Total Pageviews

Thursday, September 13, 2018

...Korban...Ehsan Kepada Makhluk Tuhan...



...Setiap tahun setelah sampai waktunya kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Idul Adha atau yang mana lebih senonimnya di Malaysia dengan panggilan Hari Raya Haji...Sebagai umat Islam kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban di mana ianya merupakan sunat muaakad atau dalam erti kata lainnya sunat yang dituntut supaya dikerjakan... 

...Proses menyembelih pada kebiasaannya akan dilakukan selepas saja solat sunat Idul Adha dalam kawsasan masjid...seperti yang disyaratkan penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah) dan ia juga tidak sah jika dilakukan pada malam 14 Zulhijjah...





...Dari pemerhatian dan secara peribadi saya amat tidak bersetuju dengan kaedah yang diamalkan oleh kebanyakan orang yang ditugaskan untuk melakukan proses penyembelihan dari mula hingga akhir...Banyaklah jika ingin dituliskan di sini cuma saya menyentuh akan kaedah yang diguna untuk menumbangkan ternakan berkenaan...Apa yang pernah disaksikan ada diantaranya yang menakut nakut serta  mengkasari makhluk Allah itu hingga menyebabkan ianya menjadi liar dan berada dalam keadaan tertekan; sedangkan ia sepatutnya perlu disantuni...

...Nabi sallallahu 'alaihi wassallam mengajar kita agar bersifat ehsan kepada semua makhluk hatta ketika menyembelih haiwan...
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ ، قَالَ : ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Syaddad bin Aus berkata: Dua perkara yang aku hafaz daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan ehsan atas segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, bunuhlah dengan ehsan. Apabila kalian menyembelih, sembelihlah dengan ehsan. Hendaklah salah seorang kalian menajamkan pisaunya dan merehatkan haiwan sembelihannya.
[Sahih Muslim, Kitab as-Soid wa az-Zabaih, Bab Al-Amr Bi Ihsan adz-Dzabh…, hadis no: 1955]

Ehsan secara ringkasnya boleh dimaksudkan dengan ‘melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik’. Hadis di atas menggariskan dua cara terbaik menyembelih haiwan iaitu
1) Menajamkan pisau
2) Merehatkan haiwan supaya dia bertenang

Dalam hadis lain
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَجُلا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحُهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : ” أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ ، هَلا حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا
Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan seorang lelaki membaringkan kambing biri-birinya untuk dia menyembelihnya. Dia mengasah pisaunya. Baginda berkata: "Adakah engkau mahu membunuh haiwan ini dua kali? Tajamkanlah pisau engkau sebelum engkau baringkan ia"

[Al-Mustadrak ‘Ala Al-Sahihain, Kitab al-Adhohi, hadis no: 7563. Sahih atas Syarat Imam al-Bukhari]





   ...Itu sebabnya perlu diadakan kursus pengendalian ibadah korban kepada mereka yang terlibat, bermula dari mendapatkan peserta korban, ternakan hingga lah kepada cara penyembelihan dan seterusnya pengagihan daging daging tersebut, ini bagi tujuan mengelak dari berlakunya sebarang pertelingkahan sesama sendiri, penganiayaan terhadap binatang korban atau pun apa saja  perkara yang munkin boleh menyebabkan amalan yang mulia tersebut menjadi rosak, sia sia atau terbatal...


                                                       ...Wallahu a'lam Bishawab... 🙏