Total Pageviews

Showing posts with label Lawan Untuk Hidup!. Show all posts
Showing posts with label Lawan Untuk Hidup!. Show all posts

Thursday, June 27, 2024

...Lawan Untuk Hidup!...

 


...Dunia sekarang especially bagi masyarakat negara maju adalah dunia perlumbaan dalam mengejar material duniawi, siapa lambat, tak kuat dari segi mental akan kalah atau ketinggalan, dan itu mampu menjurus kesan mendalam terhadap sesetengah individu, ini lah masaalah paling common di mana2 pun...


...Sungguh pun begitu perlu berpada pada itu sebabnya Islam menyarankan sifat qana'ah yang merupakan salah satu sifat terpuji kepada penganutnya...Qanaah, sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari rasa tidak puas dan perasaan kurang.


 ...Orang yang mempunyai sifat qana'ah itu memiliki pendirian bahawa apa yang diperolehi atau apa yang ada pada dirinya adalah atas kehendak Allah kerana semua kita telah ditetapkan rezekinya masing masing...


Namun itu bukan alasannya untuk kita terus 'seat back' bermalas malas atau tidak rajin berusaha. Usah diikut pepatah kuno, 'rezeki secupak tak akan jadi segantang'...


...Selagi hayat dikandung badan jom teruskan - Usaha, doa, tawakal..🌹🌻🌷


“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramal lah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok” - Abdullah bin ‘Amr bin Al-Ash.


Thursday, October 24, 2019

Jom Tolong Jangan Hukum...




...Nampak kat newsfeed facebook tapi tak sempat baca habis cuma perasan pada tajuknya saja..Akta bunuh diri nak dikaji..Akta ni semestinya tentang law; kalau law atau undang undang sudah tentu ianya berkait rapat dengan hukuman...Ok; orang normal tak akan buat keje mengarut terjun flat, jambatan atau gantung diri..Kita kena faham mereka sebenarnya mengalami masalah dalam kehidupan, dalam jiwa yang semuanya bermula dengan stress, maka titik tolak dari itu jika tak mampu dibendung atau lewat dirawat menjurus kepada masaalah yang lebih besar iaitu penyakit depression; dan dalam terma perubatan ia disebut juga sebagai 'Major Depressive Disorder' ini semua adalah 'mental illness'. 

...Sakit mental juga sebenarnya boleh juga disebabkan oleh faktor biologi iaitu kecelaruan hormon atau 'neurotransmitter' (bahan kimia) yang mana bahan kimia utama yang sering berkait  ialah 'serotonin' yang tidak seimbang...selain dari itu juga  'norepinephrine' dan 'depomine';semua ini memain peranan dan diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal bagi mengawal perasaan...Dengan itu telah jelas terbukti; depression bukan hanya disebabkan stress atau masalah kehidupan seharian kita sahaja...

...Seperti penyakit lainnya  memerlukan rawatan khusus kerana ia tak nampak di mata kasar...pengidap munkin nampak normal tapi sebaliknya...adakala fizikal nampak ceria tapi jiwa sebenarnya sedang berduka...Senang cakap di wajah mereka seolah2 ditampal dengan topeng badut...Dalam satu program talk yang saya hadiri baru baru ini dengan tajuk 'It's Ok To Be Sad' speaker memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental di sekeliling kita..dan antara/samada sedar atau tidak munkin kah kita juga terdiri dalam golongan pesakit mental?



...Dalam perihal sebegini ubat bukan lah satu2nya solution bagi permasalahan tersebut..sokongan moral dari orang sekeliling perlu ada dan kuat tanpa prejudis, kesudian menjadi pendengar dan tidak terus menghukum amat membantu...dalam pada itu tidak dinafikan pendekatan spiritual juga memainkan peranan...namun begitu dari pemerhatian saya orang yang kuat pegangan ugamanya juga tidak terkecuali untuk 'dianugerah' dengan mental illness ini...Saya pernah menulis dan memberi penekanan mengenai isu depresi dan stress berkali kali sebelum ini dan tidak bercadang untuk recycle ayat atau apa yang pernah saya tulis dulunya...



