Total Pageviews

Monday, July 19, 2021

...Adil Untuk Semua...

 


....Kebanyakan OKU yang saya temui semasa berulang alik ke spital berkata, mereka tak perlukan kasihan belas (kerana ini boleh membuatkan mereka rasa down) apa yang mereka mahukan perhatian, bantuan dari masyarakat sekeliling dan layanan yang sama rata macam orang lain...Sebagai contoh ketika mengambil ubat/nombor atau membeli tiket di kaunter, turun dan naik tangga, petak parking, tandas awam...di mana kebanyakan tempat awam kita masih kurang kemudahan untuk mereka hatta di Masjid sekalipun..πŸ˜•


...OKU bukan saja terdiri dari mereka yg cacat anggota, malah lebih dari itu, pesakit mental, orang tua yang uzur, individu yang tidak berkemampuan untuk mengendalikan diri dan yang seumpamanya...Dalam berusaha menaiktaraf kemudahan untuk orang ramai pada masa sama pihak yang bertanggungjawab patut lebih peka dalam soal kebajikan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini...


...Bila menyentuh tentang kebajikan pula ia bukan hanya terhad pada fasiliti malah lebih dr itu antaranya juga melibatkan penjagaan mereka dari sudut kesihatan samada mental juga fizikal, saya amat terkejut bila baru2 ini dikirimkan satu video pendek tentang penderaan terhadap seorng kanak2 'Syndrome Down' yang begitu tragis, namun setakat 4 saat pertama sahaja kerana tidak sanggup untuk saya menontonnya hingga habisπŸ˜₯πŸ˜₯...walaupun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku namun mendera sesorang apatah lagi terhadap insan yang tak mampu melawan merupakan perilaku di luar batas kemanusiaan...Adakah pelakunya puas dan berasa bahagia melihat penderitaan orang lain?Kemanakah hilangnya rasa kasih sayang di antara sesama manusia? Adakah 'nikmat' itu telah ditarik oleh Allah dari jiwa kerana selama ini kebanyakan kita tidak ikhlas dalam  mempraktikkannya?! 


...Sebenarnya manusia berperawatakan seperti 'joker' ramai sekeliling kita, berselindung di sebalik topeng yang senantiasa menampilkan wajah senyum ceria namun terselindung lain2 watak sadis yang pelbagai...Ketika saya menghadiri satu sessi 'talk' sebelum PKP 1.0 dulu seorang ahli panel menjelaskan terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental/jiwa di kalangan manusia, maka adakah sikap suka mendera ini salah satu darinya?! 



...Siapa pun daripada kita OKU atau normal tidak rela diperlakukan sedemikian, semua berhak untuk hidup selesa dan wajar dilayan sama rata..Sebagai makhluk paling sempurna yang membezakan hanyalah amalan serta attitude kita...Wallahu A'llam..


#prayforbella #justiceforbella

Monday, July 5, 2021

...Tiap Hari Pun Hari Abah...



...Arwah abah meninggal tahun 1983, sempat merasa duit pencen Polis 8 bulan jer...Garang dan tegas (yang kadang2 pada perkara yang tak sepatutnya) dah memang trademark dia, dengan sebatang gigi emas cukup menggerunkan kami anak2...Tak tau kenapa tapi itu lah cara dan kaedah orang dulu2 dalam mendidik dan mendisiplinkan anak2, ada yang boleh terima dalam perit dan 'jadi orang' ada juga sebaliknya hingga ujud 'silent rage' dalam diri...Salah satu yang saya ingat arwah akan marah dan halau saya jika lepak di rumah waktu petang tanpa aktiviti, dia akan suruh saya supaya exercise tiap hari selepas menyiram tanaman keliling rumah...yang akhirnya mendisiplinkan dan menjadi rutin harian saya hingga sekarang...exercise dan exercise no matter what...Pernah saya dan sepupu disuruh mengangkat guni berisi padi yang berat di belakang basikal, terkial2 hingga terjungkit basikal tu sedangkan kerja itu memangnya bukan termampu pada kami yang ketika itu baru dalam darjah 3-4πŸ˜‚...bila tak menjadi cemuhan dan herdikan yang dapat...Pernah juga diajak mengangkat batang pinang bersama dia untuk dibuat tiang khemah kenduri, seksanya Allah saja yang tahu nak mengelak tak boleh, nak mengadu sakit pulak takut...Walau bagaimana pun kini saya faham apa yang dia buat selama itu mestinya bersebab ia itu ingin mendidik cuma munkin caranya saja yang kurang sesuai...


...Dan terus terang sungguh pun begitu di sudut hati saya tetap sayang pada beliau...Satu hari ketika minum kopi di pekan dia hampir tumbang dan dihantar pulang oleh kawan baiknya...Rupanya itu petanda hari2 terakhirnya bersama kami, dia diserang stroke...Saya masih ingat walaupun ambulan dah berada di depan rumah dia bertegas tak mahu ke hospital, kami akur dengan permintaanya...Selama tiga hari dia terlantar dan selama itu jugalah saya berada di sisinya tanpa makan dan tidur hanya minum air kosong saja, saya risau jika saya tidur dia akan pergi ketika itu...Akhirnya pada hari ketiga iaitu Rabu (jika tak silap) arwah pun pergi di hadapan kami sekeluarga dan kawan kawan dia serta jiran...Moga arwah Abah diampunkan dan bersama mereka yang soleh di syurga dengan aman..Aamiin...

                                                                  ...Innalillahiwainailaihirojiun...


...Secara peribadi dalam kebanyakan hal saya lebih suka untuk mendidik anak2 mengikut zaman mereka begitu juga kecenderungan mereka dalam pelajaran, tidak mahu apa yang saya alami dulu diperturunkan pula kepada anak2, tegas dan garang tak bertempat dan tidak boleh buat keputusan sendiri...Mereka seperti juga orang lain berhak untuk disayangi, hidup tidak dalam ketakutan, rasa bersalah atau tiada keyakinan diri, selesa meluahkan perasaan dan pendapat...Mental development dan kasih sayang bermula dari rumah dan sejak lahirnya kita di dunia...Seperkara lagi usah malu atau segan untuk sering memeluk dan mencium walaupun mereka dah dewasa, kerana itu juga merupakan santapan jiwa...Sebagai ibu bapa kita wajib melaksanakan amanah serta tanggungjawab Allah dengan sesempurna munkin asalkan tidak menyalahi atau melanggar hukum agama, moral serta adat...

                             ...Wallahu A'lam...