Total Pageviews

Friday, November 22, 2019

oBike dan Mentality Orang Kite...





...Lama dulu dalam tahun 80an saya biasa menggunakan basikal untuk berulang alik ke tempat kerja di sekitar Ipoh kerana belum lagi mampu untuk mempunyai kenderaan bermotor sebelum beralih kepada road bike yang menjadi idaman ketika masih bersekolah dulu, yang tak lama lepas itu hilang dilarikan oleh orang yang saya kenal yang pada mulanya hanya meminjam...Ok lah munkin rezeki saya  dengan Raleigh Roadbike hanya setakat itu...

...Selepas itu saya membeli pula basikal jenis mountain bike jenama Le Run 1st. model dari kompeni Raleigh, saya tertarik dengan jenama ini kerana pem,bawaan arwah abah yang juga mempunyai basikal jenama sama yang dibeli dari hasil gaji pertama beliau.Bezanya ketika itu basikal Raleigh dibawa masuk terus dari England...Seminggu sekali saya menggunakan mountainbike ini untuk ketempat kerja dengan sebab suka suka selain bagi tujuan exercise...Biasalah dengan masyarakat kita di sini..bilamana terdengar ada jer yang berkata saya mengada ngada sebab dah mempunyai kereta, saya hanya pekakkan telinga...bagi saya mereka ni tidak faham apa itu passion sebenarnya...

...Namun kini terdengar pula ramai yang bersuara..." Alangkah bagus bagusnya jika seperti di luar negara kerana ramai yang berbasikal ke tempat kerja selain tujuan santai dan lainnya"




...Makanya sekarang tiada lagi istilah ingin mengada ngada atau menunjuk nunjuk setelah semuanya harga bahan api dan keperluan lainnya semakin menyesakan dada...Di bandar bandar Malaysia termasuk Ipoh telah beberapa tahun diperkenalkan oBike bagi kemudahan orang ramai yang ingin menggunakannya bagi tujuan yang telah kita sedia maklum...Ketika berada di Kuala Lumpur baru baru ini saya perasan hampir sepuluh buah basikal ini yang diletaknya bukan di tempat sepatutnya berhampiran Polis Depoh, Taman Seri Rampai di tepi bas, itu antara tempat basikal berkenaan dibiarkan tersadai...     

...Inilah masaalahnya mentaliti orang kita yang masih berada pada tahap kelas 3 suku walau kononnya tinggal menetap di kotaraya namun attitude masih tidak berubah...Rasanya kalau ada status negara dunia ke empat, Malaysia sememangnya layak!


P/s: Sekali balik dari outstation, di Pekan Batu Gajah ternampak dua buah oBike di tepi jalan...Rupa sama macam yang di Ipoh...Camne boleh sampai ke situ erkk?!     


No comments: