertama beliau.Bezanya ketika itu basikal Raleigh dibawa masuk terus dari England...Seminggu sekali saya menggunakan mountainbike ini untuk ketempat kerja dengan sebab suka suka selain bagi tujuan exercise...Biasalah dengan masyarakat kita di sini..bilamana terdengar ada jer yang berkata saya mengada ngada sebab dah mempunyai kereta, saya hanya pekakkan telinga...bagi saya mereka ni tidak faham apa itu passion sebenarnya...

...Namun kini terdengar pula ramai yang bersuara..." Alangkah bagus bagusnya jika seperti di luar negara kerana ramai yang berbasikal ke tempat kerja selain tujuan santai dan lainnya"




...Makanya sekarang tiada lagi istilah ingin mengada ngada atau menunjuk nunjuk setelah semuanya harga bahan api dan keperluan lainnya semakin menyesakan dada...Di bandar bandar Malaysia termasuk Ipoh telah beberapa tahun diperkenalkan oBike bagi kemudahan orang ramai yang ingin menggunakannya bagi tujuan yang telah kita sedia maklum...Ketika berada di Kuala Lumpur baru baru ini saya perasan hampir sepuluh buah basikal ini yang diletaknya bukan di tempat sepatutnya berhampiran Polis Depoh, Taman Seri Rampai di tepi bas, itu antara tempat basikal berkenaan dibiarkan tersadai...     

...Inilah masaalahnya mentaliti orang kita yang masih berada pada tahap kelas 3 suku walau kononnya tinggal menetap di kotaraya namun attitude masih tidak berubah...Rasanya kalau ada status negara dunia ke empat, Malaysia sememangnya layak!


P/s: Sekali balik dari outstation, di Pekan Batu Gajah ternampak dua buah oBike di tepi jalan...Rupa sama macam yang di Ipoh...Camne boleh sampai ke situ erkk?!     


Thursday, November 14, 2019

Lajak Yang Terlajak!




...Curosity di kalangan kanak kanak dan remaja sememangnya normal dan tak perlu kita halang selagi ia tidak memudaratkan, kerana itu semua adalah learning process dalam kehidupan...Jika dulu dulu terjun tiruk di taliair, mandi sungai ramai ramai, tembak ikan , pasang bubu, cari spider, main gasing , guli, layang layang, panjat pokok pelam dan sebagainya dikira sebagai aktiviti pelepas tenaga remaja atau escapism dari stress itu sendiri kerana baik tua mau pun muda, kita tidak terkecuali...Paling lekeh pun kita boleh jer layan batu seremban, dam aji, dam ular, chest, monopoly atau congkak yang masih menggunakan skill otak serta akal untuk berfikir dan mengatur strategi dalam permainan...   


...Saya dulu semasa kecil suka jogging dalam ladang kelapa sawit tempat sunyi dengan udara segar atau kayuh beskal dalam kawasan berek dan merata kampung berdekatan...Err, dekat tak dekat pun sesekali dengan kengkawan sampai jugak le ke Pantai Morib dan Bukit Jugra yang jauhnya 7.6km dari rumah...tak suka main bola sebab game itu kasar bagi saya yang memang kaki bangku...😛

...Berbeza dengan budak budak sekarang kebanyakan mereka kurang menggunakan tenaga dek kerana environment yang dimonopoli dengan pelbagai teknologi, menjadikan mereka kurang atau dalam lain katanya malas bergerak sedangkan escapism untuk fizikal jugak mental itu perlu...untuk hilangkan boring selepas beraktiviti dengan gadget contohnya mereka lepaskan kepada 'senaman mulut'...Opsss! Hehe..🤢🥴🤡

...Sungguh pun begitu kita boleh lihat di kalangan kanak2 ada juga memilh aktiviti yg menggunakan tenaga 4 kerat iaitu mountainbike, fixxy atau yg lebih extreme dan sedang popular sekarang basikal lajak... Ermmm, basikal lajak...bukan tak boleh; cuma kaedah atau cara menunggang oleh kebanyakan mereka itu yang salah...Bayangkan saja di kalangan mereka ramai yang sanggup menggadai nyawa dengan pelbagai aksi di tengah2 jalanraya malah lebuhraya ketika hari ujan, di tengah malam gelap ketika kanak2 lain seusia mereka sedang lena dibuai mimpi...Demi apa sebenarnya? Kepuasan? Silent rage? Mahukan perhatian? Mahu popular? Mereka saja yang mampu menjawabnya...



