Total Pageviews

Monday, January 11, 2010

..Trying To Burn The Sun..Never Say Die..



Aku minat sangat dengan mamat ni..mula tau/kenal masa aku ikut band Rainbow yang bermula selepas Deep Purple berpecah..mula dengar dah lama dah masa tu tahun 1976,tengok wayang kat Panggung Lido di Banting, sebelum tayangan bermula lagu lagu akan diperdengarkan termasuk lah lagu yang satu nih Temple Of The King..aku syok sangat ngan suara dan petikan Fender yang clean dari Ritcie Blackmore tapi tak tahu sapa penyanyinya..hingga lah beberapa tahun kemudian aku terjumpa dengan album Ritchie Blacmore & The Rainbow ..oo rupanya dia..Ronnie James Dio..masa dulu info amat lah terhad nak cari punya payah hanya melalui majalah majalah macam Kerrang,Metal Hammer,Metal Edge dll..dah tu pulak mahal gila bila diconvert kan ke RM..tapi majalah tu semua kat Ipoh ni dah takde masuk kata penjual yang biasa aku beli dulu..itu semua disebabkan isu Black Metal tu lahh..habis semua sangkut ...aku dulu pun pernah di interview melalui talipon oleh sesaorang yang mengaku dari Mastika,entah ye entahkan tidak..katanya nombor aku di beri oleh Jaie Sil Khannaz..dekat setengah jam dan sampai panas le tipon aku tu..macam macam yang ditanya pasal muzik black metal ni dari aku..aku jawab le apa yang patut dan apa yang aku tau...dan last sekali aku cakap korang jangan le suka mengembar gemburkan sesuatu tu tanpa usul periksa dan tanpa pengetahuan yang mana dari situ korang akan tulis pulak perkara atau fakta yang salah..ingat mata pena tu lebih tajam dari mata pisau..jangan nanti orang baca dan percaya bulat2 apa yang korang cakap..dan lagi jangan lari dari etika,tujuan dan matlamat korang dalam menulis..tulis hanya yang benar saja..bukan hanya untuk kantong dan perut korang jee..



..ok cerita pasal Ronnie James Dio atau la ni lebih dikenali dengan Dio (A man with the golden throat) bermula dengan band beliau sendiri The Vegas Kings (1957 -1958)Ronnie And The Ramblers,Ronnie & The Red Caps,Ronnie Dio & The Prophets,The Electric Elves,The Elves,ELF,Rainbow,Black Sabbath,Dio dan yang terbaru Heaven N Hell....Album lama hanya satu yang aku dapat ketika beliau bersama dengan Elf - Carolina County Ball yang di release pada tahun 1974 (aku darjah empat masa ni)itu pun pada tahun 1982,selepas 8 tahun di keluarkan he hee..dan aku amat minat dengan music raw,rock n roll,blues rock,hard rock bawaan beliau..selepas itu aku terus ikut tak kira semasa beliau bersama Rainbow,Black Sabbath atau Dio dan Heaven N Hell..suka menulis lagu ketika menonton American football..beliau bagi aku saorang yang genius samaada dalam penulisan lirik mau pun lagu dan apa yang menarik lagi berjaya mengubah landskap music mana mana band yang beliau sertai..maka tak heran lah amat di cemburui oleh Ozzy Osbourne setelah Dio mengantikan Mad Man tersebut di posisi vocal.,secara peribadi aku lebih meminati Black Sabbath ketika era Dio berbanding dengan Ozzy yang bagi aku hanya banyak menampilkan gimmick dengan perilaku beliau yang pelik dan ganas di atas dan diluar pentas..Drugs just drive you crazy..knock it off maan..Masa Dio dengan Black Sabbath bagi aku adalah juga masa peak bagi band ini..Heaven & Hell,Mob Rules,Live Evil dan album reunion Dehumanizer juga yang paling baru Heaven N Hell gandingan line up asal Toni Iommi,Gezzer Butler,Vinnie Appice,Dio..bagi aku Dio sama gak ngan David Coverdale,Ian Gillan dan Glen Hughes yang mana jika mereka ini menyanyi tanpa iringan muzik pun dah cukup sedap..lagu slow seperti Rainbow Eyes,Catch The Rainbow hingga lah kepada lagu berentak heavy seperti Gates Of Babylon,Invisible,Fallin Of The Edge Of The World dan lainnya semua dibawa dengan baik dengan pelbagai cara (bab ini aku tak pandai sebab aku bukan nya pemuzik..takut kena marah dengan Nyonya Salmah plak nanti.he hee).



...bermula pada tahun 1957 hingga kini..fuhh 53 tahun..memang committed betul beliau dengan apa yang diperjuangkan..muzik memang dah jadi urat saraf dan nadi beliau..tiada pencen dalam kamus hidup ini agaknya..tetapi baru baru ini terpaksa membatalkan beberapa siri konsert kerana telah disahkan mengidap ‘stomach cancer.’.namun berpantang maut sebelum ajal..bak kata Wendy Dio, isteri merangkap pengurus beliau..After he kills this dragon,Ronnie will be back on stage where he belongs,doing what he loves best,performing for his fan..humm..harapnya begitu lah..Ronnie never say die..Long Live Rock And Roll..