Total Pageviews

Monday, September 27, 2010

..Selamatkah Kita Di Tanah Air Sendiri?

Aku suka bertanyakan soalan ini pada diri aku sendiri,sebelum bertanya pada orang lain..Setiap hari dalam tv dalam surat khabar apa yang banyak dapat kita baca sekarang ialah kes bunuh,rompak,pukul,peras ugut,rogol dan bermacam lagi cerita jenayah yang membimbangkan..yang paling ringan pun aku rasa kes along simbah cat kat umah orang yang berhutang tapi tak mau bayar..ini pun satu hal..dah sedap2 meminjam buat2 lupa plak ..bukan ke cari penyakit namanya tu..sapa yang tak marah..

..Dengan cerita atau kisah2 yang sebegini memberi makna betapa masyarakat kita telah banyak sangat yang sakit..bukan sakit fizikal je.. tapi sakit dalaman..sakit jiwa dan perasaan ..manusia sudah tidak dapat lagi membezakan antara buruk atau baiknya pada satu2 tindakan yang diambil..

..Bayangkanlah nak hantar anak ke sekolah pun la ni risau,nak hantar pergi tution pun susah hati..duduk dalam rumah risau dok luar pun risau..pernah abang sedara aku yang jadi Polis kat IPK Ipoh tu pun bagitau..Wan tempat kome tu black area tuh..
..Saban minggu ada je kes kecurian yang diberitahukan kepada kami di situ..Dok dalam rumah pintu dan grill kena kunci..keluar rumah kejap nak kutip baju di ampaian..masuk..kena kunci balik …adoi cam penjara plak rasanya…

..Huh..sudahnya nak pegi mana? Nak duduk mana?Atas pokok?Pokok yang ada pun dah banyak yang kena tebang..eheemm..Ishhh ini dah lain kisahnyaa..

...Jika dilihat dari stastik yang diberi oleh pihak berkuasa..kebanyakan jenayah yang terjadi..60% dilakukan oleh warga asing..ini merupakan satu tamparan kepada pihak kerajaan yang selama ini mengamalkan dasar berbaik2 dengan negara luar apatah lagi negara jiran..dengan membawa masuk banyak rakyat mereka bagi tujuan menampung tenaga kerja...

..Orang asing..Ini belum diambil kira yang masuk dengan cara haram..atau dengan alas an melancong kemudian tak dapat dikesan..pasal apa? Pasalnye mereka dah melencong..

..Kes masuk secara haram ini antara sedar atau tidak telah berlaku lama dulu dah..Aku masa tinggal di Banting pada tahun 70an dulu pun dah terdedah akan hal2 seumpama ini..mereka masuk melalui Pantai Morib yang jaraknya dari Sumatera hanya 20 kilometer..dan terus ke kampong2 berdekatan yang kebanyakan penduduknya terdiri dari masyarakat Jawa..jadi masaalah perhubungan dan bahasa langsung tak jadi masaalah..Ini sebagai satu contoh dan pengalaman aku..

..Kalo dikaji buruk baiknya dasar itu tadi seperti di perenggan atas memang ada..tapi yang malang adalah lebih banyak buruk dari kebaikan..tak dinafikan bahawa kaum pendatang jugak memainkan peranan dalam pembangunan negara ini..namun kita terlupa jika berlebihan ia akan mengundang padah..ia umpama air yang jika dituang kan kedalam gelas kosong..apa akan jadi jika kita terus terusan menuangkannya tanpa henti..hummm..

Sayangnya mereka ini ada juga yang tidak tahu membalas budi...madu yang kita beri dibalas dengan tuba…sama juga lah dengan melepaskan anjing yang tersepit..kita balik yang digigit nya..

..Masa aku selalu ke gymnasium Kompleks Belia Dan Sukan Ipoh beberapa tahun lepas ..ada satu mamat ni yang selalu bersama berlatih..Zam namanya..Zam apa pun tah lee..zam zam al kazam kot sebabnya dia ni pandai mengayat..jadi aku dengan yang lain nya turut percaya je dengan apa yang dia cakap..tambahan dia ni pun peramah orangnya..senyum meleret memang tak lekang ..katanya dia army..sememangnya la kat gym tu ramai army ngan FRU yang dok exercise sama..punya la pandai dia ni mengayat orang sampaikan pengurusan gym tu pun dapat kat dia..dia pegang kunci dia jugak yang collect duit ahli tiap2 bulan..ahli baru yang nak register pun kena lalu dia dulu…fuuhh..

..Dipendekan cerita satu ari tu aku ke pejabat Pos dan bertembung dengan Pak Ya RISDA dia bagitau..
Pak Ya - Zam kantoi..la ni ada kat Pusat Tahanan Langkap..

WB - Hahh apa hal nye plak ditahan kat sana?..

Pak Ya - Kita je yang tak tau Wan,dia tu sebenarnya PATI..dia kena tahan masa nak buat MY Kad di Pejabat Pendaftaran ..yang tangkap pun member gym kita gak…budak pompuan yang dia selalu bawak kat gym tu bini no 2 dia budak Gopeng..
*p/s(Undang2 Imegresen ni aku memang fail)

Tiga hari lepas tu aku dapat berita Zam meninggal dalam tahanan akibat bergaduh…Innalillah…di antara kami Cuma Lan Fru dengan Man DBI je yang berpeluang menziarahi jenazah beliau yang dikebumikan di Kg Gunung Mesah,Gopeng..kampung isteri kedua beliau…dalam hal ini aku tak menyalahkan Zam seratus peratus..dah itu mahu nya dan dah itu ketentuan aturan hidup dia..api itulah dari kisah tadi banyak yang dapat kita renungkan dan jadikan iktibar..ntaranya betapa alpa dan lalainya kita hinggakan begitu senang orang luar menyusup masuk..jalan darat?jalan laut?Semua bolos..hinggakan tidak sedar yang di depan mata kita itu adakah musang yang berbulu ayam atau bukan..ini lah yang akan jadi bila undang2 dan hukuman hanya di atas kertas sahaja..Penguatkuasa & penguatkuasaan? Humm..hanyalah penguat tak kuasa..Habis nak salahkan siapa??

..Sekarang bukan masanya untuk menuding jari atau mencari salah sesiapa..sebenarnya semua dari kita perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara yang cintakan negara dan kedamaian..ada masaalah mari sama2 cuba selesaikan..Sebab kalo bukan kita sendiri sebagai raakyat yang nak menjaga negara ini,siapa lagi?Anasir yang berniat jahat dari luar dan dalam hanya menunggu peluang saja...