...Seingat aku (pendapat sebenarnya) pertengahan 80an hingga ujung 90an adalah peak season bagi segala jenis muzik...dengan munculnya rentak new wave hingga kan genre rock pun ujud New Wave Of British Heavy Metal... sebelum ianya mula menurun dan genre kebanyakan muzik direcycle semula ini berikutan dengan muncul nya muzik grunge atau lebih dikenali ketika itu sebagai muzik alternatif kini muzik indie yang lebih menjurus kepada sound 60an yang dry,plain serta simple...jika di Malaysia ketika itu kebanyakan pemuzik genre ini mula mengambil tahu siapa itu Jimi Hendrix, mula mengorek sejarah Jim Morrison tetapi tidak pula mengambil kisah tentang Elvis Presley...Hummm....Ketika ini ada juga yang melabelkan nya sebagai muzik baru...
...Bagi generasi terkemudian rata ratanya mereka berpendapat sebegitu....Namun bagi yang terdahulu, yang pernah mengalaminya terlebih awal lain pula pendapat mereka...sama jugalah dengan fesyen pakaian yang pergi balik akan direcyclekan juga...tahun 70an dulu ketika pertama kali melihat orang memakai midi aku berasa pelik dan ketawa...Yelah ke atas sangat pun tidak ke bawah sangat pun tidak jugak..walhal fesyen itu juga telah pun ada sebelum ini...
...Sekadar menggariskan beberapa artis... Gary Moore dengan album hits Victims Of The Future,Ozzy Osbourne - Killer Of The Giant,Michael Jackson dengan Thriller, Madonna - Like A Virgin, Lionel Ritchie - Can't Slow Down...dan banyak lagi yang lainnya...Ketika itu semua ini juga adalah kemuncak bagi muzik serta karier mereka...Kebelakangan ini filem animasi sering menggunakan muzik latar lagu lagu lama dari Led Zeppelin, Lynrd Skynrd, Johnny Winter, Black Sabbath...filem animasi Shrek umpamanya...sebagai tanda aras bahawa mereka seakan kekeringan idea untuk mencipta lagu lain yang sesuai lalu terus saja mencedok lagu lama yang sedia ada dan menarik...
...Adakalanya menjengkelkan bilamana tidak menepati citarasa pendengar...namun ianya tetap digubah, dirakam dan dijual walaupun sekadar bunyian bunyian yang membosankan...Namun tidak dinafikan muzik juga adalah merupakan 'mood booster' bagi sesetengah orang...Terasa kekurangan jika tidak mendengarnya..Kata aku...Seumpama burner yang tiada gas nya...maka tak berasap le dapur...begitulah jika boleh diumpamakan perihal muzik...
...Jika diamati muzik seperti mana pergerakan yang berlaku pada carta atau pun geraf...ianya ada turun serta naik...flow nya juga sepertimana angin tiada penghujung akan kemana destinasinya...
...Namun begitu muzik akan terus bersama kita selagi adanya alam ini, selagi masih ada pencintanya, selagi ada penggiat dan selagi kita masih mampu mendengar dan tidak tuli dek kesan dentuman bom serta peluru di merata dunia... muzik lama akan terus dibawa semula oleh orang orang baru dengan cara baru...muzik tetap ada di mana mana...tiada siapa yang mampu menahannya...di utara, selatan dan timur, di angkasa, mau pun di lautan...apa yang perlu kita lakukan hanyalah buka fikiran, dengar dan hayati nikmat kurniaan Tuhan ini...kerana... Muzik akan tetap bersama kita...
3 comments:
setuju bro...jarang betul ada hari aku yang tak dengar muzik...music is my drug...
At least ketagih muzik x la seteruk ketagih dadah...haha...nice entry
Setuju..muzik mewarnai kehidupan kita sehari2..tak kisah la apa genre pun
Post a Comment