...Buat kereta belum pun lagi meluncur atas jalan dah kena kecam kena bahan...Begitu jugalah halnya dengan pembikinan filem tanahair...Cerita sejarah Mahatma Gandhi dari pengeluar antarbangsa tu pun tidak perfect ada jer tokok tambahnya bagi menyedapkan jalan cerita malah turut dikecam, samalah jugak filem sejarah hasil air tangan orang kita sepertimana Bukit Kepong, Lt Adnan, Kanang Anak Langkau, Hang Tuah versi itam puteh dan warna, dan yang terbaru Mat Kilau...Apa pun Mat Kilau on screen ini bukanlah filem sejarah propaganda ala Amerika seperti The Killing Fields yang kononnya mereka juara perang Vietnam menentang VietCong walhal kalah teruk dengan mental askar mereka koyak dan trauma hingga kini walaupun setelah puluhan tahun perang tamat..Begitu jugalah dgn Black Hawk Down yang terang2 'menipu' penonton walhal kisah sebenarnya telah pun diketahui dari mulut bekas tentera MALBAT kita yang terlibat dan berkorban menyelamatkan mereka dari terbunuh di hujung senjata pemberontak Somalia...
...Selain dari itu selepas road tour promosi filem ini pula nanti boleh saja diusahakan bukan hanya pelakun utama malah keseluruhan produksi untuk berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau jika itu yang mereka mahu, cuma mushkil jugak jika ada nanti yang mengaku waris2 kepada Dato Bahaman, Tok Janggut, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir menuntut perkara sama...Ate jenuh 'kaum' nak melayan nya wehh...😅
...Berbalik pada isu filem terbaru arahan Syamsul Yusoff, new comers atau 'pendekar' yang hanya handal mengecam di papan kunci tu bukan saja lipat tanjak malah melipat napkin baby pun belum tentu mereka tahu, dan nanti mesti ada yang menjawab "Kalu dah ada diapers mengapa susahkan diri nak pakai napkin" Maka begitulah seterusnya so on so on komplen dan multi alasan yang dah jadi budaya orang kita sejak dulu...Scene Mat Kilau mandi embun tu pun deme faham ke idak...😏
No comments:
Post a Comment