...Nampak kat newsfeed facebook tapi tak sempat baca habis cuma perasan pada tajuknya saja..Akta bunuh diri nak dikaji..Akta ni semestinya tentang law; kalau law atau undang undang sudah tentu ianya berkait rapat dengan hukuman...Ok; orang normal tak akan buat keje mengarut terjun flat, jambatan atau gantung diri..Kita kena faham mereka sebenarnya mengalami masalah dalam kehidupan, dalam jiwa yang semuanya bermula dengan stress, maka titik tolak dari itu jika tak mampu dibendung atau lewat dirawat menjurus kepada masaalah yang lebih besar iaitu penyakit depression; dan dalam terma perubatan ia disebut juga sebagai 'Major Depressive Disorder' ini semua adalah 'mental illness'.
...Sakit mental juga sebenarnya boleh juga disebabkan oleh faktor biologi iaitu kecelaruan hormon atau 'neurotransmitter' (bahan kimia) yang mana bahan kimia utama yang sering berkait ialah 'serotonin' yang tidak seimbang...selain dari itu juga 'norepinephrine' dan 'depomine';semua ini memain peranan dan diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal bagi mengawal perasaan...Dengan itu telah jelas terbukti; depression bukan hanya disebabkan stress atau masalah kehidupan seharian kita sahaja...
...Seperti penyakit lainnya memerlukan rawatan khusus kerana ia tak nampak di mata kasar...pengidap munkin nampak normal tapi sebaliknya...adakala fizikal nampak ceria tapi jiwa sebenarnya sedang berduka...Senang cakap di wajah mereka seolah2 ditampal dengan topeng badut...Dalam satu program talk yang saya hadiri baru baru ini dengan tajuk 'It's Ok To Be Sad' speaker memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental di sekeliling kita..dan antara/samada sedar atau tidak munkin kah kita juga terdiri dalam golongan pesakit mental?
...Dalam perihal sebegini ubat bukan lah satu2nya solution bagi permasalahan tersebut..sokongan moral dari orang sekeliling perlu ada dan kuat tanpa prejudis, kesudian menjadi pendengar dan tidak terus menghukum amat membantu...dalam pada itu tidak dinafikan pendekatan spiritual juga memainkan peranan...namun begitu dari pemerhatian saya orang yang kuat pegangan ugamanya juga tidak terkecuali untuk 'dianugerah' dengan mental illness ini...Saya pernah menulis dan memberi penekanan mengenai isu depresi dan stress berkali kali sebelum ini dan tidak bercadang untuk recycle ayat atau apa yang pernah saya tulis dulunya...
...Berbalik kepada topik asal...Apa kita harapkan supaya akta atau undang undang di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mana mereka si pelaku boleh dipenjara tak lebih satu tahun, denda atau kedua2nya sekali itu dipinda dengan tidak lagi menjadikan mereka mangsa untuk dihukum, kerana mereka tidak bersalah atau melakukan jenayah malah mempunyai masalah mental yang sepatutnya kita bantu untuk sembuh, bukan meletakkan mereka dalam situasi seolah olah sudah jatuh ditimpa pulak dengan tangga... Ia amat tidak beperikemanusiaan kerana penyakit itu sendiri sudah sememangnya kejam...
...Dalam sesetengah situasi kita boleh saja cuba 'berdiri' di tempat orang lain dalam usaha untuk memahami apa yang mereka alami...
...Berbalik kepada topik asal...Apa kita harapkan supaya akta atau undang undang di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mana mereka si pelaku boleh dipenjara tak lebih satu tahun, denda atau kedua2nya sekali itu dipinda dengan tidak lagi menjadikan mereka mangsa untuk dihukum, kerana mereka tidak bersalah atau melakukan jenayah malah mempunyai masalah mental yang sepatutnya kita bantu untuk sembuh, bukan meletakkan mereka dalam situasi seolah olah sudah jatuh ditimpa pulak dengan tangga... Ia amat tidak beperikemanusiaan kerana penyakit itu sendiri sudah sememangnya kejam...
Namun tidak bagi depression, malah pengidapnya sendiri pun tidak mampu untuk menerangkan kepada umum agar orang lain boleh memahami apa yang mereka alami...
...Justeru apa yang perlu kita sebagai orang awam, ibu, ayah perlu buat jika ada kawan2, anak, isteri, suami atau anggota keluarga lainnya yg 'terpilih' mengidap penyakit mental?..Tak lain tak bukan ialah sokongan moral berupa kata2 nasihat, semangat serta dorongan atau paling tidak mendoakan mereka bukannya stigma apalagi menyisih mereka yang mana sikap sebegitu mampu membuatkan mereka 'pergi' lebih jauh dalam dunia mereka sendiri...Bottom line nya menyokong mereka untuk sembuh lebih baik dari terus menghukum...
So please my friends out there, make up your mind..as we know together we stand divided we fall...
No comments:
Post a Comment