Total Pageviews

Tuesday, November 30, 2021

...Hidup Mati...Itu Pasti...



...Pada suatu pagi baru baru ni saya terima panggilan dari ipar yang tinggal di Batu Gajah...Ye, berita tentang kematian saudara sebelah isteri saya...Pak Lang telah lama sakit dan 'bed ridden' tapi sangkaan saya melesit sebab bukan Pak Lang tapi Pak Ngah yang meninggal...Pak Ngah dan Pak Lang dua beradik yang tinggal sekampung dan tidak jauh dari rumah masing2..Pak Ngah asalnya bekerja dengan kapal korek bijih timah dan Pak Lang pula bekas tukang kebun sekolah berhampiran...

...Saya dan isteri bergegas ke Kampung Baru, Changkat Tin dua belas kilometer dari Pekan Tanjung Tualang, sampai di rumah keadaan agak sepi hanya satu, dua kelibat yang kelihatan...saya bertanya kepada saorang muda yang sedang duduk di bawah rumah Pak Ngah, kata nya jenazah dah dibawa ke Masjid untuk solat jenazah...Rupanya di masjid pun tiada kerana telah dibawa ke perkuburan yang tak jauh dari situ di atas sebuah bukit yang curam, dalam lima minit kami pun sampai ketika Imam sedang membaca Talqin...

...Selesai di perkuburan kami terus ke rumah Pak Lang pula yang tak jauh dari situ untuk menziarah beliau dan ahli keluarga lainnya yang dah lama tak jumpa sejak sebelum PKP tahun 2020 lagi...Keadaan beliau nampak pada mata kasar ok jer...Saya terus keluar rumah dan lepak di halaman bila makin ramai yang berkunjung, sedangkan SOP masih ada yang ke laut...Tak lama pun di situ lebih kurang 30 minit saya mengajak isteri untuk terus pulang...



...Beberapa ketika setelah sampai di rumah dan berehat kami terima berita melalui group wassap keluarga yang memaklumkan Pak Lang pula menyusul setelah Pak Ngah...Ironinya mereka berdua lahir pada tahun yang sama, 1939 dan beza umur mereka pula hanya lah beberapa bulan saja...Pak Ngah Rasit lahir pada bulan Januari manakala Pak Lang Arip pula pada bulan 8 tahun 1939...Namun ketetapan Allah tak siapa yang tahu dan tarikh lahir juga mati bukan kita menetukan...secara kebetulan dalam hal dua beradik ini mereka seakan berjanji sehidup dan semati....Innalillahiwainailaihirojiun...

...Wallahu a'lam... 

 

Tuesday, November 16, 2021

..Cinta Alam Allah...



...Semasa kecil tinggal di Kg Bharu, Lumut, dalam daerah Dinding kini Manjung meredah hutan merupakan kebiasaan/keperluan bagi kami juga bagi keluarga lainnya...Pengalaman mengikut mak dan abah bersama orang kampung menebang pokok bakau utk dibuat kayu api, atau ke ladang getah berhampiran yg jika harimau menyorok pun tak kami nampak dek semak dan tak berjaga, semata2 untuk mencari pucuk paku dan 'kulat' di tunggul2 kayu...




...Jika musim lokan, kepah atau remis kami akan ke pinggir Sungai Dinding pula untuk mendapatkannya...Selut yg dipijak dalam hingga ke pangkal peha, jatuh terseradong akar bakau, gatal2 setelah berperang dengan agas dah jadi alah bisa tegal biasa...Ketika itu ketam batu, ikan belacak, biawak air, ular kapak, monyet, lotong cukup banyak dan mudah dijumpai sementelah dah memangnya habitat mereka...Semua itu pengalaman yg amat berharga dan manis untuk dikenang dan diceritakan kepada anak cucu...Kini dunia makhluk berkenaan semakin sempit dan populasinya pun makin sikit setelah banyak habitat mereka dimusnahkan oleh kita manusia yg kononnya bertamadun...Jika dulu tidak tapi sekarang babi hutan dan monyet banyak berkeliaran di penempatan kami...Mereka tiada pilihan dan terpaksa keluar untuk mencari makan bagi meneruskan kelangsungan hidup, sedang kita dengan rakus terus terusan memusnahkan eko sistem tanpa mempedulikan hari esok yg masih tersisa...


* Gambar dirakamkan di Resort Intan Suraya, Lenggong. Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, November 10, 2021

...Roti Mokhtar..Umphh!!...

 

...Di Pekan Beruas dulu ada seorang pengusaha roti bernama Aspaq keturunan Pakistan..Beliau menggunakan kaedah 'old skool' ia itu dapur kayu dan kayu getah sebagai bahan apinya...Selepas kematiannya perusahan itu diambil alih oleh anak sulung beliau namun tak lama, bila anak nya pula yang meninggal dan dengan itu berakhirlah legasi perusahaan tersebut...


...Jika ke Kuala Lumpur dan jemu menggunakan highway yang takde pemandangan cantek serta lurus dan mendatar saja saya akan beralih angin dengan turun ke jalan Persekutuan (lama) dan jika kena pada masanya akan singgah di Pekan Slim River untuk membeli roti di Kilang Roti Mokhtar...Bertempat di belakang Pasar Basah Pekan tersebut...Seperti mana arwah Aspaq kilang ini juga menggunakan kaedah lama untuk memasak roti2



...Kilang Roti Mokhtar, menariknya ia diusahakan oleh orang kita Melayu dan bukan kaum  India atau Pakistan seperti yang biasa kita lihat...Kesemuanya dibakar guna kaedah 'olskool'...Haa, dapur kayu ler tuhh...Ada pelbagai - Bun Kacang, Kaya, Kacang dan lain lain...Texture dan rasa?! Biasanya kalu saya ke sini dalam sepuluh kali tu hanya dua atau sekali jer dapat membeli...Buka pukul 11.30 pagi hingga habis dan selalunya pukul 1 tengahari semua dah licin...
                                      ....So komer dah tau ler jawapannya sedap ke idak...