...Lama dulu aku pernah keje di Cafe Deli Paris yang berhadapan dengan Cafe Blue Window di Pekan Ipoh, itu pun setelah dapati gajinya lebih sedikit dan kerja senang dari Grandy's yang semestinya setiap hari bermandi peluh dan bau ayam sebagai cook di situ...Cafe Deli Paris - Hari pertama aku 'dikenakan' oleh staff senior di situ bilamana mereka memberikan secawan kecil comel kopi pekat yang berkesudahan tak boleh tidur hingga ke pagi, rupanya itulah espresso! Dang! Merupakan salam perkenalan dari mereka haha...Ketika berkerja di Pakeeza Restaurant sebelum itu pernah gelas berisi orange juice yang dibawa terjatuh ketika dihidangkan kepada pelanggan, staff senior cakap itu merupakan perkara 'wajib' kepada setiap staff yang baru di situ...Haha lain padang lain belalang...
...Sebelum ini tidak tolerate dengan caffiene, dengan meminum kopi atau teh kesannya akan membuatkan aku mengalami palpitation maupun shaking hingga beberapa jam...Doktor pun pernah cakap "You better quit" Tapi kopi ni semua tau best, so aku ignorekan jer apa yang Doc cakap terus jugak minum, sudahnya dah lebih sepuluh tahun caffeiene umpama dah sebati dengan tubuh ini, sesetengah orang tak boleh tidur selepas minum kopi, tapi aku biasa minum kopi sebelum tidur dan akan berasa lebih selesa...
Favourite aku sekarang adalah machiato caremel double shot dari The Coffee Bean & Tea Leaf dan yang terbaru kopi Ala Kazim (kandungan - Rouboosta, Arabica,susu kambing & ekstrak peria katak)...Sebenarnya sejak bulan Jun 2023 aku dah berhenti dari minum 3 in 1 dan juga kopi atau teh yang di bancuh dengan gula atau susu pekat manis yang sebenarnya mengandungi gula, pepejal susu dan lemak susu..Manakala krimer pekat manis pula adalah gula, air, minyak kelapa dan tepung..Sebenarnya ini bukan lah pilihan bagi kita yang ingin menjaga kesihatan...Dalam pada itu kedua dua jenis kopi yang aku sebutkan di atas tadi bukan lah satu kemestian untuk diambil...Bagi saya moderate adalah yang terbaik..Jangan diikutkan nafsu atau bak kata orang lama 'tepuk dada tanya selera apa lu punya suka'...Hahaa...
...Caffiene juga bagus untuk mereka yang ingin bersukan tapi perlu diingat bahawa ia sekadar untuk mood booster dan tenaga maka juga perlu limit pengambilannya...
Kebanyakan products minuman sukan mengandungi caffiene dalam jumlah yang tertentu namun mengandungi gula yang berlebihan yang hanya untuk menyedapkan tapi akibatnya semua kita tahu...dengan pelbagai jenama dan label yang menarik kita sepatutnya tidak tertipu dengan semua itu, dan seharusnya hanya mendapatkan caffiene dari sumber raw dan selamat juga pada jumlah yang terhad...Ingat, usaha kita makan atau minum untuk sihat moga dilindungi dari mudarat...
No comments:
Post a Comment