..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, August 7, 2025
Hidup Perlu Terus...
Tuesday, October 1, 2024
Usah Tamak Jika Berniaga
...Di Perak sebenarnya terdapat beberapa taman tema baru serta lama dan Lost World Of Tambun serta Bukit Merah Laketown Water Park antaranya yang paling maju dan terbaik dari pelbagai sudut...Bukit Merah Laketown diawal operasinya juga mengenakan harga tiket yang agak tinggi, namun setelah menerima saingan dari Lost World Of Tambun (walaupun lokasi masing2 jauh - satu di utara dan satu lagi di selatan) ia menyelaraskan semula harga tiket di samping pelbagai lagi tawaran yang mampu menarik lebih ramai pengunjung...
...Lost World Of Tambun, sebuah taman tema yang telah lama beroperasi di Ipoh, dan 5 tahun pertama operasinya difahamkan tidak dikenakan cukai kerajaaan dan saya percaya MAPS juga mendapat insentif sebegitu malah munkin lebih memandangkan ia adalah join venture antara Perak Corporation Berhad (anak syarikat utama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan Sanderson Group...Namun dalam percaturan bisnes berkesudahan ditutup sepenuhnya setelah 3 tahun beroperasi...2017 - 2019...
..Saya teringat akan kata2 orang lama - Orang tamak selalu rugi dan biar genting asal tidak putus!
...Yang terbaru di Batu Gajah menghala ke Tanjung Tualang terdapat satu lagi taman tema berkonsepkan extreme park yang dibuka pada April 2024, secara peribadi saya sendiri belum sekalipun berkunjung ke situ dan terlalu awal untuk memperkatakan samada berbaloi atau tidak dengan harga tiket dan fasiliti yang disediakan..Samada ianya mampu bersaing, kita tunggu dan lihat saja dulu...
...Kesimpulannya, selain modal, kecekapan pengurusan dalam bisnes untuk terus bersaing antara perkara penting dan tunjak dalam meneruskan kelangsungan...
Friday, October 7, 2022
..Jika Tiada Simpati Tampilkanlah Sedikit Empati...
...Semalam baru dapat tahu dari saorang kawan, salah saorang kenalan kami telah beberapa bulan kematian isteri, dulu jemaah tetap masjid, tapi tidak lagi sebab kawan jemaah lainnya ada yang suka menyindir/push dia lekas2 cari ganti...Sedangkan sikap beliau telah jauh berubah dari saorang yang ceria, selalu bergurau menjadi murung...Besar sungguh dugaan yang perlu beliau hadapi ketika meniti usia senja (72 tahun) ini...
...Dalam hal ini kawan keliling sepatutnya menjadi tempat bersandar pada yang memerlukan bukan menjadikan kita bahan senda gurauan...Bab perasaan jangan dijadikan mainan...Bila macam nih kita boleh kenal siapa kawan siapa sahabat siapa musibat...
...Serious bagi yang tak faham semakin meningkat usia kita akan semakin cepat terasa...Tak caya? Komer yang belum, tunggu jerlah masanya...
Thursday, September 13, 2018
...Korban...Ehsan Kepada Makhluk Tuhan...
...Dari pemerhatian dan secara peribadi saya amat tidak bersetuju dengan kaedah yang diamalkan oleh kebanyakan orang yang ditugaskan untuk melakukan proses penyembelihan dari mula hingga akhir...Banyaklah jika ingin dituliskan di sini cuma saya menyentuh akan kaedah yang diguna untuk menumbangkan ternakan berkenaan...Apa yang pernah disaksikan ada diantaranya yang menakut nakut serta mengkasari makhluk Allah itu hingga menyebabkan ianya menjadi liar dan berada dalam keadaan tertekan; sedangkan ia sepatutnya perlu disantuni...
...Wallahu a'lam Bishawab... 🙏
Monday, October 14, 2013
...Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong...
...semua masih dalam progress...
...di sinilah Perak Woman dijumpai...
.
...cantek akar pokok nih...
...dua orang tua yang tak mahu mengalah...Hahahaa..apade hal beb!
...Mula memanjat ke atas...
...Tulisan asli/asal dari penghuni gua ini telah hilang/terpadam dek kerana tulisan pelawat2 yang datang...Takde keja sesaja nak buat keja!
...Pernah menjadi lokasi shooting filem...
...Dalam Gua Kelambu...
...Lubang ini muat untuk saya melepasinya...Cuma di satu tempat terkandas...
Bahu tersangkut..Mujur jugak ada laluan lain...
...Mula menuruni pula...
...Dimaklumkan oleh penunjuk arah sign board ini telah 4 kali ditukar...Dan setiap kali inilah yang akan berlaku...Orang kita memang mahir dengan kerja2 'bertukang' ini...
...ate moh le balik..apa dibuat tunggu lelama...


.jpg)








































