Total Pageviews

Wednesday, December 12, 2012

...Ian Gillan...














…Ian Gillan bukan lah satu nama yang boleh diperkecilkan dalam arena Hard Rock..kerana beliau sebelum ini  merupakan penyanyi bagi kumpulan Deep Purple dalam keluarga MK 2 selepas dari Mick Evan dan sebelum David Coverdale…Juga pernah memberikan khidmatnya ketika bersama dengan Black Sabbath di dalam album ‘Born Again’…Walaupun album ini kurang berjaya bagi Black Sabbath namun bagi aku lagu2nya cukup berat dan extreme  antaranya seperti Digital Bitch,Zero The Hero,Born Again..Yang mana memberikan sound ‘dark’ yang lebih pekat lagi kepada format muzik Black Sabbath sebelum ini…





...Kegagalan album ini munkin disebabkan mood atau  impak yang ditinggalkan sebelumnya oleh Ronnie James Dio  kepada band ini…munkin juga peminat masih terkejut atau belum bersedia  untuk menerima perubahan drastik…Begitu pun selepas Ronnie...Michael Bolton juga dikatakan pernah melalui audition untuk band ini…namun nasib menyebelahi Gillan...




… Banyak lagu beliau yang merupakan trade mark Deep Purple..Highway Star,Smoke  On The Water,Black Night,Space Truckin,Woman From Tokyo dan yang paling memberi kesan  pada aku salah saorang peminat tegar beliau ialah  Child In Time..yang pada masa ini merupakan kemuncak pada mutu suara beliau..Structure muzik yang lazy,slow mood pada awal dan jiwa kacau,chaos di penghujungnya…arghhhhh…Siapa yang tak tahu dengan lagu ini..Emmm orang baru aku tak kisah….Tapi bagi mereka yang mengaku otai tu....sendri mau ingat aaa…hehehe…

...Tahun 81 – 82..aku pun dah lupa…Masa tinggal di Taman Kledang.. aku sedang bercuti dan bersantai sambil membaca surat khabar di rumah sewa.Tiba  di ruangan  hiburan aku terbaca Ian Gillan bersama band akan mengadakan konsert di Stadium Negara…Bakal dibawa masuk oleh organiser pada masa itu Ali Bakar bersama Showmasters...Perghh .!!! 


...Pada hari konsert aku bergerak dari Ipoh dengan menaiki keretapi...sampai je di Kuala Lumpur terus ke Horizon Music Centre di Pertama Kompleks untuk mendapatkan tiket...Di dinding kedai banyak terpampang Lp dan poster beliau dari album Glory Road,Future Schock dan Double Trouble....Berita baik dan berita tak baik dari penjual tiket...berita baik tiket masih ada..yang tak baiknya tiket arena dah sold out...Ahhh takpe  something is better than nothing...






....Di Stadium Negara dah ramai mat Rock yang menunggu atau melepak sambil mendengar 'sound check ' dari Gillan...Walaaa meremang bulu roma beb!!! Bayangkan laa ini kira 1st.time band international yang dibawa masuk ke Malaysia...Show bermula sebelah malam...Nak masuk stadium pulak satu hal beratur punya la panjang..bagi orang Malaysia ni biasa la dalam bab ni bukan boleh bersabar  atau sopan sikit pun,bertolak 2 le apa lagi..aku ingat lagi jenuh anggota FRU mengawalnya hingga ada yang terpaksa menggunakan cotar...ada satu mamat di belakang aku tu aku tengok releks je bila keting kakinya dipukul dengan cota hingga meletup bunyinya!! Dengan selamba je dia cakap kat mamat FRU tu “Kaki kanan gua ni kaki kayu brader,jangan pukul sampai tercabut udah laa”..laaa patut la dia relek jee..perghh..He..hee..





...Aku dah tak berapa ingat masa tu tapi yang jelas aku dan  penonton yg lainnya pada malam tu abis lenjun dek ujan di luar stadium......show bermula dengan Blues Gang yang buat opening act..Jim Mandasamy,Julian Mokhtar,Karim,Ghani & Ito..ha ha..all out depa malam tu..tak tau le berapa gantang punya stomek depa..he he...





...Habis dari Blues Gang...tiba tiba lampu stadium terpadam…jeng jeng jeng!!Cuma lampu suluh je yang nampak bergerak di atas pentas..dalam  samar samar tubuh besar Big John Mc Coy (bass) nampak bergerak mengambil tempat…kemudian..Boom!!!..Show timeee!!!Gillan,dan kawan2 memang gila malam tu..lebih2 lagi Janick Gers (White Spirit,Gillan,Gogmagog,Fish,Bruce Dickinson,Iron Maiden)sungguh bergaya dan hebat memainkan Fender Stratocaster beliau dengan pelbagai effect dan sound yang pelek pelek,ada ketika  hingga memanjat tinggi tiang stage sambil memetik gitar..semua lagu Gillan masa dengan Deep Purple dibawa bersama dengan kami penonton yang juga turut bernyanyi...Black Night,Highway Star,Woman from Tokyo,Space Truckin dan lainnya....fuhh ..sejarah..tinggal sejarah...






...Abis show malam tu aku terpinga pinga..alamak kat mana nak tidur nih?? Aku tahan satu teksi dan minta apek drebar tu bawa ke hotel yang murah..mana lagi.. Brickfields!! ha ha ..Headquarters Underground masa tu...Pagi esoknya,bangun awal dan sarapan di gerai tepi jalan sebelum jalan kaki ke railway stesen untuk naik keretapi dan terus balik ke Ipoh…  





...Selepas beberapa lama dengan karier bersama band sendiri...masaalah muncul berikutan kerosakan pada peti suara yang senonim dengan ramai penyanyi sedangkan itu jugalah senjata bagi mereka...beliau  menamatkan hayat bandnya dengan album terakhir Magic bersama Jenick Gers yang bermain bagi album ini...dan akhirnya selepas bersama Black Sabbath  beliau membuat come back bersama line up MK 2 pada tahun 1984 dengar melahirkan studio album yang ke sebelas bagi Deep Purple...Album yang disokong kuat dengan solo Ritchie Blackmore dan petikan jenama vintage Hammond organ dan KORG dari Jon Lord (RIP)...Lagu yang paling menyengat dan menarik dalam album ini bagi aku adalah Perfect Strangers dan Wasted Sunset...yang kini boleh dilabelkan sebagai klassik serta evergreen....Selepas dari itu..aku tidak lagi mendengar album dari beliau maupun Deep Purple...kerana bagi aku Gillan hanya menyerlah/menyengat ketika bersama Deep Purple dan jugak Ritchie Blackmore...juga sementelah suaranya yang telah amat berlainan dari sebelumnya...


...Secara peribadi aku langsung tidak boleh menerima kemasukan Steve Morse serta Don Airey menggantikan Blackmore dan Lord yang langsung menghilangkan aura Deep Purple itu sendiri...Bagi aku Deep Purple adalah Ian Gillan,David Coverdale,Glen Hughes,Ritchie Blackmore,Roger Glover,Jon Lord serta Ian Paice...Tanpa mereka ini hilanglah sengat Deep Purple....



  

                
P/s: - Setelah lama tercari2 album live Deep Purple – Made In Japan.Akhirnya dengan bantuan rakan FB Mr AzMan aku akhirnya memiliki juga LP ini yang diperolehi dari saudara Razak...Bagi aku ini adalah antara album live klasik yang  terbaik sepanjang  zaman seiring dengan Deep Purple – Made In Europe,Rainbow – On Stage,RUSH – Exit,Left Stage,Black Sabbath – LIVE EVIL,Scorpions – Tokyo Tapes.