Total Pageviews

Monday, April 29, 2019

...Food Court Dato Sagor,Ipoh...





...Dulu2...


...Sekarang...


...Sebenarnya tempat ini dulunya terkenal dengan nama 'gerai makan depan masjid negeri'...
Ya sebenarnya takde pun nama yang specifik untuk tempat ini, namun ianya amat terkenal dengan warga Ipoh...Land mark cuma Masjid Negeri dan dewan Bandaran Ipoh (yang dulunya Pejabat Pos Besar Ipoh)  Jika nak lihat makanan yang terdiri dari pelbagai menu dan peniaga yang berbilang bangsa senonim dengan masyarakat kita, haa di sini lah tempat nya..Jika bagi sesetengah orang muda kini lebih suka ke Hollywood atau Vegas yang terletak di Canning Garden ...dan saya sungguh pun telah tinggal di Ipoh hampir empat puluh tahun tidak pernah sekali pun ke situ (Vegas atau Hollywood) walaupun pernah empat belas tahun tinggal berhampirannya, dan kami orang lama lebih suka ke sini...Selain suasana yang tak berapa havoc ia juga lebih kepada untuk mengimbau kenangan masa muda...


...biar gambar yang berbicara...😎




...Tempat ini dulunya banyak terdapat pokok pokok besar yang digelar pokok payung dan di bawah pokok inilah gerai gerai dibina...Jika ke sini bila bila waktu pun kita tidak akan berasa panas dek payungan pokok pokok besar berkenaan...Menu pulak terdapat bermacam2 jika peniaga India/Mamak sudah pasti menghidangkan Nasi Kandar..orang Melayu dengan pelbagai juadah mereka, kaum China pula lebih kepada menjual minuman dan juga roti bakar telor goyang selain bubur nasi...













              ...Gerai Mee Rebus dan Cucur Udang yang indah rupa juga rasa ini diusahakan oleh bekas pemain gitar rhythm Band The Zurah II...




                                                 ...Medan Selera Dato Sagor era 90an...


...Medan Selera Dato Sagor terkini...

        ...Terdapat juga yang menjual surat khabar serta beberapa orang 'petition writer'
di situ...Seingat saya tempat ini telah dua kali diubahsuai dengan dilakukan penambahbaikan...
Walau bagaimana pun sesuatu yang malang bilamana kesemua pokok pokok besar telah ditebang untuk memberi peluang pihak berkuasa tempatan membina gerai gerai yang baru yang lebih cantik dan selesa namun jumlah gerai amat terhad berbanding dulu...Jelasnya setiap kali perubahan dilakukan terdapat beberapa perkara yang terpaksa dikorbankan...Owhh ya, di sini juga terdapat sebuah tugu peringatan dan sebuah jam besar yang bunyinya mengingatkan saya pada cerita Labu Dan Labi...Mujur tidak turut menjadi korban...


...Secara peribadi saya tidak menentang pembaharuan serta pembangunan namun itu bukanya alasan untuk kita sewenang wenangnya memusnahkan alam tanpa mengira faedah yang telah/boleh kita perolehi..sepatutnya kita lebih perihatin untuk menjaga serta memulihara semua ini...contohnya tebang satu kita tanam semula dengan tiga atau empat pokok yang baru...Bagi saya Earth Hours bukan padam lampu tetapi tanam pokok sebanyak munkin! 



No comments: