...Suatu hari dalam minggu lepas aku berjalan keluar dari Tesco St 18 untuk ke parking kereta...dari jauh aku nampak saorang berkopiah yang manis muka nya merenung kearah aku...Ahhh lantak lah kata aku sebab dah terbiasa aku diperhatikan..bila saja dekat beliau yang berwajah manis sedari tadi tetap merenung aku lantas aku pun tersenyum mesra kepada beliau..Tiba2 beliau menghulur tangan sambil berkata..Ini Ridzuan kan?Allahuakbar!! itu saja yang mampu terpacul dari mulut aku..agak terpempan..sememangnya aku tidak lagi mengenalinya...cuma bilamana terdengar saja suara dari mulut beliau terus mengingat kan aku akan dia yang rasanya lebih sepuluh tahun tidak berjumpa...namun kali ini beliau dengan keterampilan yang jauh berbeza dari dulu...Beliau telah memeluk Islam rupanya..Alhamdullillah!! Hidayah Tuhan tidak mengira siapa kamu..Akan diberi kepada siapa saja yang dimahukan..Beruntung kepada sesiapa yang menerima akan anugerah seumpama ini...Beruntung juga kita yang sedia Islam sejak lahir...Ada sesetengah yang punya hidayah tapi tiada taufik..begitu juga lah sebaliknya...Namun ada juga yang lansung tiada apa apa...Cuma yang ditakuti bila mana taufik dan hidayah diturunkan kemudian ditarik balik...
...Setelah bertanya khabar lebih kurang dan berjanji akan menemuinya kembali di premis beliau selepas ini,kami pun meminta diri dengan urusan masing2...
P/s: - Hingga sekarang aku masih cuba untuk mengingati semula akan nama beliau...Adussss...