...Berbalik kepada topik asal...Apa kita harapkan supaya akta atau undang undang di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mana mereka si pelaku boleh dipenjara tak lebih satu tahun, denda atau kedua2nya sekali itu dipinda dengan tidak lagi menjadikan mereka mangsa untuk dihukum, kerana mereka tidak bersalah atau melakukan jenayah malah mempunyai masalah mental yang sepatutnya kita bantu untuk sembuh, bukan meletakkan mereka dalam situasi seolah olah sudah jatuh ditimpa pulak dengan tangga... Ia amat tidak beperikemanusiaan kerana penyakit itu sendiri sudah sememangnya kejam...



 ...Dalam sesetengah situasi kita boleh saja cuba 'berdiri' di tempat orang lain dalam usaha untuk memahami apa yang mereka alami...
Namun  tidak bagi depression, malah pengidapnya sendiri pun tidak mampu untuk menerangkan kepada umum agar orang lain boleh memahami apa yang mereka alami...

 

...Justeru apa yang perlu kita sebagai orang awam, ibu, ayah perlu buat jika ada kawan2, anak, isteri, suami atau anggota keluarga lainnya yg 'terpilih' mengidap penyakit mental?..Tak lain tak bukan ialah sokongan moral berupa kata2 nasihat, semangat serta dorongan atau paling tidak mendoakan mereka bukannya stigma apalagi menyisih mereka yang mana sikap sebegitu mampu membuatkan mereka 'pergi' lebih jauh dalam dunia mereka sendiri...Bottom line nya menyokong mereka untuk sembuh lebih baik dari terus menghukum...


So please my friends out there, make up your mind..as we know together we stand divided we fall...









Monday, April 3, 2017

...Buskers Dulu Dan Masakini...




    ...antara generasi awal yang mempolopori aktiviti busking di Pasar Seni - Nik, ? , Meor...


...Muzik sekarang banyak yang recycled...bukan saja di sini tapi dimana mana pun...Filem filem Barat pun banyak yang menggunakan lagu lagu lama sebagai background music mereka...Tandus idea atau malas nak fikir untuk buat product baru...Tapi itu bukanlah isu yang mahu saya katakan kali ini, cuma ianya masih berkaitan dengan muzik...


...Jika dilihat buskers (generasi) sekarang pun attitude mereka tak sama dengan yang dulu dulu, jika orang lama mereka berkarya untuk survive hidup, dengan peralatan ala kadar cukup hanya dengan sebiji gitar tong...tapi sekarang buskers datang ke port dengan kereta, cukup dengan amp dan segala macam effects...Ok , ok saya faham yang kita tak boleh statik pada tahap yang sama sampai bila bila, zaman berubah begitu juga kita dan persekitaran, maka perlu ada peningkatan, dan ianya tak salah pun...Malang rasanya bila dulu aktiviti para buskers dilabel sebagai pengemis sama jugalah keadaannya dengan OKU yang menjual tisu sambil bernyanyi sedangkan mereka juga 'bekerja dengan menggunakan bakat anugerah Allah...



...Namun situasi telah berbeza, di mana buskers kini telah diberi peluang dan ruang untuk membuat persembahan, bermakna pihak berwajib turut mengiktiraf akan kehadiran mereka...munkin kini kerajaan telah sedar bahawa aktiviti busking bukanlah sesuatu yang abnormal, ia juga merupakan salah satu dari cabang seni yang wajar dihargai, sama juga dengan aktiviti seni lainnya...malah ia juga mampu menyeri selain memberi tarikan kepada lokasi tempat di mana aktiviti itu dilakukan...         



                                                             (gambar sekadar hiasan)

...Cuma apa yang saya agak terkilan ialah mengenai buskers generasi baru yang rasanya tak perlu saya ulas lebih di sini...makna kata kita boleh nampak siapa yang sebenarnya bergerak untuk mencari rezeki, siapa yang hanya suka suki dan siapa yang mengejar populariti!



** Apa pun yang kita lakukan perlu jujur dan ikhlas kerana dari situlah lahirnya jati diri...      

Friday, September 6, 2013

...Mantai di kampung aku...





..Orang kampung aku sebut Ari Nyemeleh (Hari Menyembeleh) sehari sebelum Raya...Tapi khabarnya lebih senonim dengan sebutan Mantai..Mantai ni setahu aku sebutan orang Negeri Sembilan..apa sejarah atau asal usul aku pun tak mau amik pot..ok...

