Total Pageviews

Wednesday, July 20, 2022

...Asal Faham Bahasa & Tujuan...




...Lama dulu semasa baru berhijrah ke Ipoh saya telah ke sebuah Masjid untuk mengerjakan solat Jumaat, Masjid yang terletak di sebelah Sekolah St Michael dan Padang Ipoh itu saya sangkakan adalah Masjid Negeri pada mulanya...Bila khutbah dibaca oleh khatib barulah saya sedar bahawasanya itu adalah Masjid India bilamana khutbah sepenuhnya dalam bahasa Tamil...Tapi itu bukanlah alasan untuk tidak boleh bersolat bersama sama dengan jemaah lainnya, walau berlainan mazhab, bangsa dan bahasa pertuturan...Ia kerana tujuan kita yang sama ia itu beribadat kepada Allah yang satu...


...Jati diri dan maruah bukan hanya pada bahasa...maka usahlah dijadikan satu isu besar tentang bahasa lain yang diguna pakai oleh saorang Menteri hari itu, sedangkan beliau juga tidak ketinggalan memberi ucapan dalam bahasa kebangsaan...Walhal banyak lagi isu lebih penting yang kita alpa atau sambil lewa menanganinya......Bagi saya apa yang perlu ialah utamakan bahasa Kebangsaan, pelihara bahasa daerah, belajar dan kuasai bahasa asing...kerana ia mampu memenangi hati orang keliling dan juga mempengaruhi mereka...

1 comment:

Adi Herman said...

bahasa jiwa bangsa