…Suatu masa aku pernah ke RSK Taiping dan bermalam di situ..bersama sama dengan penghuni yang sebelumnya adalah pengemis,dan mereka yang geladangan…Lepas isyak aku amik masa berbual bual dengan saorang tua yang aku panggil Pak Cik Tam...Soal bagaimana boleh dia berada di situ,apa perasaannya setelah ditempatkan bersama sama penghuni lain…Maka ini kisahnya…
…Pak Tam semasa mudanya merupakan saorang yang degil dan keras hati..suka melawan cakap
ibu dan bapa..Apa yang dilarang itu juga lah yang dibuat…Alasannya untuk
mencuba dan kerana sikap egonya sendiri…Kawan2 terdiri dari mereka yang sama
sikapnya dengan beliau…Kaki botol,dadah dan perempuan merupa kan aktiviti yang tetap
dalam schedule hariannya…
...Berkerja di sebuah kompeni pengangkutan sebagai driver... Bila sampai jodoh Pat Tam pun berkahwin...Ada anak ada isteri..namum kelakuannya tetap tidak berubah malah semakin menjadi2...
...Dipendekan cerita suatu hari anaknya telah mendapat demam panas yang teruk dan sepatutnya memerlukan rawatan segera di hospital namun disebabkan kelalaian beliau sendiri yang tidak pulang kerumah selama 5 hari kerana mengadap meja judi…maka akhirnya anaknya tadi telah meninggal…Ini adalah episode permulaan sisi muram dalam hidup beliau..selepas itu anak keempat beliau pula meninggal dalam satu kemalangan sewaktu pulang dari sekolah…ini pun diketahui beliau selepas beberapa hari…
...Sepatutnya dengan musibah yang menimpa Pak Tam sedar serta insaf namun beliau semakin hanyut...beliau akhirnya menjadi penagih tegar konon untuk melupakan kesedihan atas kehilangan anak anak….sudahnya Pak Tam ditinggalkan oleh isteri dan anak2..lalu kehidupan semakin kacau yang sudahnya beliau dibuang kerja…Untuk menyara kehidupan Pak Tam menjadi ulat tiket serta ulat parking… wang yang diperolehi lebih banyak digunakan untuk membeli dadah berbanding makanan untuk mengisi perut…
...Pak Tam semakin terseksa, kehidupan semakin sempit dirasakannya…akhirnya pada satu bulan Ramadhan Pak Tam dan lain2 kutu jalanan telah diberkas oleh pihak berkuasa...setelah segala urusan dokumentasi selesai akhirnya beliau ditempatkan di sini…
…Kini antara saat yang paling perit untuk dilaluinya adalah setiap kali menyambut Hari Raya…bilamana setiap kali juga lah hatinya yang keras itu menjadi cair seperti bongkah ais dipanah terik matahari…Beliau akan menangis mengenangkan anak2 isteri yang telah diabaikan sebelum ini..setiap kali Raya jugalah segala kenangan itu menjelma serta menghantui diri dia…Bagaimana ketika isteri dan anak2 memerlukan kasih sayang dan belaian ketika itu jugalah beliau hanyut dalam pelukan perempuan kelab malam…wang gaji semuanya dihabiskan untuk dadah serta perempuan…Makan minum mereka di rumah tidak dipedulikannya…Tiada duit beliau akan berhutang dengan memberikan pelbagai alasan..dan antara alasan yang senonim digunakan ialah dengan mengatakan perlukan duit untuk mengubat anak nya yang sakit..walhal anak2 itu sihat walafiat...Ini sebenarnya umpama doa saorang ayah kepada anaknya…Malang sungguh...
...Pak Tam berkata dia telah bertaubat dan amat menyesali akan segala perbuatan lalu yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga…kini dia sedang menghabiskan sisa2 kehidupan yang mengikut Dr hanya tinggal 2 tahun saja lagi setelah disahkan mengidap AIDS…
…Jadi jika kita mampu serta berkesempatan untuk mendekati insan geladangan seperti ini yang banyak di luar sana,ambil serta gunakalah peluang yang ada itu sebaik munkin…Kerana banyak pelajaran yang boleh kita dapat serta tauladan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan…Ilmu perlu dicari…pengalaman wajib kita alami…Walaupun tinggi terbang di langit,usah lupa rumput di bumi…
P/s: - Saya yang menulis kisah ini merasakan pengalaman ini adalah satu 'ubat hati'...bagaimana dengan kamu?
5 comments:
sedih pulak baca kisah pak tam ni...harap aku tak jadi macam dia.. amin
aku harap ini semua dapat dijadikan panduan untuk hidup dengan lebih bertanggungjawab....
True story mcm ni buat kita berfikir, nikmat berumahtangga dan hidup dalam penuh kasih syg dari ahli keluarga boleh lesap sekelip mata kalo si lelaki/suami/bapa lupa dgn tggjwbnya, jadi gila dunia...iktibar utk kita semua ni...thanks for sharing bro
Semoga pak tam tabah.
cerita cam gini merata banyak, cuma ada kita tahu, ada kita tak tahu, tapi ada sekeliling kita
Bro bertuah kerana bertemu pak Tam sebenarnya. Dan bertuah kerana dapat tahu kisahnya.
Dari pengalaman saya, kutu raya dan pengemis bila mendapat pembelaan dan perlindungan dari institusi kebajikan. Apabila bertemu org awam, mereka sering kali merekakan sebuah identiti baru dan kisah sadis ( maksud saya, LEBIH MENYALAHKAN ORG LAIN DAN MENDAKWA DIRI DIAINAYA). Bukan semua, tetapi kebanyakan golongan gendelangan begitu, kerana itulah punca pencarian rezeki mereka. Cerita sedih...na'uzibillah...
Post a Comment