Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam
Ahmad dan Imam Ibnu Hibban yang bermaksud : “Roh seseorang mukmin itu
tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya
sehinggalah hutangnya dijelaskan”.
…Dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa mati, sedangkan dia
masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti
daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula
dirham”. (Riwayat Ibnu Majah) –
…Dalam hidup
yang amat mencabar ini..kebanyakaan dari kita berlumba lumba dalam mengejar kebendaan duniawi...Lihat apa yang orang lain ada kita juga mau yang serupa atau lebih lagi..hingga lupa atau pun alpa semua itu tidak lebih dari sekadar nafsu...yang mana ianya lebih berupa kemahuan berbanding keperluan…sedangkan jika diikut pada kemahuan selembah emas pun
manusia tidak akan cukup..tidak akan
puas…maka harus berpada pada..bak kata orang tua tua..ukur baju di badan
sendiri…berbelanja sekadar keperluan atau yang lebih penting lagi sekadar
kemampuan…tak perlu mengikut pepatah klise...Biar papa asal bergaya...Ianya tidak bermakna jika selepas itu
diri sendiri serta orang lain yang merana…
...Dalam usaha untuk memuaskan nafsu ini pelbagai cara digunakan...asalkan apa yang dihajat tercapai...samaada mencuri hak orang lain atau pun yang agak 'baik' kaedahnya ialah dengan meminjam atau dalam lain kata berhutang untuk mendapatkannya...Sekarang pelbagai medium yang ada dari sehebat intitusi kewangan, along hingga lah,rakan taulan serta adik beradik hatta mertua serta menantu...!!
...Saya sendiri tidak faham akan kaedah atau syarat yang dikenakan oleh kebanyakan si pemberi hutang ini kerana tidak pernah terlibat dengan mana mana Along samaada dari Pekan Jalong ataupun Bukit Beruntung...Suatu masa dulu pada satu hari ketika menghantar anak ke Sekolah di Catur Avenue, Ashby Road terpampang dengan besar photostat kad pengenalan bersize A3 di pagar sekolah dengan ayat yang lebih kurang begini...Ini Che gu Tipu!! Utang Tak Mo Bayar!! bla bla bla...saya pun tak ingat lagi apa yang ditulis...Jelasnya berhutang ini sebenarnya banyak buruk nya dan mampu mengundang padah...apa lagi jika hutang tidak dibayar!! Jika berlaku sebegini baru lah tahu langit tinggi atau rendah!!...
...Tidak seharusnya berlagak kaya jika tidak mampu...dan jangan berhutang jika tidak mampu (untuk membayar balik)...Ramai yang berhutang tapi peleknya ramai juga yang tidak mahu membayar dan masih dengan selamba tersenyum di hadapan orang sedangkan mereka mampu untuk melunaskannya...Jika ini yang berlaku samalah levelnya dengan penipu...
...Kesannya di dunia lagi telah terasa...Mereka tidak akan dihormati,tiada sesiapa lagi yang akan percaya..Maka tidak hairanlah jika alasan ini yang menyebabkan Along di luar sana mengambil pendekatan drastik 'By Hook Or By Crook' dengan bermain kasar terhadap mereka yang berhutang tapi liat untuk membayar...