...Apa pun kegiatan yang membahayakan diri sendiri dan orang lain memang patut dilarang...Berbanding dengan sukan extreme lainnya atau guna basikal lajak tapi hanya untuk berkayuh santai, saya percaya ramai memilih untuk berlumba terdiri dari mereka yang kosong jiwa, tiada kawalan serta mahukan perhatian dari orang keliling selain dari kepuasan peribadi sedangkan mereka sedia maklum hayat diri tiada galang ganti...

...Sedia maklum apa yang perlu ialah perhatian dan kawalan dari kita sebagai ibu bapa atau penjaga, tidak terkecuali komuniti setempat juga perlu memainkan peranan masing2, mana munkin hanya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sedangkan mereka juga tanggungjawab kita bersama, sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, sabda Rasullullah SAW " Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga" makanya anak anak jiran juga adalah 'anak kita'...

...Seperti mana kanak2 dan remaja kita yang tua juga pernah lalui alam yang sama seperti mereka...Cuma era serta cabarannya saja yang berbeza....


...Kebiasaannya bila terjadi sesuatu perkara orang kita lebih suka menuding jari menyalahkan sesama sendiri berbanding mencari sebarang kaedah penyelesaian sedari awal sedangkan perkara buruk sudah pun berlaku...melarang atau menyekat terus minat akan hanya menyebabkan mereka mencari alternatif lain yang munkin lebih mencabar dari kebiasaan dan ini tidak akan menyelesaikan masaalah sedia ada...Isu ini telah pun dibincangkan di peringkat kerajaan dan sewajarnya sesuatu perlu dilakukan dengan mencari sebarang solusi dan konklusi sebelum ia menjadi lebih parah...

Kerana generasi yang ada ini terdiri dari pewaris masa depan eloklah 
jangan dibiarkan mereka leka sekarang takut takut kita pula yang menangis kemudian...😉😊

Thursday, October 24, 2019

Jom Tolong Jangan Hukum...




...Nampak kat newsfeed facebook tapi tak sempat baca habis cuma perasan pada tajuknya saja..Akta bunuh diri nak dikaji..Akta ni semestinya tentang law; kalau law atau undang undang sudah tentu ianya berkait rapat dengan hukuman...Ok; orang normal tak akan buat keje mengarut terjun flat, jambatan atau gantung diri..Kita kena faham mereka sebenarnya mengalami masalah dalam kehidupan, dalam jiwa yang semuanya bermula dengan stress, maka titik tolak dari itu jika tak mampu dibendung atau lewat dirawat menjurus kepada masaalah yang lebih besar iaitu penyakit depression; dan dalam terma perubatan ia disebut juga sebagai 'Major Depressive Disorder' ini semua adalah 'mental illness'. 

...Sakit mental juga sebenarnya boleh juga disebabkan oleh faktor biologi iaitu kecelaruan hormon atau 'neurotransmitter' (bahan kimia) yang mana bahan kimia utama yang sering berkait  ialah 'serotonin' yang tidak seimbang...selain dari itu juga  'norepinephrine' dan 'depomine';semua ini memain peranan dan diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal bagi mengawal perasaan...Dengan itu telah jelas terbukti; depression bukan hanya disebabkan stress atau masalah kehidupan seharian kita sahaja...

...Seperti penyakit lainnya  memerlukan rawatan khusus kerana ia tak nampak di mata kasar...pengidap munkin nampak normal tapi sebaliknya...adakala fizikal nampak ceria tapi jiwa sebenarnya sedang berduka...Senang cakap di wajah mereka seolah2 ditampal dengan topeng badut...Dalam satu program talk yang saya hadiri baru baru ini dengan tajuk 'It's Ok To Be Sad' speaker memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental di sekeliling kita..dan antara/samada sedar atau tidak munkin kah kita juga terdiri dalam golongan pesakit mental?



...Dalam perihal sebegini ubat bukan lah satu2nya solution bagi permasalahan tersebut..sokongan moral dari orang sekeliling perlu ada dan kuat tanpa prejudis, kesudian menjadi pendengar dan tidak terus menghukum amat membantu...dalam pada itu tidak dinafikan pendekatan spiritual juga memainkan peranan...namun begitu dari pemerhatian saya orang yang kuat pegangan ugamanya juga tidak terkecuali untuk 'dianugerah' dengan mental illness ini...Saya pernah menulis dan memberi penekanan mengenai isu depresi dan stress berkali kali sebelum ini dan tidak bercadang untuk recycle ayat atau apa yang pernah saya tulis dulunya...



...Berbalik kepada topik asal...Apa kita harapkan supaya akta atau undang undang di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mana mereka si pelaku boleh dipenjara tak lebih satu tahun, denda atau kedua2nya sekali itu dipinda dengan tidak lagi menjadikan mereka mangsa untuk dihukum, kerana mereka tidak bersalah atau melakukan jenayah malah mempunyai masalah mental yang sepatutnya kita bantu untuk sembuh, bukan meletakkan mereka dalam situasi seolah olah sudah jatuh ditimpa pulak dengan tangga... Ia amat tidak beperikemanusiaan kerana penyakit itu sendiri sudah sememangnya kejam...



 ...Dalam sesetengah situasi kita boleh saja cuba 'berdiri' di tempat orang lain dalam usaha untuk memahami apa yang mereka alami...
Namun  tidak bagi depression, malah pengidapnya sendiri pun tidak mampu untuk menerangkan kepada umum agar orang lain boleh memahami apa yang mereka alami...

 

...Justeru apa yang perlu kita sebagai orang awam, ibu, ayah perlu buat jika ada kawan2, anak, isteri, suami atau anggota keluarga lainnya yg 'terpilih' mengidap penyakit mental?..Tak lain tak bukan ialah sokongan moral berupa kata2 nasihat, semangat serta dorongan atau paling tidak mendoakan mereka bukannya stigma apalagi menyisih mereka yang mana sikap sebegitu mampu membuatkan mereka 'pergi' lebih jauh dalam dunia mereka sendiri...Bottom line nya menyokong mereka untuk sembuh lebih baik dari terus menghukum...


So please my friends out there, make up your mind..as we know together we stand divided we fall...









Wednesday, May 8, 2019

Budaya Baru Dunia...K PoP...





..Muzik dunia bersilih ganti dengan pelbagai genre baru yang wujud ada juga yang disub genre kan dari muzik asal contohnya blues, jazz atau rock yang kini mempunyai kepelbagaiannya...Di Korea Selatan wujud satu fenomena yang melanda bukan saja negara itu malah ke seluruh dunia dan tak ketinggalan dengan negara kita sendiri..Muzik K Pop atau Korea Pop...


...Korea masuk kesini bukan saja saja dan mereka datang dengan products berserta package...mereka penetrate bersama dengan budaya, fashion, makanan, muzik artis dan impak seterusnya mengujudkan passion kepada muda mudi bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia...


..Semasa seharian di Nu Sentral, Kuala Lumpur baru baru ini membuktikan kepada saya betapa demam K Pop sememangnya sedang hangat di negara ini...bayangkan saja beberapa barisan panjang muda mudi pelbagai kaum yang sanggup setia menunggu lama untuk attend program yang dianjurkan...Di satu floor beberapa premise K Pop juga penuh dengan pengunjung..ada yang membawa poster, selendang, anak patung munkin untuk ditandatangani...


...Begitu juga dengan beberapa restoran Korea di situ..Walhal jika dilihat pada poster menu di dinding antaranya makanan yang hanya diinovasikan saja...sebagai contoh jika kita di sini dengan pisang goreng cheese atau pun murtabak maggi gitu...Tapi restoran mereka tetap penuh! Inilah kehebatan mereka selain fenomena mampu mengujudkan trending...'Business Means Business..No Matter What..As long as you can grab them from up to toe' Munkin ini moto mereka....


...Hebatkan? Sedangkan era JPop serta JRock dulu pun tidak sehangat ini...dan saya rasa Menteri berkenaan mempunyai sebab dan view tersendiri mengapa bercadang membawa brand Korea itu ke sini...walau ramai yang menolak...tapi itulah yang menentangnya pun hanyalah golongan tua yang mempunyai taste lama, pun ada yang langsung dah tak boleh 'In' pada sebarang bentuk hiburan..ada jugak yang menentang seolah olah mereka tu patriotik sangat padahal sebenarnya tidak pun...bagi saya ianya lebih pada taste...Memanglah citarasa orang tua kebanyakannya tidak sama dengan taste orang muda..Haha..


...Benda begini ada pro cons nya...Yang jelas demam K Pop ini sama jugak dengan demam Pop Yeh Yeh tahuan 60an, Saturday Night Fever dan Grease Lightnin' 70an serta Breakdance tahun 80an dulu...ianya ujud pada masa dan ketika yang tepat lalu ianya digunakan sebaik munkin oleh mereka yang berkecimpung di dalamnya untuk menjana sesuatu...Yes! Money, fame and famous!...Satu jer soalan, kita ni bila lagi atau mampu ke untuk ujudkan fenomena yang seumpama mereka, jika dalam sukan pun hanya menjadi juara pada penganjurannya saja...Whoops lari top[ik...Hehehe...



P/s:- Di AEON St 18, berhampiran tempat tinggal aku terdapat 2 restoran Korea yang pernah viral kerana dikatakan tidak kelihatan pun logo Halal JAKIM di situ...Sungguh pun begitu ia masih tetap diredah oleh ramai pelanggan Muslim...Err, macam restoran mamak dulunya jugaklah...Kaannn😁




Monday, April 29, 2019

...Food Court Dato Sagor,Ipoh...





...Dulu2...


...Sekarang...


...Sebenarnya tempat ini dulunya terkenal dengan nama 'gerai makan depan masjid negeri'...
Ya sebenarnya takde pun nama yang specifik untuk tempat ini, namun ianya amat terkenal dengan warga Ipoh...Land mark cuma Masjid Negeri dan dewan Bandaran Ipoh (yang dulunya Pejabat Pos Besar Ipoh)  Jika nak lihat makanan yang terdiri dari pelbagai menu dan peniaga yang berbilang bangsa senonim dengan masyarakat kita, haa di sini lah tempat nya..Jika bagi sesetengah orang muda kini lebih suka ke Hollywood atau Vegas yang terletak di Canning Garden ...dan saya sungguh pun telah tinggal di Ipoh hampir empat puluh tahun tidak pernah sekali pun ke situ (Vegas atau Hollywood) walaupun pernah empat belas tahun tinggal berhampirannya, dan kami orang lama lebih suka ke sini...Selain suasana yang tak berapa havoc ia juga lebih kepada untuk mengimbau kenangan masa muda...


...biar gambar yang berbicara...😎




...Tempat ini dulunya banyak terdapat pokok pokok besar yang digelar pokok payung dan di bawah pokok inilah gerai gerai dibina...Jika ke sini bila bila waktu pun kita tidak akan berasa panas dek payungan pokok pokok besar berkenaan...Menu pulak terdapat bermacam2 jika peniaga India/Mamak sudah pasti menghidangkan Nasi Kandar..orang Melayu dengan pelbagai juadah mereka, kaum China pula lebih kepada menjual minuman dan juga roti bakar telor goyang selain bubur nasi...













              ...Gerai Mee Rebus dan Cucur Udang yang indah rupa juga rasa ini diusahakan oleh bekas pemain gitar rhythm Band The Zurah II...




                                                 ...Medan Selera Dato Sagor era 90an...


...Medan Selera Dato Sagor terkini...

        ...Terdapat juga yang menjual surat khabar serta beberapa orang 'petition writer'
di situ...Seingat saya tempat ini telah dua kali diubahsuai dengan dilakukan penambahbaikan...
Walau bagaimana pun sesuatu yang malang bilamana kesemua pokok pokok besar telah ditebang untuk memberi peluang pihak berkuasa tempatan membina gerai gerai yang baru yang lebih cantik dan selesa namun jumlah gerai amat terhad berbanding dulu...Jelasnya setiap kali perubahan dilakukan terdapat beberapa perkara yang terpaksa dikorbankan...Owhh ya, di sini juga terdapat sebuah tugu peringatan dan sebuah jam besar yang bunyinya mengingatkan saya pada cerita Labu Dan Labi...Mujur tidak turut menjadi korban...


...Secara peribadi saya tidak menentang pembaharuan serta pembangunan namun itu bukanya alasan untuk kita sewenang wenangnya memusnahkan alam tanpa mengira faedah yang telah/boleh kita perolehi..sepatutnya kita lebih perihatin untuk menjaga serta memulihara semua ini...contohnya tebang satu kita tanam semula dengan tiga atau empat pokok yang baru...Bagi saya Earth Hours bukan padam lampu tetapi tanam pokok sebanyak munkin! 



Thursday, April 4, 2019

...Love For All Hatred For None ..Part 2





(ISLAM ITU HARMONI)🌻🌼🌈

...Sana sini orang kempen beli products Muslims..Itu bagus..dalam masa yang sama hentam semahunya dan ajak boikot products Non Muslim atas alasan tidak bersih, tidak halal,banyak menipu...Ini yang tak bagusnya...Sensitiviti langsung tak diambil kira, pakai langgar saja... Saya rasa ini tak sepatutnya berlaku, kita nak maju tapi pijak orang lain..dan salah satu penyebab orang kita susah nak maju atau pergi jauh, kerana sifat ini lah...Dengki dan khianat...Itu sebab nya walau dah lama merdeka kita masih boleh dapati ramai owner atau pelayan kedai Melayu memberitahu kepada pelanggan "Encik boleh duduk meja ini tapi tak boleh order dari gerai lain" Kalu dulu2 orang kata back stabbing tapi sekarang tidak lagi, depan2 kau dorang kasi...


 ...Dalam negara yang bermasyarakat majmuk kita sedia maklum saling memerlukan antara lain...Lupa ke kalu dulu jarum sebatang pun kita cari di kedai mereka..tengah malam anak merengek, kedai siapa yang mak bapak kita ketuk untuk beli ubat sakit perut...Kedai siapa yang jadi tempat kebanyakan orang kita berhutang? Aku teringat sorang kawan China aku ( Mr Lee Soon Lee) cerita abg dia yang berniaga kedai runcit di Pekan Beruas langsung tutup kedai sebab tak boleh rolling modal setelah ramai orang  kita yang berhutang tapi tak bayar! Nah!!...

... So kita yang nak hidup, nak berniaga, nak survive ni mengapa mesti tabur pasir dalam periuk nasik orang? Bersainglah dengan sihat..Kutuk dan label bangsa asing dengan pelbagai tohmahan sebenarnya hanya mencerminkan siapa diri kita yang sebenar...Baik atau jahat bukan terletak kepada satu2 bangsa atau kaum yop...Kaum Melayu even adik beradik sendiri pun banyak yang jadi betrayer dalam hubungan...
Infact rezeki masing2 beb dan kita perlu ingat ‘U get back what u give,gud or bad’...So just make up your mind!

Karektor Singh yang walau hanya menempel dalam wayang P.Ramlee, tapi kata2 beliau cukup 'deep' cuma saya ubah klausanya, maksud tetap sama... 
"Saya punya nasi saya makan...lu punya roti lu makan..Kenapa mau kacau orang lain punya pinggan?

...Jika pun status halal menjadi agenda utama, saya sendiri pernah bekerja sebagai pelayan juga cook di beberapa restoran, hotel dan fast food centre milik Muslim dan Non Muslim (yang kamu label sebagai kafir harbi itu) Terus terang saya katakan bahawa jika dilihat dari segi kebersihan keseluruhan tempat kerja saya, penyediaan makanan dan lain lain yang dipraktik milik non Muslim jauh lebih menepati tatacara yang dituntut oleh Islam...Ini menguatkan pendapat saya yang products Muslim belum tentu semua bagus sebab halal dan toyyiban ini luas difinasinya selain suci, itu sebabnya pengusaha non Muslim sekarang mengambil peluang berebut2 untuk mengadaptasikannya dalam products keluaran mereka dan dalam masa yang sama apply sijil halal dari JAKIM....Maka itulah cabarannya yang mesti kita hadapi...
Kita bila lagi??
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
..ayat mudahnya..
 ..Jika takut dilambung ombak jangan berkhemah ditepi pantai...
Panjat jer pokok kelapa tu, dok diam2 ok?!


... Ok last but not least..tujuan kamu munkin jelas tapi kena ingat matlamat tidak menghalalkan cara...Macam biasa tindakan kamu ada yang menyokong, tapi tidak semua, kerana majoriti kami masih boleh berfikir dengan rasional without emosional...So jangan buat sesetengah masyarakat muslim pandang serong pada kamu dan kuncu2; dalam masa yang sama Non Muslim pula rasa Islam itu extremist dan hanya tahu menghukum, lebih teruk lagi penuh dengan kebencian...Sedang di kebanyakan tempat dan negara non Muslim di dunia mula mengiktiraf Islam, jangan pula ada di kalangan kita Muslim sendiri
 bertindak menidakkannya...




P/s: Jika tersepit sekalipun kamu jangan jadi penunggang agama...Saya masih tidak faham kenapa sesetengah kita masih ada rasa benci kepada bangsa/orang lain...dalam masa sama saya juga simpati pada mereka yang tiada lagi jiwa harmoni dalam diri...sAD bUT tRUE😐