...Beruas@ Gangga Nagara dulunya kerajaan purba...
...Tinggal di pekan kecil Beruas dulu, walau kecil tapi best..kerana sungguh pun begitu macam2 ada dan ia tetap happening...Sebulan sekali ada wayang pacak dari Jabatan Penerangan, selalunya cerita koboi hitam puteh, tengah syok menonton wayang berenti sekejap untuk bagi peluang pegawai dari jabatan kerajaan untuk berucap atau membuat pengumuman tentang dasar dasar kerajaan atau lainnya, kami budak budak tak amik pot pun sume tuh...seminggu sekali ada pasar malam, depan umah aje, ada pasar lambak tiap2 hari ada padang bola tempat di mana kami dari pelbagai bangsa berkumpul dan bermain layang2..ada liga bolasepak masa tu dan team yang bagus ada dua, team dari estate Columbia, jalan Taiping dan juga team Gula Perak Berhad, area Kampung Kedah/Kampung Banjar, Jalan Sitiawan, tapi game bolasepak sekarang langsung aku tak minat lagi,walau masa sekolah rendah dulu pernah jadi wing kiri untuk wakil sekolah...di padang tu jugak lah tempat diadakan pesta ria dan sambutan Maulidul Rasul...
...Pernah jugak pekan kecik ni dikunjungi oleh artis2 seperti Jamali Shadat & Hamid Gurkha bersama Orkes El Suraya dari Medan, Indonesia, kumpulan nasyid yang suatu masa dulu lagu Selimut Putih nya diharamkan dari disiarkan di radio...(Pelek, sedangkan lagu berunsur lucah oleh artis lain dibenarkan)...Pergi sekolah ramai2 jalan kaki menyusur tepi jalan Beruas - Parit, balik sekolah pula sayup sayup2 terdengar lagu2 dari jukebox bazzar pekan kami, hilang rasa penat berjalan tengah panas terik bila background muziknya dari The Zurah & M.Shariff dan Black Magic Woman - Santana..Pergh! Haha...Hujung minggu pulak mandi sungai atau taliair kat Kampung Changkat, jalan Taiping...untuk lebih adventure kami ke Ulu Licin mandi jeram yang ada kat situ...
...Padang tempat bermain zaman kanak kanak kami dulu...
...Sesekali rombongan sarkis atau fun fair ada jugak berkunjung ke sini, masa banyak ayam itek di kampung yang hilang...masa ni jugalah dapat tengok gajah, harimau, ular sawa, sesuatu yang amat rare bagi kami kanak2 juga orang dewasa masa itu,bole saja nak tengok sume tu kat Zoo Taiping, tapi nak pergi pun bukan dengan modal air liur je...Bagi kami anak kampung yang belum sangat terdedah dengan kemajuan dan dunia luar semua ini adalah dunia dan syurga kami...
...bekas tapak kuarters kami sederet dengan rumah 3 bersaudara Sohaimi Meor Hassan...
(Di belakang tu rumah kedai yang selalu pasangkan lagu Inggeris ketika malam hari)
...Panggung wayang yang satu2nya ada di sini akan gegak gempita dengan penonton yang hadir untuk menonton filem 'pecah panggung' dari pelbagai genre serta tajuk - James Bond era Sean Connery, Hindustan - Haati mere Saathi, Bobby, Kati Patang, Yadon Ki Baaraat, Sangam, gambar Melayu dari Merdeka Studio pada era malapnya Darma Kasuma, 6 Jahanam, Jangan Tinggal Daku, Do Re Me, Di Sebalik Tabir dan lain lain... tapi untuk menonton wayang itu pun jarang2 sekali,walau tiket paling mahal masa tu cuma enam puluh sen untuk kelas satu! Ye panggung yang sepanjang masa menonton membuatkan kita tergaru garu dek gigitan pijat...Owh ya kalu sekarang orang terganggu dengan bunyi talipon ketika menonton, tapi dulu kita akan tidak selesa dengan bunyi background dari gigitan kuaci penonton walaupun sound dari speaker panggung tu dah cukup kuat!
...Sejarah Beruas banyak tersimpan di muzium ini yang dulunya adalah Mahkamah Magisteret...
...Musim buah lagi best yang hanya muncul pada tiap bulan December - Rambutan, durian, mempelam...Orang muda sekarang munkin tak percaya sebab sekarang durian boleh didapati anytime..takde kira musim lagi, cuma seluk poket dan kira duit aje cukup ke idak nak beli...Dulu jual pakai longgok lani ...Hummm guna kilo..setajam tajam duri, tajam lagik harga durian tuh!
...Cuma apa yang selalunya malam sebelum tidur dapat tumpang dengar lagu2 Inggeris dari radio yang dipasang oleh jiran bangsa China yang tinggal di kedai belakang rumah kami walaupun sayup2 itu dah kira ok...Masa tu tak tau siapa,tapi masih ingat dan lama lepas tu baru tahu siapa artis2nya...Carpenters, The Doors, Cream, Byrd, Mamas & Papas, Tom Jones, Engelbert Humperdick dan banyak lagi...
Ohh ya jangan lupa pulak Mary Sia Ling Ling, Tracy Huang, Francis Yip
...Aahhh memang Old Skool Is Gold!😉