Total Pageviews

Thursday, November 14, 2019

Lajak Yang Terlajak!




...Curosity di kalangan kanak kanak dan remaja sememangnya normal dan tak perlu kita halang selagi ia tidak memudaratkan, kerana itu semua adalah learning process dalam kehidupan...Jika dulu dulu terjun tiruk di taliair, mandi sungai ramai ramai, tembak ikan , pasang bubu, cari spider, main gasing , guli, layang layang, panjat pokok pelam dan sebagainya dikira sebagai aktiviti pelepas tenaga remaja atau escapism dari stress itu sendiri kerana baik tua mau pun muda, kita tidak terkecuali...Paling lekeh pun kita boleh jer layan batu seremban, dam aji, dam ular, chest, monopoly atau congkak yang masih menggunakan skill otak serta akal untuk berfikir dan mengatur strategi dalam permainan...   


...Saya dulu semasa kecil suka jogging dalam ladang kelapa sawit tempat sunyi dengan udara segar atau kayuh beskal dalam kawasan berek dan merata kampung berdekatan...Err, dekat tak dekat pun sesekali dengan kengkawan sampai jugak le ke Pantai Morib dan Bukit Jugra yang jauhnya 7.6km dari rumah...tak suka main bola sebab game itu kasar bagi saya yang memang kaki bangku...😛

...Berbeza dengan budak budak sekarang kebanyakan mereka kurang menggunakan tenaga dek kerana environment yang dimonopoli dengan pelbagai teknologi, menjadikan mereka kurang atau dalam lain katanya malas bergerak sedangkan escapism untuk fizikal jugak mental itu perlu...untuk hilangkan boring selepas beraktiviti dengan gadget contohnya mereka lepaskan kepada 'senaman mulut'...Opsss! Hehe..🤢🥴🤡

...Sungguh pun begitu kita boleh lihat di kalangan kanak2 ada juga memilh aktiviti yg menggunakan tenaga 4 kerat iaitu mountainbike, fixxy atau yg lebih extreme dan sedang popular sekarang basikal lajak... Ermmm, basikal lajak...bukan tak boleh; cuma kaedah atau cara menunggang oleh kebanyakan mereka itu yang salah...Bayangkan saja di kalangan mereka ramai yang sanggup menggadai nyawa dengan pelbagai aksi di tengah2 jalanraya malah lebuhraya ketika hari ujan, di tengah malam gelap ketika kanak2 lain seusia mereka sedang lena dibuai mimpi...Demi apa sebenarnya? Kepuasan? Silent rage? Mahukan perhatian? Mahu popular? Mereka saja yang mampu menjawabnya...



...Apa pun kegiatan yang membahayakan diri sendiri dan orang lain memang patut dilarang...Berbanding dengan sukan extreme lainnya atau guna basikal lajak tapi hanya untuk berkayuh santai, saya percaya ramai memilih untuk berlumba terdiri dari mereka yang kosong jiwa, tiada kawalan serta mahukan perhatian dari orang keliling selain dari kepuasan peribadi sedangkan mereka sedia maklum hayat diri tiada galang ganti...

...Sedia maklum apa yang perlu ialah perhatian dan kawalan dari kita sebagai ibu bapa atau penjaga, tidak terkecuali komuniti setempat juga perlu memainkan peranan masing2, mana munkin hanya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sedangkan mereka juga tanggungjawab kita bersama, sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, sabda Rasullullah SAW " Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga" makanya anak anak jiran juga adalah 'anak kita'...

...Seperti mana kanak2 dan remaja kita yang tua juga pernah lalui alam yang sama seperti mereka...Cuma era serta cabarannya saja yang berbeza....


...Kebiasaannya bila terjadi sesuatu perkara orang kita lebih suka menuding jari menyalahkan sesama sendiri berbanding mencari sebarang kaedah penyelesaian sedari awal sedangkan perkara buruk sudah pun berlaku...melarang atau menyekat terus minat akan hanya menyebabkan mereka mencari alternatif lain yang munkin lebih mencabar dari kebiasaan dan ini tidak akan menyelesaikan masaalah sedia ada...Isu ini telah pun dibincangkan di peringkat kerajaan dan sewajarnya sesuatu perlu dilakukan dengan mencari sebarang solusi dan konklusi sebelum ia menjadi lebih parah...

Kerana generasi yang ada ini terdiri dari pewaris masa depan eloklah 
jangan dibiarkan mereka leka sekarang takut takut kita pula yang menangis kemudian...😉😊

No comments: