Total Pageviews

Monday, July 19, 2021

...Adil Untuk Semua...

 


....Kebanyakan OKU yang saya temui semasa berulang alik ke spital berkata, mereka tak perlukan kasihan belas (kerana ini boleh membuatkan mereka rasa down) apa yang mereka mahukan perhatian, bantuan dari masyarakat sekeliling dan layanan yang sama rata macam orang lain...Sebagai contoh ketika mengambil ubat/nombor atau membeli tiket di kaunter, turun dan naik tangga, petak parking, tandas awam...di mana kebanyakan tempat awam kita masih kurang kemudahan untuk mereka hatta di Masjid sekalipun..😕


...OKU bukan saja terdiri dari mereka yg cacat anggota, malah lebih dari itu, pesakit mental, orang tua yang uzur, individu yang tidak berkemampuan untuk mengendalikan diri dan yang seumpamanya...Dalam berusaha menaiktaraf kemudahan untuk orang ramai pada masa sama pihak yang bertanggungjawab patut lebih peka dalam soal kebajikan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini...


...Bila menyentuh tentang kebajikan pula ia bukan hanya terhad pada fasiliti malah lebih dr itu antaranya juga melibatkan penjagaan mereka dari sudut kesihatan samada mental juga fizikal, saya amat terkejut bila baru2 ini dikirimkan satu video pendek tentang penderaan terhadap seorng kanak2 'Syndrome Down' yang begitu tragis, namun setakat 4 saat pertama sahaja kerana tidak sanggup untuk saya menontonnya hingga habis😥😥...walaupun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku namun mendera sesorang apatah lagi terhadap insan yang tak mampu melawan merupakan perilaku di luar batas kemanusiaan...Adakah pelakunya puas dan berasa bahagia melihat penderitaan orang lain?Kemanakah hilangnya rasa kasih sayang di antara sesama manusia? Adakah 'nikmat' itu telah ditarik oleh Allah dari jiwa kerana selama ini kebanyakan kita tidak ikhlas dalam  mempraktikkannya?! 


...Sebenarnya manusia berperawatakan seperti 'joker' ramai sekeliling kita, berselindung di sebalik topeng yang senantiasa menampilkan wajah senyum ceria namun terselindung lain2 watak sadis yang pelbagai...Ketika saya menghadiri satu sessi 'talk' sebelum PKP 1.0 dulu seorang ahli panel menjelaskan terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental/jiwa di kalangan manusia, maka adakah sikap suka mendera ini salah satu darinya?! 



...Siapa pun daripada kita OKU atau normal tidak rela diperlakukan sedemikian, semua berhak untuk hidup selesa dan wajar dilayan sama rata..Sebagai makhluk paling sempurna yang membezakan hanyalah amalan serta attitude kita...Wallahu A'llam..


#prayforbella #justiceforbella

2 comments:

Adi Herman said...

kesian tengok nasib OKU

deaf-angel said...

sokong pendapat dan cara penyampaian ko.
kita patut sampai level....
ok nak buat tangga....masa sama kita kena fikir cammana orang berkerusi roda nak naik? so kena buat ramp sekali.

ok kita buat jalan tuk pejalan kaki? so kena terus letak bintik2 timbul tu? hah...

kita buat pengangkutan awam, order bas-bas awam baru? so.. kena pastikan ada ruang kosong dalam bas untuk letak satu/dua kerusi roda/ ruang baby carriage...
cammana nak naik bas?
pastikan ada ramp dalam bas boleh lipat bukak.
Bas drivers mesti dilatih.
Paling penting semua pengguna kena diajar sabar.... kerana mungkin makan masa lebih sikit, satu minit extra...