......Malam tu tepat pukul satu malam aku dengan salah saorang anak lelaki aku Muhammad Hafiz... kami bergerak balik ke kampung dengan van.Suasana nyaman dan sunyi biasa lah dah tengah malam outskirt pulak tu bukan macam uptown di Lost World tu yang mana time nih sure tengah havoc kaum peniaga melayan pelanggan yang last minute shopping ...tepat pukul dua pagi kami pun sampai ke tempat tujuan...Orang lain dah sedia menunggu..tepat seperti yang dijanjikan..Ahah janji semacam ini lah yang aku mahu tiada janji Melayu yang selalu tidak tepat dan yang sewaktu dengan nya...
...Segala keperluan asas dalam kerja kami pun dah lama disediakan sejak siang lagi...2.15 pagi segalanya bermula dan dengan pengalaman mereka yang mengendalikan segalannya berjalan mudah dan lancar...tepat jam enam pagi segalanya selesai...Aku langsung tidak tidur walaupun sepicing berbanding mereka yang telah cover dulu sejam dua sebelum itu...mengingatkan aku pada ketika berkerja shift malam tahun 80an dulu di Gudang Nestle, Jalan Connoly dan Imperial Garment, Tasek...
....Ahahahh ini bukan gig Skin Head dalam kebun aaa...
...bukan, bukan, bukan...
...dan ini pun bukan....
...baru 2 belah peha pun dah terconget van aku...
..Luar Pasar Beruas....
...Mandi dan solat subuh di rumah mak...sedang mengaji member call bagitahu mereka dah tunggu di pasar...Hahh kami terus bergegas...sampai saja jam menunjukan pukul 6.45 tapi orang ramai dah berpusu pusu..meriah rupanya...kami terus menyiapkan apa yang patut dan menjalankan tugas masing masing...Menjual cuma balance daging untuk pelanggan 'walk in' setelah sebahagian daging telah dibooking awal sebelumnya oleh sesetengah pelanggan..ini memudahkan lagi kerja Alhamdullillah...
...Aku perasan ada lebih dari 6 gerai menjual daging lembu kerbau serta ayam...dan sebelum ini kami semua telah sepakat dengan tetapan harga yang akan diberi kepada pelanggan...untuk berlaku adil dalam bersaing semua harga mesti sama...ok bagus lah kalau begitu...namun dari tinjauan serta maklum balas dari pelanggan sebaliknya berlaku harga telah menjadi rojak...ada di antaranya yang meletakan harga berlainan demi untuk meraih pelanggan sebanyak munkin...inilah yang dikatakan permuafakatan hanya di mulut tidak pada tindakan...sepatutnya jika lembu dipegang pada tali manusia dipegang pada janji...dari pengalaman berniaga sebelum ini dengan pelbagai barangan aku puji sikap bangsa asing juga kaum pendatang ...
...Melayu Kemboja contohnya...jika dibuat tinjauan berniaga di pasar malam atau pasar pagi dengan barangan yang sama tanya lah dari hujung gerai hingga ke pangkal harga tetap sama...mereka bersaing secara sihat...semangat suku kaum mereka juga kuat..jika dipasar malam contohnya katakan malam ini rakan sebelah tidak berniaga mereka yang tinggal akan meletakan kerusi atau lain2 sebagai tanda supaya tidak dimasuki oleh peniaga lainya...walaupun tapak itu bukan tapak yang diberi secara tetap kepada mereka oleh pihak pasar malam atau pun PBT..mereka sanggup bergaduh demi kawan dan kepentingan suku kaum mereka...inilah yang sering berlaku yang mana sudahnya kita yang terdiri dari peniaga tempatan pula yang saolah olah menumpang di negeri sendiri...
...Alhamdullilah! Lebih kurang pukul sepuluh lebih semua daging telah terjual...jadi aku amik masa terluang untuk berbual bual dan ushar gerai bundle yang ada...Setelah semua selesai kami bergerak balik ke Ipoh...di pekan Parit nampaknya masih banyak daging yang masih belum terjual di gerai2 tepi jalan....tiba di rumah pukul 12.30...aku pun bersiap siap...hahaha kali ini bersiap mencari bantal la apalagi....12.45 terus aje zzzzzzZZZZZZ!!... itulah pengalaman mantai aku tahun ini... Insyaallah Raya Haji dan next year bikin lagi...
3 comments:
Alhamdulillah murah rezeki...seronok tengok orang berniaga mcm ni
this is interesting..
dua kali aku baca, cuba nak pahamkan.
nice photos jugak.
Deaf - Thanks for spent your time bro...Hehehehe...
Post a Comment