...Saya ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh baru baru ini, dan beberapa minggu sebelumnya pun saya ke situ ziarah almarhum bisan yang warded di situ...Apa yang saya lihat suasana Unit Kecemasan di situ dan tidak keterlaluan jika saya katakan seumpama 'War Zone'! Ruang Hijau dan Kuning penuh dengan pesakit, ditambah dengan laluan pejalan kaki dan kaki lima di dalam dan luar Unit Kecemasan juga dipenuhi oleh pesakit dan katil! Saorang pesakit yang duduk di kerusi plastik memberitahu saya yang dia dah 2 hari 'warded' tanpa katil, dan bukan dia saorang yang begitu keadaannya...Situasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya...
Lama dulu mak saya warded di Hospital Taiping dan selepas 3 hari baru dapat katil, sebelumnya hanya baring di atas lantai berhampiran pintu masuk wad...
Apa yang saya perasan sejak berakhirnya fasa PKP ketika Covid 19 melanda, bilangan pesakit semakin bertambah di mana mana saja ini boleh kita lihat terutama di klinik atau hospital kerajaan...
...itu belum dikira kesesakan dan kepayahan mendapatkan petak parking..Saya pernah disaman traffik sebanyak tiga kali dalam seminggu di hadapan hospital ipoh beberapa tahun dulu semasa membawa anak mendapatkan rawatan...Berkesudahan dengan saya 'bising2' di Balai Traffik, dan berakhir dengan saman dibatalkan...
..Soalannya mengapa semua ini berlaku? Mengapa begitu ramai orang yang sakit? Adakah disebabkan oleh pengambilan vaksin seperti yang digembar gemburkan oleh ramai orang? Atau pun disebabkan orang ramai bertumpu mendapatkan rawatan dari fasiliti kerajaan kerana kurang kemampuan untuk ke klinik atau hospital swasta dek kekangan ekonomi yang kian menekan...
...Saya pernah ke hospital swasta membawa almarhumah ibu untuk mendapatkan ujian X ray, kononya bagi mengelak dari lama menunggu, hampir dua jam baru lah tiba giliran dipanggil untuk menjalani procedure...Maka untuk mengatakan fasiliti swasta kurang pesakit adalah tidak tepat...
...Jelas penduduk Malaysia semakin ramai dan bertolak dari itu pelbagai isu akan turut mengalami tempiasnya dan berbangkit antaranya jalanraya semakin sesak dengan peningkatan pelbagai kenderaan, orang asing, pendapatan/ekonomi, sosial dan isu pemakanan juga tidak ketinggalan ikut sama terkait...
...Semua ini menjurus kepada isu kesihatan bukan sahaja tubuh badan malah mental dan ia tidak terkesan hanya pada orang tua, jika kata kata saya ini boleh dipertikaikan kamu boleh ke Unit Psycatrist HRPB sebagai contoh, boleh lihat ramainya pesakit dan terdiri dari pelbagai peringkat umur dari warga tua hingga lah ke orang muda dan pelajar sekolah...
..Kepadatan ini jelas juga nyata, dan adakah turut berlaku di Unit Forensik!?
..Semua di atas akibat dari pesatnya pertumbuhan penduduk, pembangunan dan kemajuan juga saya percaya ini adalah isu global..Apa yang diharap kerajaan kita terkini dapat menanganinya dengan cekap dan lebihkan kerja dari banyak bercakap...
No comments:
Post a Comment