Total Pageviews

Saturday, July 2, 2011

…Minta tolong Pak Cik …Saya datang nak makan….

..Pagi Khamis aritu aku ke Medan Mara di Ipoh untuk minum pagi..pagi yang dah nak ke tengahari pun..pukul 11 lebih kurang camtu..Dok kat satu meja..oder char kewteaw..aku pesan tak mahu masin..tapi terlupa nak bagi tau kurangkan minyak..sudahnya kewtew aku yang patutnya basah dengan air jadi lenjun dek minyak..adussss...

...Elok baguih punya layan…datang owner kedai sebelah yang aku oder air suam dan kopi ais darinya.Mula2 dia bercakap dengan nada yang aku kira nak berkenalan,sambil memuji dan berterima kasih sebab minum dikedainya..sebab tolong orang melayu berniaga katanya..Tak pela lagi..Tapi bila dia dah mula membebel tak henti2 berceramah pasal politik..itu tak kena ini tak betul...Kerajaan pilih bulu tak tolong kami orang Melayu nak berniaga..katanya dan terus bla bla bla..pot pet pot pet..aku dah mula boring!...aku dah jadi macam burung terkukur dek nak mengiakan cakap dia walhal aku memang tak berminat langsung dengan cerita dia..Apatah lagi aku datang nak makan bukan nak dengar ceramah politik..Kenyang memang le kenyang..hum kenyang dengar bebelan...Abis makan...aku lap mulut dan terus tanya pada dia..

Pak Cik ni gerai sapa bagi berniaga?
MARA yang kasi.. katanya
MARA tu kira kerajaan jugaklah..Ok lah tu kalo dia dah tolong bagi niaga kat sini..kata aku..

...Lepas bayar aku terus belah..inilah kali pertama dan kali akhir aku datang ke kedai ini...kata hati aku...
..Macam entri aku yang lepas lee..aku tak memihak pada mana2..Tapi fikirlah,sampai bila kita nak ditolong..sampai bila kita nak diberi wheel cha..sampai bila kita nak dibantu..usaha lah sendiri jugak beb...Senonimnya orang kita ni..bila tengok orang lain lebih kita dengki,cemburu...Mula fikir/fitnah yang bukan bukan...namun untuk berusaha sendiri..MALAS!!
..Tahu ke kita betapa sesetengah orang yang berjaya tu bagaimana keadaan mereka sebelumnya?Lagi pun mesti ke dengan hanya diberi bantuan saja baru mereka boleh hidup senang...

p/s:- Usah lah cemburu dengan kejayaan orang lain...Cuma tiru ajelah kejayaan mereka...