......Malam tu tepat pukul satu malam aku dengan salah saorang anak lelaki aku Muhammad Hafiz... kami bergerak balik ke kampung dengan van.Suasana nyaman dan sunyi biasa lah dah tengah malam outskirt pulak tu bukan macam uptown  di Lost World tu yang mana time nih sure tengah havoc kaum peniaga melayan pelanggan yang last minute shopping ...tepat pukul dua pagi kami pun sampai ke tempat tujuan...Orang lain dah sedia  menunggu..tepat seperti yang dijanjikan..Ahah janji semacam ini lah yang aku mahu tiada janji Melayu yang selalu tidak tepat dan yang sewaktu dengan nya...


...Segala keperluan asas dalam kerja kami pun dah lama disediakan sejak siang lagi...2.15 pagi segalanya bermula dan dengan pengalaman mereka yang mengendalikan segalannya berjalan mudah dan lancar...tepat jam enam pagi segalanya selesai...Aku langsung tidak tidur walaupun sepicing berbanding mereka yang telah cover dulu sejam dua sebelum itu...mengingatkan aku pada ketika berkerja shift malam tahun 80an dulu di Gudang Nestle, Jalan Connoly dan Imperial Garment, Tasek...





                         ....Ahahahh ini bukan gig Skin Head dalam kebun aaa...



                                              ...bukan, bukan, bukan...
                              


                              ...dan ini pun bukan....



                               ...baru 2 belah peha pun dah terconget van aku...


                                                         
                                                                ..Luar Pasar Beruas....


...Mandi dan solat subuh di rumah mak...sedang mengaji member call bagitahu mereka dah tunggu di pasar...Hahh kami terus bergegas...sampai saja jam menunjukan pukul 6.45 tapi orang ramai dah berpusu pusu..meriah rupanya...kami terus menyiapkan apa yang patut dan menjalankan tugas masing masing...Menjual cuma balance daging untuk pelanggan 'walk in' setelah sebahagian daging telah dibooking awal sebelumnya oleh sesetengah pelanggan..ini memudahkan lagi kerja Alhamdullillah...


...Aku perasan ada lebih dari 6 gerai menjual daging lembu kerbau serta ayam...dan sebelum ini kami semua telah sepakat dengan tetapan harga yang akan diberi kepada pelanggan...untuk berlaku adil dalam bersaing semua harga mesti sama...ok bagus lah kalau begitu...namun dari tinjauan serta maklum balas dari pelanggan sebaliknya berlaku harga telah menjadi rojak...ada di antaranya yang meletakan harga berlainan demi untuk meraih pelanggan sebanyak munkin...inilah yang dikatakan permuafakatan hanya di mulut tidak pada tindakan...sepatutnya jika lembu dipegang pada tali manusia dipegang pada janji...dari pengalaman berniaga sebelum ini dengan pelbagai barangan aku puji sikap bangsa asing juga kaum pendatang ...



...Melayu Kemboja contohnya...jika dibuat tinjauan berniaga di pasar malam atau pasar pagi dengan barangan yang sama tanya lah dari hujung gerai hingga ke pangkal harga tetap sama...mereka bersaing secara sihat...semangat suku kaum mereka juga kuat..jika dipasar malam contohnya katakan malam ini rakan sebelah tidak berniaga mereka yang tinggal akan meletakan kerusi atau lain2 sebagai tanda supaya tidak dimasuki oleh peniaga lainya...walaupun tapak itu bukan tapak yang diberi secara tetap kepada mereka oleh pihak pasar malam atau pun PBT..mereka sanggup bergaduh demi kawan dan kepentingan suku kaum mereka...inilah yang sering berlaku yang mana sudahnya kita yang terdiri dari peniaga tempatan pula yang saolah olah menumpang di negeri sendiri...






...Alhamdullilah! Lebih kurang pukul sepuluh lebih semua daging telah terjual...jadi aku amik masa terluang untuk berbual bual dan ushar gerai bundle yang ada...Setelah semua selesai kami bergerak balik ke Ipoh...di pekan Parit nampaknya masih banyak daging yang masih belum terjual di gerai2 tepi jalan....tiba di rumah pukul 12.30...aku pun bersiap siap...hahaha kali ini bersiap mencari bantal la apalagi....12.45 terus aje zzzzzzZZZZZZ!!... itulah pengalaman mantai aku tahun ini... Insyaallah Raya Haji dan next year bikin lagi...