Total Pageviews

Thursday, April 4, 2024

..Seni Vs Sampah..

 




......Berharap sangat para komposer atau penggiat muzik di Malaysia ini agar 'beretika' dalam menghasilkan product mereka, dan jangan lagi ada yang berfikir dengan duit yang ditawar/ada oleh 'funder@art destroyer' "Aku sedia berbuat apa saja"...Jika alasan demi survival, sepatutnya sedia maklum bahawa matlamat tak halalkan cara...Jika dulu ada yang mempertikaikan kenapa lagu lagu 60an liriknya banyak yang menyebut tentang lara putus cinta yang saolah olah tiada lagi esok nya, tapi walau dengan melody serta muzik yang sebegitu ianya masih menghibur apatah lagi dengan muzik Pop Yeah Yeah ketika itu...

...Jika dulu kita terkesan dengan kata kata menghina dari saorang artis senior dari negara jiran apabila menyebut tentang product seni tanahair, sekarang saya berasa apa yang dikatakannya amat benar sekali dan kita patut malu... 

...Tugas artis (ori) selain dari menghibur dalam masa sama perlu menerapkan unsur mendidik dan menjurus pada perkara yang positive...Cukup cukup lah tak mau lagi masyarakat kita disogokkan dengan product sampah dari so called 'artngeletis' yang hanya mementingkan rating,viral,havoc dalam medsocs...Dalam isu ini pihak media juga perlu bertanggungjawab dan mengambil peranan dengan tidak menyokong mereka ini (yang tanpa menyanyi pun dah kaya dengan products lain)... 

...Berasa dengan duit boleh redah semua, mereka silap sebenarnya, kerana penghormatan dan penghargaan tak boleh dijual beli (unless u lack of integrity)...So please jangan turut jatuhkan mertabat penggiat seni lainnya yang jujur dan ikhlas dalam menghasilkan products masing masing...Seni itu indah walau adakalanya ia amat abstract...Bottom line, destroying art is practice for destroying people!

                              🌹🌻🌷

No comments: