…Jujur aku katakan aku sememangnya senantiasa menunggu projek terbaru dari band Malaysia yang pertama dalam genre Industrial Death/Grind Core ini…Infectious Maggots...Bermula dengan album DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED,Unknown dan Karat Besi Simfoni...album DWOGFMRR (panjang sangat nak taip) adalah lebih merupakan album experimentasi di mana banyak pengaruh muzik dari band Industrial Metal...Godflesh…
…Pertama kali melihat mereka beraksi pada Gig The Gathering di Dewan St John Ipoh..tak ingat tahun bila...Gig yang mengumpulkan banyak band2 underground ketika itu..antaranya Ruisgnal,Glottis dari ipoh serta Sil Khannaz…Kemudian ketika di Stadium Perak tahun 1988 bersama FTG dan sebuah band RapCore dari Ipoh Carbon 14 (tak pasti)…Ketika ini Fathul sudah pun mengumumkan yang beliau akan meninggalkan lain2 Maggots untuk bersama Spiral Kinetik Circus…
....Seperti dalam entri terdahulu aku mengatakan amat
meminati akan growl dari saudara Fathullah Lukman Yussof…yang juga saorang pelukis dari Alor
Setar…Line up asal mereka terdiri dari Pie (Bass),Lan Bear (gitar),Lan Bye (Drum)
Album Unknown – Sekali lagi cuba berexperimentasi dengan muzik bawaan mereka namun agak jelas akan hala tujunya..Sayang Fathul tidak terlibat dalam album ini kerana telah bersama dengan Spiral Kinetik Circus dengan membawa panji grunge/alternatif yang sedang hangat ketika itu...Namun pengganti beliau saudara Ezan tidak boleh dinafikan kewibawaannya...Growl yang dasyat mampu menarik peminat baru serta mengekalkan peminat lama untuk terus menyokong muzik dari band ini...
....Jangkaan aku bahawa part drum dimainkan oleh machine sama sekali melesit...yang sebenarnya dimainkan sendiri oleh Wira (Athottorgh,Necrotic Chaos)...Mengapa aku katakan ianya terhasil dari machine? Ini kerana tempo permainan beliau pada sesetengah lagu yang amat laju serta tepat pukulannya...Perfect!! Sedangkan aku lebih suka pada sound dan 'kerja' yang ada terkucil disana sini...
....Part gitar
serta solo dari Lan Bear serta line up baru saudara kembar Rizal dan Reza amat
menarik...kebanyakan lagu mampu membuatkan bulu roma kita yang mendengarnya
meremang…Hebat!! Orang Malaysia juga sebenarnya mampu bersaing bersama orang
luar…Track terakhir berjodol 'Rain Forest' yang hanya menampilkan plain vocal,plucking
gitar serta keyboard...amat dalam mesej dalam lagu ini…mengenai nature yang seharusnya
dikekalkan oleh kita bagi generasi akan datang….Double thumbs up untuk album
ini…Sayang,disebabkan masaalah dalaman ini menjadikan Unknown adalah album
terakhir dari mereka (ketika itu)
Karat Besi Simfoni – Ini adalah projek yang menampilkan hanya Fathul sebagai line up
asal..selain dari itu CD Khanzab - Gitar (Sil Khannaz) Bass - Mikko (The Fallen) dan drum machine…Sound drum machine dalam album ini mengingatkan aku pada album 'Pedita Gila' Sil Khannaz yang turut menggunakannya...Namun citarasa aku
tidak berubah walau tanpa lain2 anggota asal Maggots…kerana mereka yang ada di dalam album ini juga mampu menghasilkan
yang terbaik…Bagi aku album ini lebih merupakan album projek solo Fathul dengan
rencah asal Infectious Maggots yang masih kekal serta ditokok tambah di
kebanyakan part…Nampak jelas akan pengaruh Dewa 19 yang turut menjadi pujaan
Fathul…Seperti lain lain album mereka yang liriknya menceritakan tentang kehidupan,alam,perang,motivasi juga cinta...namun satu lagu cinta yang terdapat dalam Karat Besi Simfoni ini bukan memperkatakan kisah cinta tipikal seperti album Rock Melayu era 80an...Arwah BobKu2 yang juga sebagai rakan baik juga turut tidak ketinggalan memberikan sumbangan beliau di dalam
album ini…
...I Thrash Therefore I Am…Jika tak silap dalam tahun 2004 di Dewan Chin Woo yang mengumpulkan band2 legenda underground Carburator Dung,Pilgrim, Punisher,Splatter,Nemesis,Naked Butterfly,Mistik juga semestinya Inffectious
Maggots…Gig ini merupakan gig terakhir mereka yang aku dapat hadir...Walau hanya 2 – 3 lagu namun itu sudah cukup mengubat hati aku yang
datang dari jauh…manakala gig terbaru mereka di Kapura Cave,Lost World Of Tambun aku kantoi disebabkan bertugas di Penang...Adoouuii!!
…Aku
difahamkan yang Fathul sedang berusaha mengumpul dana untuk memiliki semula hakcipta
album DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY
MILK RUNS RED (1993) dari label
Sonic Asylum…Tapi ini cerita lama yang kini tidak pasti pun akan hujung
pangkalnya…Aku pun tak mau amik pot…Cuma yang jelas tetap menantikan buah
tangan terbaru dari Ulat2 Yang Berjangkit ini…
P/s: - ketika berkunjung ke Balai Seni Dan Visual Negara baru baru ini aku tak berpeluang bertemu Fathul kerana beliau sedang mengendalikan kelas lukisan...huhuuu...palat laa...
2 comments:
Perghh kita sama2 minat band legend ni bro! Album Deep Within tu memang yg terbaik la, zaman awal 90'an dulu memang muzik diorang berpengaruh sgt dlm scene!
\m/
Post a Comment