Total Pageviews

Monday, February 19, 2024

...Hidup Muhibbah, InSyaAllah Takde Masaalah...

 


...Saya ramai kawan China sejak kecik dan ramai yang tak tau, kawan India ada laa sket2 dalam 5-6 kerat camtu..Selalunya Melayu kalu kawan dengan China atau bangsa asing akan dilabel 'ada apa2' lebih2 lagi kalu berkawan baik..Itu munkin orang lain tapi kami tidak..Saya terkilan dengan persepsi semacam itu..Sejak muda kami walaupun berlainan ideology, bangsa dan agama tapi tetap tolong menolong antara satu especially bab cari makan, tiada istilah kau guna aku, aku gunakan kau...kerana kami saling memerlukan, dan salah satu terasnya adalah honesty dalam perhubungan...


...Salah saorangnya Mr Chua yang telah lama tidak bertemu setelah beliau berhijrah...Saya tau sokongan beliau pada kerajaan yang memerintah 'pulau' sekarang ini amat pekat, atas alasan itu jugalah dia settle down di sana walau dah lama tinggal di Ipoh bersama family...Sebelum ini bila bertemu kami ketepikan saja semua itu lagi pun dia tau saya memang open-mindedness kalau dalam bab ideology politik...Kami akan berurusan dengan loghat Penang beliau yang pure dan saya pulak tenggelam timbul dengan Perak dan Utara😅


...Dalam satu video yang dikirimkan pada saya beliau bermain gitar sambil menyanyikan lagu D'lloyds, di situ saya perasan dia tak macam orang lain...Hehe saya jugak dulu biasa jer layan Frankie Cheah, Andre Goh, Tracy Huang, Francis Yip dan Elaine Kang, juga kumpulan Beyond, kenapa perlu limitkan listening pleasure ye tak?...We re Malaysian dude, together we stand devided we fall...

P/s: - Kita sebagai  rakyat sebenarnya tak perlu tunggu orang lain sebagai penggerak untuk jadi duta muhibbah...🌷🌻🌹

No comments: