Total Pageviews

Tuesday, November 12, 2013

..Papa Rock aka Pak Mok...





...Sebut saja Ramli Sarip bukan Ramli Burger..Semua orang kenal..dari tua hinggalah orang muda generasi Y...Apatah lagi bagi Rockers...Awalnya banyak pengaruh Robert Plant dan Meat Loaf boleh dilihat ketika beliau mengadakan persembahan...Bermula dengan album pertama bersama Sweet Charity...zaman cartridge... keset baru nak berjinak dengan market pada masa tu...Album pertama mereka menampilkan lagu hit Teratai dengan sound yang amat rusty dan dry...recording masa tu rasanya masih guna 12 track ...Hit bagi sesetengah orang tidak langsung bagi aku...Lagu Double Vision dari Foreigner dijadikan Bayang Bayang di dalam album pertama mereka ini...Tidak lama muncul pula dengan album Pelarian yang lebih agresif dan rebel muzik serta senikatanya walaupun bersama dengan lagu slow seperti Bagaikan Bermimpi.Seperti juga dengan album terdahulu mereka masih lagi membawa beberapa lagu cover dari artis seperti Ebiet G Ade,Achmad Albar,dan Eagles...Time album nih sound, vocal dan lain nya dah nampak improve dan aku memang suka suka sukaa....

...Album ketiga Sejuta Wajah bagi aku merupakan antara album klasik Rock Melayu sebaris dengan album Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena, Belengu Irama, dan Bazzoka Penaka dari Search dan juga Wings...Walaupun banyak solo dan riff dari lain lain band seperti Blue Oyster Cult,Rainbow,UFO,Wishbone Ash,RUSH,Black Sabbath dan lainnya  namun aku tetap suka dan tak mampu menolak terutama pada lagu Sejuta Wajah dan Hilang Gelap Terbitlah Terang...Suka dengar bass line lagu nih!...(RIP Syed Hassan)

...Konsert pertama mereka ketika Pesta Laut Lumut pada tahun 81 - 82...ketika itu aku dengan sepupu ada di situ...kemudian beberapa hari selepasnya diikuti satu lagi konsert di Stadium Perak...Walau sound system dan stage pada masa itu amat cokai dan sekadar boleh bunyi tapi itu sudah cukup memuaskan hati...apalagi itu merupakan julung kali mereka datang ke Ipoh untuk membuat show...Seingat aku sekali lagi mereka datang ke Stadium Perak bersama dengan Kembara dan dR Sam dalam rangka promosi album Batu...Show open air dan diadakan pada sebelah petang...gandingan gitar Wan Ahmad serta Rosli Mohalim dan sound keseluruhan nya menampilkan perubahan berbanding show sebelumnya...(dah ada kemajuan)

...Show bagi promo album Ribut 10.59 Pagi...selepasnya diadakan dalam Stadium Indera Mulia bersama Blues Gang amat menghampakan dari segi sound dan crowd yang chaos...ramai yang stone dan menggangu penonton lainnya...ketika itu stadium (badminton,bola keranjang) ini belum direnovate bagi tujuan persembahan seumpama itu...So boleh bayangkan sound yang macam mana terhasil...:0(

....Konsert tajaan Salem ketika Hari Keputeraan Sultan Perak yang diadakan di Taman Dr merupakan yang terbaik...dengan sound system canggih serta lampuan yang mampu menampilkan suasana konsert yang sebenar..aku percaya ramai rockers lama Ipoh yang masih ingat lagi akan konsert bersejarah ini...Selepas itu bersama dengan album lain nya aku terus tak amik pot akan band ini kerana sound mereka yang semakin polish and clean...jika diambil kira dalam Sejuta Wajah lagi pun mereka sudah beralih tapi masih lagi telinga aku mampu mendengarnya....(sebenarnya aku suka Sweet Charity pada sound serta imej album Pelarian saja)






...Album solo pertama dari beliau dengan lagu Panah Beracun mengembalikan semula minat aku ketika itu...dengan sound yang mesra alam (hahahaha)  clean serta radio friendly...Tampil dengan imej serta sound   jauh meninggalkan sound band lama beliau dan nampak lagi 'cantek' dengan solo dari Wan Ahmad yang menggunakan Fender Stratocaster (boleh dikatakan Ramli Sarip reborn dengan album ini)...Munkin mahu nampak lebih matang dan seiring dengan usia beliau sedikit demi sedikit beralih arah dengan sound serta lirik yang lebih dekat pada alam dan penciptaNya dan beliau mengorak langkah dengan album kedua..Uniknya album ini menampilkan idola beliau iaitu A Romzie untuk bersama menyanyikan lagu 'Bukan Kerana Nama'...Agak berat bagi aku yang malas untuk berfikir ketika mendengar jenis muzik bawaan beliau  ini berbanding album solo dari Zainal Abidin yang aku kira lebih mudah untuk dihadam...So with regret I just turn my back and back off...(sebenarnya time nih aku dah mula dengan muzik Thrash)...Namun tidak dinafikan product beliau semakin berkualiti serta bagus pada setiap album yang dikeluarkan...Jelasnya semakin jauh meninggalkan genre asal iaitu Rock....Jika itu pada album solo sendiri namun masih lagi menunjukan taring Rock dalam album2 terbitan beliau untuk artis lain seperti Ella - Gadis Kota dan antara lainnya pernah menjadi penyanyi Lefthanded dalam album 'Fanatisme'...Banyak side projek yang turut disertai beliau antaranya Malaysian Artis Tribute To Led Zeppelin  dan Underground Tribute To Sweet Charity yang mana kedua dua album ni patut ada jika kamu peminat Sweet Charity atau pun Ramli Sarip...

...Dengan anugerah Dato' baru baru ini bermakna Rocker dan muzik Rock di Malaysia ini telah diiktiraf ke satu level yang bukan lagi hanya layak untuk di dengar oleh kutu jalanan yang sering dipandang serong oleh sebilangan masyarakat...Ini juga memberikan  isyarat bahawa seni itu tiada dinding penghalangnya malah menjadi penghubung diantara manusia sejagat...tidak kira kamu dari masyarakat marhaen mau pun golongan atasan....Selepas album solo pertama aku langsung tak amik pot perihal beliau serta album2 selepasnya...Namun secara peribadi aku katakan beliau seorang artis yang unik dengan personaliti,attitude serta semestinya berkualiti...Anugerah yang diberi sememang berhak atas beliau...



P/s: - Berbanding saorang penyanyi wanita dari seberang ada lebih baik jika title Dato' itu diberikan kepada ramai lagi penggiat seni kita yang layak...Anugerah biarlah semasa hidup...jika dah mati bukan lagi anugerah tapi ape kajadah...Lama dulu Titiek Puspa pernah mengutuk artis Malaysia dan dijawab oleh M Nasir..." Siapa itu Titiek Puspa?? Kini giliran artis ini pula  ..Yaa,siapa itu Rossa???!!