Total Pageviews

Thursday, June 27, 2024

...Lawan Untuk Hidup!...

 


...Dunia sekarang especially bagi masyarakat negara maju adalah dunia perlumbaan dalam mengejar material duniawi, siapa lambat, tak kuat dari segi mental akan kalah atau ketinggalan, dan itu mampu menjurus kesan mendalam terhadap sesetengah individu, ini lah masaalah paling common di mana2 pun...


...Sungguh pun begitu perlu berpada pada itu sebabnya Islam menyarankan sifat qana'ah yang merupakan salah satu sifat terpuji kepada penganutnya...Qanaah, sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari rasa tidak puas dan perasaan kurang. Orang yang mempunyai sifat qana'ah memiliki pendirian bahawa apa yang diperolehi atau apa yang ada pada dirinya adalah atas kehendak Allah kerana semua kita telah ditetapkan rezekinya masing masing...


Namun itu bukan alasannya untuk kita terus 'seat back' bermalas malas atau tidak rajin berusaha. Usah diikut pepatah kuno, 'rezeki secupak tak akan jadi segantang'...


...Selagi hayat dikandung badan jom teruskan - Usaha, doa, tawakal..🌹🌻🌷


“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramal lah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok” - Abdullah bin ‘Amr bin Al-Ash.


1 comment:

Ra1m1 said...

Qa'naah... khazanah syurga